♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

11 October, 2020

CMa JJCM : Makan Makan Di Smocked Kingdom By Don Daniyal 8.8.20

 Salam & Hai.

Khamis lepas,bawa jiwa2 gi momom kat Restoran Smoked Kingdom By Don Danial.
Restoran ni adalah milik Ustaz tersohor , Ustaz Don Daniyal atau lebih dikenali sebgai Ustaz Don. Restoran UDD terletak di ayer hitam 8, Precint 8, Putrajaya. lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah CMa di PJ.

Asik lalu je kat temline, nak juga rasa. tapi sebelum tu baca dulu review. dan agak terkejut sbb banyak bad review yg lebih kepada lambat serve. aiyooo... sis agak kerisauan disitu. tapi doa2 jgklah semoga smooth aje kan..

Restoran UDD ni agak santai dan bertemakan English. Tak Besar, tak kecik, mungkin sbb SOP, so jarak2 lah ye. di sbbkan dah study menu dia. so sesampai aje, dapat table. terus tick apa yg mau di makan. customers average tapi ada yg waiting to be seated lepas kitorang sampai.

dalam 15 minit, stater sampai, then air sampai. then kurang dari 30 minit, semua oder table kitorang sampai. alhamdulillah.. tak lambat & senang sekali menjamu selera.

harga dan portion bagi CMa okay jer. Rasa pun Sedap. hihii..
Cma Oder

🐟Grilled Salmon
🍗Hickory Smoked Bbq Chicken Wing
🍝Meatball Pasta In Tomato Sauce
🍄Mushroom Soup
🌮Chilli Cheese Nachos
🧇Choc Waffle
Air Apple, honey Dew, Sprite Assam Boi & Monday Blue.

Nak Tengok menu Smocked Kingdom By Don Daniyal? ni ha.. sekali harga dia letak. baguih. tgk steak dia kemain sedap. tapi CMa dan Salomon Berpisah Tiada. hehe..

enjoy the pic. CMa Simpan Sni Buat kenangan Yaw.
    








Ni pula menu yg Kami order malam tu







till then , babaiii


10 October, 2020

CMa HikinG : Gunung Rajah Via Chamang 3 Dan 4 Oktober 2020

Salam & Haiii





3&4 Haribulan lepas CMa ada follow trip kak liza the siputz queen campsite hiking ke bukit rajah. ini adalah kali pertama CMa campsite dan hiking bawak load. untuk 1st timer mcm CMa ni, Ya Tuhan. tersangatlah sakit bahu uols. huuuuu..

perjalanan dimulakan seawal 12.30 pagi. eh. ni tapi dari meetpoint LRT Gombak. CMa pegi dengan Van. Ada 18 upline termasuk crew & gogo. alhamdulilah.. semuanya baik2 dan sporting2 blako.

kitorang sampai di Chamang waterfall lepas 2 jam camtu sbb drebar salah jalan. hnshnhnshns. CMa ketiduran kat sebelah.

ini adalah trek hiking yg terpanjang dan terjauh setakat ni cma penah pegi. sesuai utk intermediate. sbb untuk beginner korang actually boleh. cuma mcm CMa la. kena training lebih padu untuk mengelakkan pewai bersepai walaupun CMa pewai gak. haha

Rajah dia 2 laluan trekking. satu melalui KKB (Kuala Kubu Baru) dan satu lagi lagi melalui Chamang. dan CMa di maklumkan, trek CHamang tidak sejauh KKB. Kiranya KKB lagi jauh ler. huuu..

Trek ni ada 8 checkpoint sebelum puncak.
Starting point di chamang entry,
Trek Balak (5km),
Sungai Terling,
Resam,
Kuala Sungai Terling (Y),
Lata Naning (Campsite)
Kem Batu Hijau,
Permatang Guntong,
Last Water Point,
Rajah Summit.
Total Distance : 23.88km Return.



Jam CMa abes bateri, so tak sempat nak record actual time. lupa pun ye. bila dah rest lama sangat. hahaha
enjoy the pic. CMa simpan sini buat Kenangan Yaw.