20 September, 2015

Kenali Jenis Enjin Kereta

Assalammualaikum & Hai..

kekeke.. punye lama tenggelam, tetibe timbul cerite pasal enjin kete plak hang..
layankan ajerrrr...

"Ko Pakai Honda Ke?"
" Tak! Bapak Aku Punye Kete"
"Honda Ape Ni?"
" Honda Stream Name Dia"
"Ade Vtec La! Org Ckp Vtec Laju Kan? Kete Besar Mcm Ni Laju?"
"Laju Jugak La..."
"Gile La.... Bapak Ko Pakai Vtec Do!"
"Vtec Tu Ape?"
"V Technology Kot. Dia Pakai Enjin V"


Perbualan pramatang di atas menunjukkan situasi di mana orang yang tak berapa tahu mengenai vtec bercerita berkenaan vtec. Untuk menjauhi perkara terkutuk seperti di atas mari kita kenali apa itu vtec.
VARIABLE VALVE TIMING AND LIFT ELECTRONIC CONTROL atau singkatannya Vtec adalah satu sistem untuk meningkankan efisyensi sebuah enjin.Biasanya ia dilengkapkap dengan enjin NA (naturally aspirated) ataupun enjin tanpa sebarang induksi paksaan (tanpa turbocharged atau supercharged).

Sejarah Pada Honda Vtec Bermula Pada Tahun 1983 Di Mana Enjin Pertama Honda Yang Dilengkapi Dengan Sistem Vtec Adalah Motorsikal Honda CBR400F 400cc.

Walaubagaimana Pun Sistem Variable Valve Timing Telah Lama Diperkenalkan Oleh Fiat, General Motor Dan Alfa Romeo. Apa Yang Membezakan Sistem Mereka Dengan Honda Vtec Adalah Keupayaan Honda Vtec Yang Mampu Mengasingkan Kedua2 Camshaft.
Kegunaan Camshaft adalah untuk mengawal injap campuran angin dan minyak keluar masuk. Jika campuran keluar masuk dengan perlahan dan dengan bukaan kecil, prestasi enjin akan terjejas. Tetapi mampu memberi penjimatan petrol. Ia biasa digunakan pada enjin jalanraya biasa. Manakala camshaft dengan lift yang tinggi, atau dipanggil racing cam, mempunyai bukaan yang luas dan agak lama dalam proses keluar masuk campuran. Ini akan meningkatkan prestasi dan mengakibatkan pembaziran petrol. Dan camshaft jenis ini hanya untuk tujuan perlumbaan kerana enjin tidak stabil pada RPM rendah.

Honda memperkenalkan sistem vtecnya yang mampu menukar kedua2 camshaft tadi pada waktu tertentu. pada low REV biasanya 0-4500rpm, enjin akan menggunakan camshaft biasa dan selepas rpm4500, satu kuasa hidraulik akan menolak camshaft yang yang lebih tinggi liftnya tadi menggantikan camshaft biasa. dengan ini pada RPM yang tinggi, enjin memberi prestasi yang lebih optimum dan mengurangkan kerosakan pada enjin, manakala jika anda memandu dengan lebih perlahan enjin tidak akan bergegar dapa saat idle dan lebih menjimatkan.

i-vtec pula adalah sejenis vtec yang bertujuan memberi lebih penjimatan kepada enjin tersebut. tidak seperti vtec biasa, fokusnya lebih kepada efisyensi dari kelajuan.

Selain Honda Vtec, Mitsubishi juga muncul dengan sistem MIVEC, BMW dengan sistem VANOS, Toyota dengan VVT-i dan VVTL-i dan DVVT-i, Subaru dengan AVCS dan AVLS, Proton dengan Campro CPS, Porche dengan Variocam dan variocam plus, Nissan dengan NVCT dan VVL, dan Volvo dengan CVVT.

setiap VVT sistem di atas mempunyai kelainan tersendiri untuk mendapatkan efisyensi yang terbaik.
Vtec LEV (low emission vehicle) adalah sistem vtec yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran yang dihasilkan oleh enjin tersebut. Mengikut spesifikasi euro di mana ia hampir 0 karbon monoksida.

VTEC TYPE R
sejenis enjin yang memang khas untuk kelajuan. sebut saja type R, code enjinnya berlainan walaupun keretanya adalah sama. Dengan camshaft kedua yang lebih tinggi liftnya, ia benar2 dicipta untuk kelajuan. apabila vtec mula memacu kereta anda, anda boleh lupakan soal penjimatan minyak kerana ia akan membuat meter minyak anda turun seperti tanki anda bocor! tetapi kuasanya akan membuatkan anda lupa yang poket anda akan kosong!

MIVEC (Mitsubishi Innovative variable valve timing and lift electronic control) adalah pesaing vtec yang mempunyai teknologi hampir sama dengan vtec.

VVT-i (variable valve timing intelligent)
digunakan untuk enjin toyota, fungsi yang sama dengan vtec tetapi lebih difokuskan pada efisyensi seperti penjimatan minyak dan kuasa optimum seperti i-vtec.

VVTL-i (variable valve timing and lift intelligent)
terdapat hanya dalam kereta Toyota Celica. lebih kurang sama fungsi dengan vtec dan mivec. untuk kelajuan.

Dual VVT-i
Continuously Variable Valve Timing. Teknologi Baru Dari Toyota Untuk Efisyensi Dan Kelajuan. Tidak Seperti Sistem Vtec Dan Mivec Biasa. Ia Bukan Sekadar Mempunyai 2 Jenis Camshaft. Tetapi Mempunyai Cam Pulley Yang Boleh Berubah Darjah Pusingan Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Penukaran Keadaan Supaya Enjin Lebih Efisyen.

Neo VVL (Nissan Ecology Oriented Variable Valve Lift and Timing)
Teknologi dari Nissan untuk menyambut kehadiran vtec dan mivec.
Vanos (Variable Nockenwellen Steuerung)
bermaksud variable valve timing dalam bahasa German. memfokuskan efisyensi tetapi menggunakan teknologi yang berlainan dah masih lagi dirahsiakan.

Double VANOS
bertindak seperti dual vvt-i dari toyota, fungsi enjin yang berlainan untuk setiap RPM berbeza untuk penjimatan dan kelajuan. terdapat dlm M3, M5 dan M6

DVVT (dynamic variable valve timing)

terdapat dalam enjin perodua myvi, kembara, viva dan alza. menggunakan sistem VVT-i toyota yang berbeza namanya ditukar untuk tujuan penjualan. 

sumber dari = Pomen Cabuk Kereta Piang