18 September, 2020

Selamat Hari Malaysia! Bukit Gasing Hiking Trail 16.09.20

Salam & Haiii
SHiemaCMa Malaysia Day
Selamat Hari Malaysia Malaysiaku Terchenta! #MalaysiaPrihatin. Tediaaaa..
Hahah.. cite haritu. harap tak basi lagi nak simpan sini. eceecehh..

Frankly Speaking, Seumur hidup seorang CMa ni kan, ni lah kali pertama CMa pegi full track Explore Bukit Gasing. Nama je dok PJ, Bukit Gasing sebelah umah pun tak penah jejak (penah sekali time KRS 2002 dulu tapi tak full loop), dan bebaru ni pegi pun naik separuh jek dek anak teruna yg pewai separuh jalan) bhahahaha..

Kali  Ni, Memang niat dihati nk try pusing2 dalam tu. Alhamdulillah. Allah Izinkan tanpa sesat sangat. Thanks Allah!😘

Start Masuk Jam 7.30am camtu
Malam tu hujan lebat. so, trek pagi ni agak muddy sedikit.
FYI. Hutan Pendidikan Bukit Gasing ada 3 laluan  iaitu Taman Rimba Bukit Kerinchi, Perumahan Hillpark dan Hutan Pendidikan Bukit Gasing (Pintu Gerbang) .

SOP Jangan Lupa

Trek dia so so lah. Ada memacak (kat kuil), ada yg bese2, ada yg landai dan mostly bertangga nyah. So hari tu CMa Sempat cover Jambantan Gantung (Suspension Bridge), Jambatan Gantung Besi Taman Rimba Bukit Kerinchi (Steel Bridge) dan Sivan Temple (Telekom Tower)


Sebab takde arah tujuan, So, CMa memang ikut jer lah rentak kaki dan hati mana dia pegi. Actually, Dalam hutan bukit gasing ni, korang Takkan tersesat okay, Cuma kebarangkalian laluan trek yg sama je banyak sbb laluan & loop dia yg berbeza2. Pusing2 tang tu jugak jumpa walau trek lain. hahaha

1st, CMa Pegi Ke Jambatan besi, tapi Jambatan Besinye Nan hado. Laluan dan betul dah. Tapi tak jumpa mana jambatan besinya. Hahahaha. Gila kau gelak sorang2 kat situ. So, takde gambar.

Then, menuju ke Jambatan Gantung Pulak. Nice gila view on the way nak kesini tau.CMa btembung dgn group yg laluan dari sana. Ramai gilak. Haha.. amek gambar kat hujung then turun lalu ikut bawah. Hahaha..

Last skali ke Temple. Okeh. Laluan ni mencanak sikit naiknya. dgn Stamina yg nan hado. Kau rasakan lah ye. Hahaha.. tapi view tantek angat. Worth it!

Lets burn the Calories 🔥

Overall, Trek Cantik, View Cantik, Panorama dalam hutan pun cantik. Sonok rasa explore. Memang nak pegi lagi kesini sbb tak jumpa Jambatan Besinya tu. Hahaha. .kau saba jap. Nak trening kat sini pun okay jugak. Walupun dia bukit stamina kacau ooo. Heh.. 

okebai