♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

18 December, 2010

::dOa memBuka Pintu reZekI::

السلام عليكم ورحمة الله.....

Alhamdulillah..meme tiap2 hari lepas solat cma xkan lupa mendoakan kesejahteraan mak,ayah,mil n fil , suami ,ank2, siblings..juge doa kpd sahabat2..x rugi ape2 pun..malah pahala yg kita dpt..siap dpt cash lagi..betul…x caya?..cubelah sendirik…

google ads


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira  masih hidup @ telah tiada)".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

-          jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
 mahupun yang sudah tiada )
-          Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
-          Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
-          Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita  dapat dari Allah(e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah..
Berusaha dan bertawakal.. ... rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..

 
Insya Allah…. Allahu Akbar !

p/s-ya allah..permudahkanlah setiap urusan kepada mereka yg mmbacanya..
amin~

google ads

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥