30 May, 2014

Solat Tahajjud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Jumaat...


Tujuan Solat Tahajjud
  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  • Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.
1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.
3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

.
.
5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.
6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
~ sayyidul ayyam... surah kahfi jgn lupa ya!

Sumber : Syafiq Qolbu

29 May, 2014

CMa Bercuti : Percutian Ke Janda Baik Pahang 3H 2M

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Khamis.. 
MAP ke? entah.. tapi kat sini simpang tiga.. kira main entrance la.. ada berpuluh2 jenis homestay & chalet uols bleh pilih
Hari sabtu-isnin baru ni, cma & family *tanpahubbydisisi* pergi bercuti ke Janda Baik.Perginya kami pada hari sabtu, dlm kol 11pg mcm tu.. then sampai dlm jam 1 ptg..
Wuuuuu….seronoknya tgk air sungai.. muaahahaha…

Cma sewa chalet Pak Lah . kat sini kebanyakannya semua tanah persendirian..dan byk sangat2 chalet. Riverside, Maninjau, Saufiville,so kalo nk dtg bertapak, mesti jumpa owner dulu. Tak mcm sg congkak, uols bebas nk pilih mana2 tapak yg disukai.tp kat sini kena sewa.. tandas dan bilik mandi tip top..

Chalet ade 2 jenis.. 1 attach tandas. 1 lagi x attach.. yg ade tandas rm100 1 mlm.. yg xde tandas (lebih luas) rm80 1 mlm. Sewa tapak rm5 kalo tak salah..

Chalet yg cma sewa ni fasa ke 2. So agak baru jgk rumahnye.. ade pangkin kat luar.btl2 tepi sungai.. Bleh lepak2 sambil bbq..time cma pegi ni, mmg penuh chalet..Cuma hari isnin, hanya kami jer yg ada kat situ.. muaahahhaha… bebasssss…

Buat yg sukakan kedamaian, jauh dr hiruk pikuk kota, cma suggest uols mai sini okeh..sungai tak dalam.. elok la utk anak2 bersuka ria..air pun tak deras sgt.. cma pegi sini pun sbb nk lepas anak soleh dan solehah berdua tu main air.. mmg bebas sungguh la.. celik mata sampai ke petang berendam ngko! Cuma naik kejap2 sbb lapa nk mkn or nk minum..Mmg puas men air.. ahahaha…

Sori, cma tak sempat amek pic dlm chalet.. Cuma amek di sekitar2nye sahaje..Sekian.. enjoy the pics!

Suasana Chalet

Ya... anda nampak itu dua orang anak soleh solehah?? hahah

Menu..nyum3...

Masak tepi sungai.. fefeeling camping gitewww

Si TamTam. kami bwk die.baik budaknye..

ya hahahha...makan timeee

lagi persekitaran chalet

ade anak solehah tu dok kipas2 bara api memanggang ayam.. hangussss
da...

28 May, 2014

WW : Ayam Panggang Dua Singgit!!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Salam rabu semuanya..
Entri TANPA KATA sangat kekdahnya..

v
v
v
v
v
v
v
v


sekian :p

27 May, 2014

JENIS-JENIS STATUS FACEBOOK


Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam selasa..

entri santai2.. penat balik meronggeng semalam tak habis2 lagi.. muahahaha...
JENIS-JENIS STATUS FACEBOOK

1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu

2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..

3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!

4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !


5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !

6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!

7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..


Muahahha...mcm cma, pantang nampak makanan / susun atur yg cantik2 mesti nk upload..masalah mental kah? kuikuikui...

26 May, 2014

aYahanDa & BoNda : I Lebiu sooo much! ♥


my bonda.. my ayahanda...

Assalammualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam isnin eberibadi... :D

Bunga2 rasa hati..allah makbulkan doa cma walaupun lambat.. tapi still, allah itu maha mendengar lagi maha mengasihani kan?

bonda & ayahanda yg tercinta,
cma rasa bersyukur sgt2 allah masih mengurniakan umur yg pjg & kesihatan yg baik buat kedua org tua cma.masih lagi diri ini  merasa nikmat kesejahteraan dari mereka..
dan semoga diri ini diberikan nikmat kesihatan n umur yg pjg utk menabur bakti terhadap mereka..

biar apa pun yg terjadi, mak & ayah akan menjadi tetap menjadi mak dan ayah along dunia dan akhirat..

bahagia sekiranya melihat kebahagiaan mereka berdua..jauhkan ayahanda dan bondaku dari anasir jahat dan gangguan manusia bertopengkan setannirrajimmmmmm...

*buat mereka yg telah tiada, sama2 kita sedekahkan alfatihah dan doa dari seorang anak*

oh ini hari cma coti yaw!

*autopublish*

25 May, 2014

"Aku dah bosan jadi doktor bertauliah"


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.


Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Hanya diperlukan bila nak MC....
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.

Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.


Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.

Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.

Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.


Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.
Aku tak faham.

Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.

Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.
Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.

Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.


Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.



Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung
Selamat tinggal.

Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah) : Memang tidak dinafikan ada benarnya pemerhatian & pendangan daripada kaca mata seorang Tokoh Saintis Negara merasai sendiri keresahan kalangan yang bergelar Doktor Perubatan hari ini di Malaysia terutamanya.

Bagi Berita Semasa, sangat menarik untuk kita semua semak dan perbincangkannya. Sebelum itu…..

Mungkin ada yang merasa asing figura yang bernama Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah. Mungkin ada juga yang telah mengenalinya. Sebenarnya dalam bidang perubatan negara, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah merupakan saintis Neuro yang paling hebat pernah dilahirkan di rantau ini.

Latar Belakang Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah

Dr. Jafri Malin baru-baru ini terpilih menerima anugerah ‘Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia’ dari Akademi Sains Malaysia.
Jafri Malin merupakan lulusan USM sebelum melanjutkan pelajaran sebagai pakar bedah neuro dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti of Ghent, Belgium
Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terlibat secara langsung dalam melahirkan 36 pakar neuro surgeri, seorang pakar neurologi dan 12 saintis neuro.
Dari segi penulisan pula, Dr. Jafri Malin menghasilkan 147 terbitan jurnal ilmiah dan 10 buku dalam pengajiannya.
Walaubagaimanapun, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terasa keresahan yang membelengu doktor perubatan hari yang mesti diperbetulkan pada ketika ini selama ini ia hanya terbuku di hatinya sepanjang bergelar doktor.

*Autopublish*

24 May, 2014

Bacaan : Degil kah anak saya?



Satu soalan telah diajukan; degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?
__________________________________________________________
Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir. 



Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur. 

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego. 

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa! 

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja. 

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.



Salam kasih - Ibu Ros
perkongsian dari page Prof. Dr. Rozieta Shaary
*Autopublish*

Nak pergi Jauh Menenangkan Hati



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Salam sabtu..
oh  weekend... i missssssss you soooooo much.....
happy sbb weekend ni dpt spend quality time with kiddos..
sian anakanda berdua tu..last weekend umi kerja..langsung tak dpt nk spend time.. wuuuuuu :'(

kini tiba masanya...ya allah.. seronok...seronok seronok....kejap je lagi nk bertolak..

dan dlm masa yg sama, nk pegi menenangkan hati dan perasaan..
semoga musibah yg allah bagi pada cma ni, jadi pedoman.
allahurabbi,, semoga allah mengampun kan segala dosa2 kita..

cma tak on9 sampai hari senin ye.. kalo ade tu mungkin auto publish jer..

sayang semua ketat2..kalo cma ade salah dan silap,
mohon dimaafkan yer..


selamat berweekend.. cuti sekolah pasti cik seri pun dah bermula..
selamat bercotiiii...

*doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang.. nak pegi mana tu CMa?? adela.... hihihi.. *

23 May, 2014

Liebster Award From Cik Su



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam jumaat... :)

Rasanya dah ramai yg sedia maklum entri berantai ni.. muahahaha..
Cma pun terjebak jgk.. cma dapat liebster award ni dari cik puan yg comey cik su. Terima kasih cik su syg…
Sebelum tu, silalah baca rules ni dulu yer..

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korang. Korang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang
Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang
Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukan oleh orang yang nominated korang.
Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 1000 followers.
Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan
Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang
Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang!
 
Okeh.. 11 Fakta mengenai diri sendiri secara rawak:-
1) CMa anak sulung dari 3 orang adik beradik.semua pempuan.
2) kerja sebagai Library assistant atau dlm bahasa melayunya ‘Pembantu Perpustakaan
3) lahir tahun 1985 bulan julai 
4) Dah kawin. Ade sepasang cahaya mata
5) suka makan petai & durian
6) suka makan makanan yg berasaskan mee, k.tiaw, bihun, spegeti.. bla bla…
7) Pemarah & panas baran
8) pendiam.Tp bukan menyombong
9) BERSILAT adelah jiwa saya
10) jenis yg tak suka melawa..jenis yg selekeh pun tak..ala.. sedang2 saje
11) kuat benar nipunye.@_@ kui kui kui
11 soalan yang cik su soh jawab:-
1)Nama penuh anda?
Hasimah Binti Saad –Glemer tak? Hehehe
2) Nama yang digunakan dalam blog, kenapa?
SHiema CMa – senang nk ingat. Kan kan kan?
3) Kenapa buat blog?
Terjebak
4) Suka baca majalah Pa&Ma, kenapa?
Mase bujang dulu suka,tp bila dah kawin tak suke..xtau kenape.
5) Suka ais batu, kenapa?
Suka jgk.sbb kalo minum esblended tu sekali hadap jer..tp xselalu la..
6) Suka bersolek, kenapa?
Takat calit lipstick jer.. kalo nk taram blusher eye shadow bagai tu idok lerr.CMa suka simple.
7) Koleksi tudung paling banyak, kenapa?
Tudung ekspres.jenis sarung tu jer.. hahaha.. nk cepat!
8) Bila tarikh perkahwinan anda?
24 August 2006
9) Set Bersalin/ Set Berpantang yang pernah anda guna, kenapa pilih set itu?
Tak pernah guna.
10) 2 tips/ amalan untuk LUKA EPISIOTOMI cepat sembuh.
Err..cma dulu pun jenis tak jaga sangat,tapi 1 petua mak suruh buat sapu manjakani.
11) Usia kandungan berapa bulan sebaiknya membeli pakaian bayi.
Ikot cakap mak. 8 bulan baru start menyoping. 
Siappp! 

Dah tu kena tag pule 5-11 org..
hahaha.. sape je la yg cma nk tag cik su..eheh...5 org jer la...

Dan 11 soalan untuk mereka yg cma tag :- 
1)Assalammualaikum (jawab tau)
2)Suka atau tak suka anda ditag utk entri2 mcm ni?
3)Marah tak kalo cma yg tag anda utk selesaikan entri ni?
4)Ehehe suka makan coklat?
5)Warna kegemaran?
6)Makan Megi tak? Peberet Perisa ape ye?
7)Buku terkahir yg anda baca?- baru je kejap tadi tu
8)Jenama Smartphones yg anda miliki?
9)Ucapan utk mereka yg mula2 create award ni?
10)1 doa & kata2 semangat utk pasangan yg masih belum menimang cahaya mata.
11)1 Doa utk saye & family..

Wah siappp… sape je yg cma nk tag ni..? ehehe.. jangan mara na.. 
1.Cik Moon adnan
2.Teacher basriah
3.Bunda Nora Dee
4.Kak Kamsiah

Err.. ini jer kot..nk tag ramai2.. rasanye…ermmm..ehehe..harap,mereka yg ditag sudilah utk menyelesaikannye.. tiada paksaan tau..ehehehe..

Terimas!

22 May, 2014

Mrs Erry 2nd Giveaway


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam khamis semunya..

 Klik banner laju2 kalo nk join yer!
Klik Banner Lelaju kalo nk join yerrr! ^_^
hari ni cma nk ajak uols yg belum join GA gempak ni.. mai la join sama2..hadiah lumayan tauu..ada 21 org pemenang yg akan dipilih nanti..nak tgk hadiahnyer?? jgn malu jgn segan, meh KLIK SINI.

Semua syarat2 dan peraturan tlh pun dipatuhi dgn jayanya...
so..gud luck buat saye dan semua peserta yer..
Giveaway bermula 15 Mei 2014 dan tamat 12 Jun 2014

21 May, 2014

Kisah Ke Team Building Tambun Hari tu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam rabu semuanya..

Aloha.. punya lama la baru nk up entri pasal ke Team building hari tu..hahahaha..punya malas habaq hang..bukannye ape, malas nk pilih gambaq byk2 tuu.. huhuhu..

tak per.. citer pun hampir basi, maka dgn ini, ku abadikan kenangan team building ke tambun 2014 bersama THOL :)

apa2 pun tunjuk gambaq makanan dulu..miaahhah..

sebelum memulakan aktiviti,kita snap gambaq dulu...

aktiviti XXX CHALLENGE ..kolam eh org panggil. giler dalam habaq hang..
10th feet..mmg tak jejak kat dasar tu..byk ikan plak tu..besaq2

selesai aktiviti dlm ayaq, kami diberi task ala2 treasure hunt...errkk...penatt :(

oh ye..kat sini ada petting zoo.. best, semua menatang bleh pegang.. tu ulaq sawa..
comeynya dia.. tp geli...
hahahha

sambung balik pic tadi..masih beraktiviti dlm air berpeluh keti

aktiviti di malam hari..kami merayap sekitar tempat tu..ada show org telan api..

gambar kenangan.. team cma kalah utk task hari tu.. muahahaha..
hmm.. Lost Word Of Tambun best KALAU bwk kaum keluarga dtg..lebih kurang sama mcm Sunway Lagoon tu..tp tak leh challenge lg ke BEST'an Sunway Lagoon.. yg paling best ade Hot Spring.. Kolam Air panas..mmg best..mlm2 berendam kat dlm tuh.. hahaha..berasap idung...


kalu nak datang : nih rege tiket dia
sekian..

NotaComot~ Tapi aktiviti kali ni mmg TAK BEST.

20 May, 2014

6 Tahun Sudah



macam kuruih jerr.. hahahah comot betui :p

Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam pagi semuanya….

Hari ni 20hb Mei 2014.. Bermakna..cma dah  6 tahun memerah keringat masin kat Sunway University ni.. how time fliessss… tak sangka..

Tahniah buat diri sendiri.. walaupun takde ape2 kelulusan dalam jurusan library science, I bangga coz kekal hingga ke hari ni..

Macam2 pengalaman suka dan duka, pahit dan manis di tempuhi..kelak akan mematangkan diri dlm menempuh ujian mendatang..ececece...

Saye sayang kompeni saya ke?? Oh tidakkk I only love MY JOB. Not my COMPANY.

*Dah 6 tahun kerja..dan dah 6 tahun juga mengemas kini SPA…senyapppp sajo…* :’(

Notacomot~ new record paling lama keja..kalo sebelum ni 5tahun manager di 7-11 

19 May, 2014

SIRIM Surveillance Audit 2014



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Isnin..
Sudah tiba masanya… huuhuh.
Waktu tegang buat kami di Tun Hussein Onn Library hari ni.. 
Satu hari pack.
Doakan semoga semuanya berjalan dgn lancar tanpa NCR!
Weehooo…

Let’s get the party started yeah..
Muahaha..
SIRIM audit team, consisting of Mr. Mani Maaran Krishnan (Lead Auditor) and Ms. Teh Siok Im.

16 May, 2014

APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?



Assalamualaikum...
semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam pagi jumaat..

perkongsian utk hari ni...


Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..


Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..

Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..


Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..




Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...

Aamiin... 
Aku berdoa..
Ya
اَللّهُ : 
Muliakanlah diriku dan org mereka yg membaca pada waktu ini..
Lapangkanlah hatiku dan hatinya..Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan  Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan  Mudahkan segala urusanku dan urusannya Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar Jauhkan kami dari segala Musibah Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU. 
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن