01 July, 2015

Jom Kita Amalkan Minum Air Nabeez


Assalammualaikum & Hai...

Air Nabeez Ni Adelah Air Rendaman Buah tamar  Ataupun Kismis. Rendaman Sehari Semalam..Nak Jadi Sihat, Cergas ,Otak Cerdas, Bertenaga Di Bulan Ramadhan?
Ni Cma Share Cara2 Nk Buat Air Nabeez (Detoks)

1. Tuangkan Air Kosong Ke Dalam Gelas Sebelum Tidur.
2. Rendam 21 Biji Kismis @ 3 Biji tamar Dalam Air Minuman Tersebut..
3. Minum Air Rendaman Dan Makan Isi Itu Keesokan Paginya Sebelum Bersahur..
Amalkan Setiap Hari Untuk Mendapatkan Tubuh Yang Cergas, Minda Yang Cerdas, Mata Yang Sihat Dan Badan Yang Bertenaga!

Air Nabeez Adalah Air Rendaman Tamar Di Rendam Dalam Air Kosong Semalaman (Dalam Bekas Yang Bertutup) Dan Diminum Keesokkan Paginya.
Sumber Mengatakan: Air Nabeez Nie Kegemaran Rasullah S.A.W. Nabi Akan Rendam Beberapa Butir Tamar Atau Kismis (Salah Satu) Di Dalam Air Untuk Semalaman (Dalam Bekas Bertutup) + Minum Air Rendaman Tamar Tu Diwaktu Pagi. Air Tu Nabi Minum & Buah Tamar Yang Dah Lembik Tu, Nabi Telan Sekali. Oleh Itu Air Nabeez Nie Dikatakan Sebagai Sunnah Nabi.

Talk About Infused Water. Org Barat Baru Sekarang Faham Dan Baru Nak Popularkan Kaedah Infuse Water Nie. Nabi Kita Dah Buat Lama Dah.

Khasiat ,
Terlalu Banyak Khasiat   Yang Menjadi Sunnah Rasullah S.A.W. Ini.

Nabi Muhammad SAW Bersabda:-
 “Rumah Yang Tidak Ada   Di Dalamnya, Akan Menyebabkan Penghuninya Kurang Sihat”.

Nabi Muhammad SAW Bersabda:-
 “Berilah Makanan Tamar Pada Wanita Yang Hamil Sebelum Dia Melahirkan, Sebab Yang Demikian Itu Akan Menyebabkan Anaknya Menjadi Seorang Yang Tabah Dan Bertaqwa (Bersih Hatinya)”.

Abu Abdillah Berkata:-
“Buah Tamar Adalah Salah Satu Buah Yang Berasal Dari Syurga Dan Dapat Mensirnakan Pengaruh Sihir”.

Abu Abdillah Berkata:-
 “Orang Yang Memakan 7 Buah Tamar Yang Baik Sebelum Sarapan, Maka Pada Hari Itu Dia Tidak Akan Tertimpa Racun, Sihir Dan Tidak Diganggu Syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq Berkata:-
 “Barangsiapa Memakan 7 Buah Tamar Yang Baik, Maka Cacing-Cacing Yang Ada Di Perutnya Akan Mati”.

Sabda Rasulullah SAW :-
 “Barang Siapa Yang Makan Pagi Dengan Tujuh Butir Tamar Ajwah, Maka Tak Akan Mencelakainya Racun Dan Sihir Dihari Itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari Segi Kesihatan Tubuh Badan, Tamar Telah Dibuktikan Sebagai:-
1. Pemberi & Pemulih Tenaga (Ini Antara Sebab Kita Disunatkkan Memakan Tamar Sebaik Berbuka Puasa)
2. Tinggi Kandungan Fiber ~ Mengelakkan Kolestrol Jahat Dari Terkumpul Di Dalam Badan. Sangat Bagus Dalam Mengelakkan Sembelit (Atau Meredakan & Memulihkan Diri Dari Sembelit)
3. Pemberi Zat Besi Yang Sangat Bagus.
4. Kaya Pottassium ~ Penting Dalam Penjagaan Jantung & Menstabilkan Tekanan Darah

Khasiat Air Nabeez
Air Nabeez Nie Adalah Minuman Berakali, Yang Mampu Menolong Membuang Asid Dari Perut Dan Sistem Pencernaan Badan. Juga Membantu Badan Untuk Menyingkirkan Bahan2 Toksin Dari Badan. Dalam Ertikata Lain ~ Sebagai Detox.

Disebabkan Air Nabeez Nie Tinggi Kadar Fiber, Ia Mampu Membantu Proses Pencernaan Yang Baik & Meningkatkan / Menajamkan Fikiran. Agar Kita Tidak Mudah Lupa..Sangat Bagus Untuk Memulihkan Lemah Tenaga Batin.Juga Bagus Untuk Pesakit Arthritis & Pesakit Gout.Kerana Air Nabeez Membantu Menuetralkan Kadungan Urik Asid Di Kalangan Pesakit Gout.

Cara Membuat Air Nabeez
Rendam Beberapa Butir Tamar (Seelok2nyer Bilangan Ganjil) Ke Dalam Air Masak Dalam Jug Air / Gelas. Seelok2nyer Dibuat Waktu Petang / Malam, Dan Pastikan Jug Air / Gelas Tu Bertutup. Keesokkan Paginyer (Dalam 8-12 Jam Selepas Direndam), Air Tu Bole Diminum & Buah Tamar Yang Telah Lembut Tu Dimakan Begitu Sahaja.
Tamar Yang Elok Digunakan Adalah Tamar Ajwa. Tapi Kalo Takde Tamar Ajwa ~ Sebarang Tamar Lain Pun Boleh.

Pantang Larang Dalam Membuat Air Nabeez
Hanya Gunakan Salah Satu Daripada Buah2an Pada Satu2 Masa. Tak Boleh Campurkan Tamar & Kismis Untuk Membuat Air Nabeez.
Maksudnyerr,Kena Buat Dalam 2 Bekas Yang Berasingan Kalau Nak Minum Nabeez Tamar Dan Nabeez Kismis.Air Nabeez Nie Kalo Disimpan Di Dalam Peti Ais ~ Boleh Tahan 1 ~ 2 Hari Je.