01 June, 2013

~Kalaulah Kita Tahu… ~

Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...


Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan harapan
Tempat bergantung harap
Kita takkan tersungkur kepada putus harapan
Mahupun jatuh berhasad dengki

Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan kepercayaan
Tempat bergantung sumpah dan janji
Kita takkan tersungkur kepada kekecewaan
Mahupun jatuh kianat mengkianati

Kalaulah kita tahu dimana nak letakkan kecintaan
Tempat bergantung kasih dan sayang
Kita takkan tersungkur kepada kemurungan
Mahupun jatuh benci membenci



Apa Guna
Jadi Ahli Matematik Kalau Tak Tahu Berapa NILAI Air Mata Seorang Ibu

Apa Guna
Jadi Ahli Sains Sekiranya Mengatakan Manusia Itu BERASAL Daripada Beruk

Apa Guna
Jadi Ahli Falsafah Kalau Bercakap TANPA Merujuk al-Quran & Hadith

Apa Guna
Jadi Orang Seni Kalau Menggunakan KREATIVITI Untuk Menabur FITNAH

Apa Guna
Jadi Pakar Sejarah Jika Membenarkan PENDUSTAAN; Menafikan Yang HAK

Apa Guna
Jadi Ahli Politik Sekiranya Berjuang Dengan Menggunakan SENJATA Emosi

Apa Guna
Jadi Ahli FACEBOOK Jika Suka Membuka KEAIBAN Diri Sendiri & Orang Lain

& Apa Guna
Kita Berjuang Untuk Menegakkan Kebenaran Sedangkan HAWA NAFSU Kita Pun Kita GAGAL Tundukkannya??


Notacomot~Tak Ada Gunanya...hoh