01 June, 2013

~ Ikhlaskah Aku? ~


Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Wahai diri..
Ikhlaskanlah dirimu dalam menuntut ilmu..


Kerana Rasulullah telah memberi amaran:
“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

Baginda juga mengingatkan..
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

Nauzubillahiminzalik..

Ya Allah..
Bantulah kami dalam memperbetulkan
niat kami dalam menuntut ilmu-Mu ya Allah..

Bantulah,
agar kami dapat memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai merealisasikan bahagian pertama syahdah:
“La ilaha illallah”.

Bantulah kami memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai merealisasikan bahagian kedua syahdah:
“Wa anna Muhammad Rasulullah”.

Bantulah kami memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan tuntutan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merupakan salah satu tuntutan asas agama.

Bantulah kami membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya seperti para orientalis dan para pencipta bid’ah.

Ya Allah, jadikan kami hamba yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, yang mana ia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam.
Ini kerana firman-Mu;

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”(Maksud surah Muhammad, ayat 7)
InsyaAllah..

Amiin ya Rabbal'alamin