♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

18 December, 2013

Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia


Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…

Pagi tadi on radio Hot.Fm.. then terdengar pasal Pelakon Kak Azean Irdawaty yang telah pun kembali kerahmatullah malam semalam..
Berakhir sudah penderitaan kanser yang dihidapi allahyarhamah sejak dari  lapan tahun lepas.

Hilangya sebutir permata didalam arena seni lakonan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Takziah.Alfatihah.


KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty Yusoff, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Selasa akibat kanser.

Allahyarham meninggalkan suami Khairil Anwar Z.M Rashidi serta tiga anak, Khaeryll Benjamin atau Benjy, Inessa Irdayanty dan Elza Irdalynna.

Pengurus Benjy, Faizal Mustaffa berkata Allahyarham Azean yang menghidap kanser sejak lapan tahun lepas meninggal dunia pada 7.29 malam.

Allahyarham Azean merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak pada akhir 70-an menerusi lakonannya dalam banyak filem dan drama televisyen serta pentas.

Antara filem lakonan beliau ialah 'Waris Jari Hantu', 'Layar Lara', dan 'Esok Masih Ada'.

Sepanjang perjalanan hidupnya sebagai anak seni, Allahyarham meraih pelbagai anugerah, bermula dengan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa pada 1975 menerusi drama 'Kelahiran', disusuli dengan Pelakon Wanita Terbaik untuk televisyen Anugerah Seri Angkasa pada 1980, 1990 dan 1996.

Anugerah terakhir yang diterimanya adalah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2008 menerusi filem Waris Jari Hantu. - Bernama