25 May, 2014

"Aku dah bosan jadi doktor bertauliah"


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.


Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Hanya diperlukan bila nak MC....
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.

Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.


Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.

Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.

Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.


Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.
Aku tak faham.

Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.

Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.
Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.

Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.


Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.



Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung
Selamat tinggal.

Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah) : Memang tidak dinafikan ada benarnya pemerhatian & pendangan daripada kaca mata seorang Tokoh Saintis Negara merasai sendiri keresahan kalangan yang bergelar Doktor Perubatan hari ini di Malaysia terutamanya.

Bagi Berita Semasa, sangat menarik untuk kita semua semak dan perbincangkannya. Sebelum itu…..

Mungkin ada yang merasa asing figura yang bernama Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah. Mungkin ada juga yang telah mengenalinya. Sebenarnya dalam bidang perubatan negara, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah merupakan saintis Neuro yang paling hebat pernah dilahirkan di rantau ini.

Latar Belakang Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah

Dr. Jafri Malin baru-baru ini terpilih menerima anugerah ‘Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia’ dari Akademi Sains Malaysia.
Jafri Malin merupakan lulusan USM sebelum melanjutkan pelajaran sebagai pakar bedah neuro dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti of Ghent, Belgium
Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terlibat secara langsung dalam melahirkan 36 pakar neuro surgeri, seorang pakar neurologi dan 12 saintis neuro.
Dari segi penulisan pula, Dr. Jafri Malin menghasilkan 147 terbitan jurnal ilmiah dan 10 buku dalam pengajiannya.
Walaubagaimanapun, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terasa keresahan yang membelengu doktor perubatan hari yang mesti diperbetulkan pada ketika ini selama ini ia hanya terbuku di hatinya sepanjang bergelar doktor.

*Autopublish*