♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

30 December, 2015

2015 Best Nine Instagram

Assalammualaikum & Hai :)

Terjebak jugak ngko! hehe..

cara nak buat die senang jer.
google 'BEST NINE'
Klik kat LINK PERTAMA tu,
Kalo tak pun, KLIK JER SINI

Masukkan NO ID INSTAGRAM UOLS -> GET
*Generating...Siap*

kekdahnye, Instagram akan select 9 gambar yg paling banyak like nyer dlm setahun ni..
selamat mencobaaaaa :)


28 December, 2015

Belon Gas (D.I.Y)

Assalammualaikum & Hai... :)

Tak perlu nk beli belon gas mahal2,
kita boleh buat sendiri di rumah.Untuk cikgu2 boleh buat experiment sains di sek...

BELON GAS (D.I.Y)

Bahan2..
Botol mineral
1 sudu Soda bicarbonate
3 sudu Cuka 
Belon

Cara2
Masukkn cuka + soda bikarbonat kedlm botol dh berbuih ltk Belon kt penutup botol..
belon akn kembang sendiri


selamat mencuba...

13 December, 2015

Selangor CUTI UMUM Pada Hari Isnin (14/12/15)

Assalammualaikum & Hai..


Hehe... untun la cuti...sbb CMa pon cuti..
Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak selangor atas kejayaan 2-0 menentang Kedah Semalam..



Sumber

08 December, 2015

Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris (TIPS)

Assalammualaikum & Hai..

Ni nak share Tips Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris
Check it out yer! (^_^)

1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH: 
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH: 
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH: 
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH: 
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH: 
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH: 
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH: 
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

Sekian… harap membantu lah yer..

Tips Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris, Resume, Tips Temuduga, 

02 December, 2015

WW : Gambar Apakah Ini ??

Assalammualaikum & Hai..

Mari Mencuci Mata

Cakap pasal lucah2 gua bagi kaki kat muka lu! hahahaha

Dirty mind? sepak kang! hahahaha
highlight kat bawah ni. tau lah jawapan die.. hahaha
v
GAMBAR MATA KIRI TERTUTUP (BULU MATA)

01 December, 2015

Resepi Susu Pekat Manis Homemade

Assalammualaikum & Hai…
Ni Nak Share Resepi Susu Pekat Manis Homemade .. Kalo Tetiba uols Rajin Nak Buat la kenss..muahahah..
Fyi, Susu Yg Sedia Di Tinkan Tu Tak Guna Fresh Milk Yer.. Ianya Guna Minyak Sawit.
By ~ Aleen Aireish
Sumber ~ Blog Ha Sue

Bahan-Bahan : Sukatan Cawan & Gram
1 Cawan / 100gm Susu Tepung 
2/3 Cawan / 125 Gula Halus [Gula Biasa Pun Blh]
1/3 Cawan / 60ml Air Suam
1/4 Cawan Margerine [Lbh Kurang 1 Sudu Makan Sukat Membukit Ok]

Cara-Cara :
- Dalam Blender Masukkan Air Suam Dahulu
- Lps Tu Diikuti Dgn Semua Bahan Yg Lain
- Kisar Halus Hingga Creamy [Kacau Dgn Sudu Sekali Sekala], Jika Rasa Kepekatan Kurang Blh Aje Tambah Susu Tepung Sikit2.
- Sedia Utk Digunakan Atau Simpan Dlm Bekas Kedap Udara Kemudian Simpan Dlm Peti Ais. Dlm Pic Tu Susu Ada 3 Bekas K Ton Buat Adunan Double K.

Soalan Exam & Komen Yang Dijangka..

- Brp Lama Blh Tahan?
K Ton Jwb ~> Jangka Ketahanan Mngkin Tdk Lama Sbb Tak Ada Bahan Pengawet Sprt Susu Tin Biasa, So Nk Selamat Simpan Dlm Peti Ais Inshaa Allah Lama La Sikit Kot.. [K Ton Pun Bereksperimen Try Tgk Bpr Lama Blh Tahan Simpan Dlm Peti Ais Tu Ha..]

- Sedap Ke? Ada Mcm Susu Tin Tu?
K Ton Jwb ~> Nak Kata 100% Sama Tak La Kot, Iras2 Sikit Tu Ada Laa.. Depends U All Pakai Susu Tpg Tu, Kdg2 Susu Tpg Tu Dh Ada Perisa Masing2.. So Guna Aje Yg Plain, Dutch Lady Ke Everyday Ke.....

- Nak Buat Baking Blh Ke?
K Ton Jwb ~> Boleh Ajer, Smlm K Ton Dh Try Buat Doh Donat/Roti Yg Resepinya Ltk Susu Pekat Manis.. Alhamdulillah Sedap, Jadi.. 

- Nak Bancuh Air Ok Ke?
K Ton Jwb ~> Terpulang Tekak Masing2.. K Ton Dh Try Buat Kopi Susu

- K Ton Nk Kurang Gula Blh Ke?
K Ton Jwb ~> Terpulang.. Masing2 Taste

- Kos Mahal Lah..
K Ton Jwb ~> Rasa Mahal Tgk Je Resepi.. Jgn Cuba2 Nk Try Buat.. Haha.. Nnt Diri Sendiri Merana Ni Kes Klo Kt Rumah Ada Susu Berbaki Dr Expired Blh Buat Gini


- K Ton Ada Ke Resepi Doh Donut Dgn Roti?
K Ton Jwb ~> Ha Ah Ada.. Sila Lah Ke En Google ..Hihih Ok Bai


* Stylo komen owner ye.. heheh.. KREDIT LINK

30 November, 2015

BRIM Hasil 2016 Kemaskini BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia)

Assalammualaikum & Hai..

Perhatian kepada penerima BR1M yang lepas dan yang bakal membuat pendaftaran, harap maklum bahawa :-
Permohonan dan kemaskin BR1M 2016 online akan dibuka pada 5 Disember 2015.
Tempoh pemohonan dan kemaskini
1 Disember – 31 Disember 2015

Kaedah pemohon
i) Online
ii) Berkunjung ke cawangan LDHN atau kaunter khas

Jumlah bayaran BRIM tahun 2016

Berikut merupakan langkah-langkah membuat kemaskini :
1. Kunjungi  -

2. Masukkan nombor IC dan klik “Kemas Kini Permohonan”.
3. Jawap dua soalan untuk memastikan anda pemegang IC yang dimasukkan.
4. Memastikan butiran peribadi diisi, termasuk bank akaun yang diguna untuk terima bayaran.

5. Kemaskini status ahli-ahli keluarga dan jika perlu pendapatan bulanan yang baru juga.

6. Isikan ruang untuk nama penerima “Skim Khairat Kematian”. Maksudnya jikalau pemohon meninggal dunia, penerima skim khairat akan dibayar pampasan.

7. Masukkan kod yang betul dan pastikan segala maklumat diberi tepat.

8. Dialog di bawah akan keluar sekiranya permohonan anda berjaya.


Kegagalan menghantar pendaftaran atau kemas kini BRIM 2016 selepas tempoh tamat akan mengakibatkan permohonan kamu tidak diproses.


26 November, 2015

Resepi Churros Simple Dimple Dan Sedap

Assalammualaikum & Haiii..


Muahhciked..
Lama tak timbul.. rindu semua.. hew hew hew

Skarang, trending betul kat pesbuk RESEPI CHURROS ni.. 
Asal login je, CHURROS, asal Scroll je CHURROS.
Dah alang2 tu, CMa share lah skali resepi CHURROS kat sini.
Simpan buat pekasam.. heh..

Sini ada bermacam variasi RESEPI CHURROS Pilih jer lah..


http://goo.gl/mKRWAW






Selamat Berchurrosssssssss

Resepi Churros Rangup, Resepi Churros Mat Gebu, Resepi Churros Step By Step, Resepi Churros Mudah, Resepi Churros Tanpa Piping Bag, Resepi Churros Dan Sos Coklat, Simple Dan Sedap, Resepi Churros Azlita, Resepi Churros Belimbing

15 November, 2015

Cara Mengatasi Dan Mengembalikan Data Flash Drive Jika Terkena Virus ‘Shortcut’

Assalammualaikum & Hai..

Pernah Jadi Tak, Tetiba file yg uols simpan dalam flash drive, then pi cucuk kat PC lain , tetiba semua file dlm tu jadi shortcut Icon? CMa pernah. Duiii… sebab waktu tu guna PC member. Siapkan esaimen. Balik umah pi cucuk kat laptop tgk semua file jadi shortcut.
Tak ke rasa mcm nak bako flashdirve tu? Huhuhuhu..

Jaman tu tak tau lagi buleh recover sendirik file tu. Mmg dok ulang alik & rasa macam nak angkut pc member bawak balik. Huhuh..

Nah, ni ade perkogsian yg cma copy dari page Azmi Muda . Semoga beermanfaat yer
v
v
v
v
v

Ada Sorang Student Uitm Shah Alam Datang Nak Print Assignment, Bila Cucuk Je Pndrive, Buka Tengok Semua File Dalam Pendrive Hilang/Dah Xde.

Apa Lagi Mengelabah Lah Student Tu, Siap Nak Nangis Bagai. Mana Taknya 1jam Lebih Je Lagi Masa Utk Hantar. (Memang Dah Lumrah Student Buat Assignment Last-Last Minit, Admin Masa Belajar Dulu Pun Sama Jugak,Bukan Kata Kat Org Lain Pun Hihihihi.

Admin Tanyalah Sebelum Dtg Td Ada Cucuk Kt Mana-Mana Ke Pendrive Tu, Dia Kata Cucuk Kt Laptop Member Je Tadi Nk Siapkn Assignment.
Kesian Pula Admin Tengok, So Admin Kata Meh Sini Pendrive Tu Nk Tolong, Tak Sampai 3minit Admin Buat, Semua File Yg Hilang Tadi Dapat Kembali. Punyalah Hepi Student Tu Siap Melompat-Lompat Kegembiraan.

Wahh, Hebatnye Abang Buat Magic Apa Sampai Boleh Dapat Balik Semua File Yg Dah Hilang Tadi? Student Tu Bertanya Pada Admin.
Tak Ada Magicnye, Hanya Dengan Berbekalkan Sedikit Ilmu, Jawab Admin. Kemudian Student Tu Terus Tersenyum Dan Ucapkan Terima Kasih.

Pernah Tak Perkara Ini Berlaku Kat Korang Semua? *Pernahhhhh!!!*
Meh Admin Nk Share Sikit Ilmu Yang Paling Senang Utk Kembalikan Semua File Dlm Pendrive Or Laptop Korang Yang Dah Jadi Shortcut Disebabkan Virus. Kalau Korang Hantar Kedai Kadang2 Kena Cas Jugak, So Lepas Ni Bolehla Cuba Buat Sendiri Ek Smile Emoticon
Ikuti Beberapa Langkah Berikut :-

Step 1
Tekan "Windows+R" Serentak Nanti Akan Keluar "Run" Dan Taip "Cmd" Pada Kolum "Open" Dan Enter. 
@ Buka "Cmd" Pada Windows>All Program>Accessories>Command Promph.
 *
 *
Step 2
Selepas Buka "Cmd" Anda Perlu Pilih Drive Mana Yg Nak Di Repair, Contohnya Sy Ambil Drive F Kerana Pendrive Sy Berada Di Drive F. Anda Perlu Taip "F:"
  *
  *
Step 3
Kemudian Enter, Akan Keluar "F:\>"
{Standard Laptop/Pc Drive C Utk Windows, Drive D Utk Data, So Kalau Masuk Pendrive Akan Jadi Drive E Dan Ke Atas}.
  *
  *
Step 4
Kemudian Anda Perlu Taip " Attrib -S -H *.* /S /D" Dan Enter.
 

 *
 *
Step 5
Tunggu Sehingga Keluar Balik Perkataan Ini "F:\>"
 *
 *
Step 6
Setelah Perkataan Ini Keluar "F:\>" Bermakna Anda Telah Berjaya.
  *
  *
Step 7
Terakhir, Anda Sudah Boleh Buka File Dlm Pendrive Anda Tadi, Akan Kelihatan Semua File-File Yang Selama Ini Hilang/Hide Disebabkan Virus.
Selesai...

14 November, 2015

7-Eleven Promosi RM1 Satu Barang!

Assalammualaikum & Hai..
 Enjoy more savings at 7-Eleven Malaysia from 10 November 2015 – 7 December 2015! 
Our amazing weekly RM1 deals are not to be missed! 
Promotions are valid in Peninsular Malaysia excluding Langkawi. 

Tetiba Nak kecoh pasal PROMOSI RM1 yang 7ELEVEN MALAYSIA buat sekarang..
Hahaha..
Promosi Yang Terbaru ni dah tamat. So , Next Promosi :-

17-18 November 2015
- Kitkat 2 Fingers
- Mameebev Cool Tea
- Air Kotak Harshey's Soyfresh
- Nescafe
- Ubat Gigi Darlie 

24-25 November 2015
- Air Kotak Yeo's Yeogurt Drink
- Goodday Uht Milk
- Mister Potato Crisps
- Garnier Men
- Garnier Women
- Fumakilla

1-2 December 2015
- Yeo's Laici
- Dutch Lady Uht Milk
- Mamee Monster
- Mamee Chef Cup
- L'oreal Shampoo 

Semua Barang Yang Tersenarai Berharga RM1 hockayyy!!
Siap Sedia Pi Terjah Kalo Mau. Tak Mau Kalau dok je diam2.. muehehehe..
*Tiada Limit Pembelian
*Tiada Syarat
*Hanya sah di SEMENANJUNG MALAYSIA (Kecuali Langkawi)


KBaiiii
711, 7Eleven, 7Eleven Malaysia, Tarikh Promosi 7Eleven, Promosi 7Eleven,
RM1, Promosi RM1 7Eleven, AWAK KERJA NAK COPY JER! PENAMPAQ MAU TAK? HAHAHAHATE

13 November, 2015

Anak Kucing yang Bernama Sunway

Assalammualaikum & Hai….

Ahhh… Tak kira nk citer jgk kat sini buat kenangan.. hahahaha..
Kisah disuatu pagi.

Lepas anta Mak Pegi Keja kat Sunway Pinnacle tu, macam beselah. Terus merempit balik umah. Elok Jer kluaq simpang tu, tetiba ade brader benti tgh jalan. Baru cma perasan ade sekoq meow kaler putih ada betul2 kat tengah2 jalan tu.. Allahuakhbar.. Nasib Baik brader tu cepat bertindak. Selamatkan meow tu. CMa ape lagi, teruslah buat u-turn kat tepi tu patah balik.

Pastu CMa Amek la meow tu simpan lam sweater angkut bawak balik. Brader tupon tak nak jaga sbb kat umah die dah ade meow katanye.. Vroomm… Vrommmm..

Hahahaha… Citer tak semegah. Macam hang sorg jer yg kutip meow tgh jalan.
Kesah pulak iols yer? Huahuahuahua…

Meh cma blanje gambar meow tersebut. Tgh Pikiaq nak letak nama apa.. hmmmmm
SUNWAY ngam la kot yer? Hihi.. tak cek lagi jate ke tino jah.. hahaha…

Meowwwww














NOTA : SESIAPA YG ADE KEHILANGAN ANAK KUCING BERBULU PUTIH DI SUNWAY PINNACLE, BULEHLAH JUMPE SAYE KALO NAK AMEK YER.. KALO TAKDE SESAPA CLAIM, BUAT SEMENTARA NI, SAYA BUAT RETA DULU TERUIH.. KBAIIII

29 October, 2015

TIPS : Menabung Sikit-Sikit, Lama- Lama Jadi Bukit!

Assalammualaikum & hai ... :D

Uols suka menabung?
CMa sure, mesti uols sukaaaaa menabung kan? huahuahua..ape punya soklan da.... hahaha...

Dalam sebulan ni, CMa adela ikot TIPS MENABUNG yg kawan2 dok share kat INSTA & FB.
Gegeh iols menabung uols... yer la, sebelum ni kalo ikot kepala sendiri yg menabung, time ade duit, simpan.. time takde, takdelah menyimpannye.. TAPI... kalo ikut tips ni, memang hari2 uols akan menyimpan.. InsyaAllah... memula tu mungkin la hardcore sikit nk simpan.. tapi lama2 mesti kita rasa dah terbiasa (mcm iols) :p

Okey, Ni CMa share diantara TIPS-TIPS yang buleh di praktikkan.
*kalo takde printer, buleh jer guna table calendar hat kecik2 tu, or poket calendar or kalo rajin, draw lah kalendar itu sendiri mengikut kreativiti uols. ni contoh CMa punya.


Cara menabungnye, ialah dengan mengikut nombor/tarikh pada kalendar tersebut.
Contoh macam cma punya,

1/10 - simpan RM1, 2/10- Simpan RM2, 3/10-Simpan RM3 dan begitulah seteruihnya sampailah penghujung bulan 31/10-Simpan RM31

Ehehe..CMa selalunya mula dari belakang kehadapan. Kalau hari tu 1HB, CMa akan simpan untuk 31HB punya... ehehe.. Tak kisahla memane, janji menyimpan. :D

Jumlah keseluruhannye, CMa maleh nak kira. haha... Kalo uols rajin, kirelah.. tapi rase2nye mcm banyak jugak.. bila dah cukup sebulan tu, terusla simpan masuk bank ke, Tabung Haji ke.. Jangan Simpan Kat tangan. TAKOT TERGUNA kata kaww.. :p

Cara lain pulak memulakan dengan simpanan SYILING (COINS)
1/10-Simpan Seposen, 2/10- Simpan Doplohsen, 3/10-Simpan tigalohsen, 11/10-Simpan SinggitSeposen dan begitulah seterusnye.. cara menyimpan mcm ni , tak lumayan sangat.tapi tetap ada simpanan tu.. simpan je...

Dan satu lagi cara, SIMPANAN BEREGU.
yang ni, kene main OSOM! dgn pasangan. pastu pilih samada nak nombor genab atau ganjil.
Contoh kalau hubby dapat no genab, wife no ganjil. 1/10- Turn Wife Menyimpan RM1. 2/10-Turn hubby Plak Simpan RM2, 3/10- Turn Wife Simpan dan begitulah seterusnyee..

hehehe...sekian TIPS yg cma nk kongsikan bersame..

Selamat menabung .... ^_^
Jom Menabung, Kalendar Menabung, Menabung, Menabung Ikut Kalendar, Mudah Menabung, Simpanan, Tips Mudah Menabung, Tps Menyimpan Duit, 

22 October, 2015

Resepi Kek Coklat Bakar Sedap

Assalammualaikum & Hai..
         
Baru- baru ni, ade saka rajin yg menyerang.. hahaha… saka Kaw :D
Jerebu yg melanda membuatkan kami anak beranak melepek kat umah.

Bosan2 ajak lah Anak Solehah Seri tolong buat Kek Coklat Kegemaran dia..
Dan Kali ni, CMa try versi Bakar pulak.. selalu buat kek kukus jer..
Bukannye ape, selalu kalo buat kek jenis bako tu, mesti mendap kat tengah2 ..
Kalo tak pun, tak masak la, rangup kat luar luar. Tak jadi moist langsung.. hahaha..
shiemacma.blogspot.my
Dan Kali nih, tawakkal jer buat. Dan uols know what? Ia menjadi dengan jayanyaaaaaaa!!!!
First time dalam idop iols bako kek, dan kek itu elok kejadiannya.. rasa macam nak lompat bintang! Alhamdulillah…

Ni CMa share resepi dengan uols. Kot kot nak cube jugak.. dan yg paling best, tak payah nak guna pemutar bagai. Just A bowl for mix and senduk untuk mengacauu… Easy As that??
Bahan bahan pun tak rumit mane.. jom cekidaut!

Bahan- Bahan :-

2 Cawan Tepung*
2 Cawan Gula*
1 Cawan Serbuk Koko*
4 Sudu teh Tepung Jagung*
Secubit Garam*
1 1/2 Baking soda*
3/4 Baking powder*
1 Cawan Minyak Sayuran
1 Cawan Sour Cream
4 Biji Telur
100ml Air Suam
200gm Choc Chip
Ni Pinjam Gugel punye rupe kek. hehehe.. kek yg cma buat, exactly tekstur dia cenggini

Caranya :-

1. Adun Semua Bahan bertanda * dalam mangkuk. Kaco Bagi semua bergabung meletops
2. Masukkan Minyak & Sour Cream. Kaco Lagi.
3. Masukkan 4 Biji Telur. Kaco Lagi
4. Masukkan 100ml Air. Kaco lagi Sampai Semua Adunan rata dan Likat
5. Last Skali masukkan Coklat Chip. Gaul Sebati.
6. Bakar pada suhu 175c selama 50-55 minit.

Siap. Tunggu Sejuk baru tergolekkan kan yer. Kalo tak abes melekat kat tin tu nnti.
Ni CMa kongsi video penuh cara membuatnye… Selamat mencuba.
v
v
v

 ^
^
^
^
NOTA :
*MINYAK SAYURAN TU CMA GUNA MINYAK MASAK BIASE JER.
*SOUR CREAM CMA GANTI DENGAN SECAWAN SUSU UHT + PERAHAN SEBIJI LEMON.

(BIARKAN SELAMA 10 MINIT. SAMPAI SUSU TU JADI MACAM SUSU BASI)
*BOLEH JUGAK BUAT VERSI KUKUS. KUKUS SELAMA 45minit.

Resepi Kek Coklat, Kek Coklat Bakar, Kek Coklat Moist, Resepi Kek Coklat Sheila Rusly, Resepi Mudah, Resepi Tepung Jagung, Kek Bakar Mudah, Kek Coklat, Sheila Rusly, Mudah, Simple & Sedap, Kek Coklat Bakar Confirm Jadi, Chef Amateur, Kek Coklat Moist, Kek Coklat Mudah, Kek Coklat Bakar Sedap, Senang