03 May, 2016

Main Kutu : Lafaz Akad Main Kutu (Pinjaman)

Assalammualaikum & Hai…


Uols ade yg main kutu? Main kutu maksud CMa, Collect duit reramai tetiap bulan yg dipersetujui, pastu bahagi la tiap2 bulan turn sapa yg dapat. bukan main kutu kepala yer.. hahahah.. :p

Macam CMa, contoh 10 orang main, RM100 kutipan setiap seorg (termasuk punya turn) dapat la RM1000,10 bulan turutan kutunye. Cabut undi, dan kendian DIPERSETUJUI oleh kesemua ahli (tiada unsur perjudian disini).

CMa main kutu sampai sekarang wehh.. hahaha… dari bangku sekolah menengah lagi.. teringat kutu 50sen la,RM1 la..RM5 la.. paling banyak RM10.
Ngeh ngeh ngeh… bila turn kita dapat tu, punya happy tak terkata .. :p

Seumur hidup jujur, CMa x tau main kutu, hukum AKAD nya adalah HARUS
(baca details kat bwh ye)

Pertama : Keharusan kaedah :-
أسلفني وأسلفك
Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)
Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.
Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad  (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)
Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.
Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.
Ibn Qayyim berkata :-
والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم
Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)
Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran
Permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.



Contoh lafaz akad main kutu :-

"aku hutangkan kamu sebayak RM100" dan jawab yang menerima "aku hutang dari kamu sebanyak yg tersebut itu."

kalau bulan ni kita dapat seribu..yang pemberi tu mesti ckp "Aku hutangkan kau seribu pada bulan ni...so kita Akan jawab "aku terima

 "aku serahkn duit sebnyk sekian2..kepada kutu bin rayau....kutu jwb aku pn trima lah duit yg sbnyk trsbt...

Macam akad jual beli jer kekdahnye yer
Hihi.. cma baru jer dapat duit kutu… beghase kayo la sekerjappppp.. :p




Main Kutu : Lafaz Akad Main Kutu (Pinjaman)

Lafaz Akad Main Kutu, Contoh Akad Main Kutu, Main Kutu,Hukum Main Kutu, Akad Bermain Kutu,