07 December, 2014

Punca cepat lapar.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Ahad…
dear me :)
Sebelum ni kan,cmaasik nak makan jeeee…. Walaupun pagi tu dah amek heavy/ light bekpes, tak sampai tengah hari dah sibuk cari nak makan lagi…

Nasi? Roti? Susu soya? Kadang3 tu ade jgk ganti dgn supplement Shaklee yg ESP tu, tp tetap jgk rasa lapar.. wuuuuu… kenapakah? Cma rasa mcm cacing jerr… hahahaha.. kena carik ubat cacing ni… kasi cleanse itu cacing yg tak bermanfaat.

Dalam dok pikir pasal ubat cacing tu, ttp jugak gegeh menggogle punca2 or faktor yg menyebabkan kita kerap lapar, meh cma share dgn uols.. :)

Pernahkah mengalami situasi berasa lapar kembali walaupunbaru sahaja selepas makan. Makan berulang-ulang kali dalam kuantitiyang banyak boleh menyebabkan masalah obesiti dan menjejaskankesihatan tubuh badan. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini?Berikut dinyatakan beberapa punca yang menyebabkan kita berasa cepat lapar:

1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil kajian daripadah University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
 2) Kerap makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin. Ia menyebabkan kita terdorong untuk makan berulang kali yang menjadi salah satu punca terhadap masalah obesiti. Kita boleh makan makanan bertin, tetapi elakkan daripada terlalu kerap.


3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat tahun mendapati bahawa individu yang mengambil 300 kalori ketika sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua kali ganda berbanding yang mengambil 500 kalori. Sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan kita makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari.
 4) Tidak makan sayur-sayuran
Sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, anti oksida dan nutrien yang membantu rasa kenyang tahan lebih lama. Serat dalam sayur-sayuran dapat membantu untuk sistem pencernaan. Nutrien seperti vitamin dan mineral pula mampu meningkatkan imunisasi dalam badan. Seeloknya pilih sayur-sayuran segar untuk dimakan bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.
 5) Tidak minum teh kurang gula
Minum teh kurang gula selepas makan akan membuat kita berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak.
6) Kurang minum air putih
Kita perlu minum 8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari, seeloknya minum air putih sebelum mengambil makanan. Kekurangan air dalam tubuh badan berpotensi untuk meningkatkan tahap kelaparan yang akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. 
 7) Kebosanan

Sekian punca2nya.. hmm.. cma dapat klasifikasikan sendirik.Punca Lain yg menyebabkab cma lapar adalah BOSAN .. cma kalo frust/ sedih mesti rasa lapar yg over.. hmm.. mungkin jgk tu ye..asal bosan je.. mkn nasi.. asal bosan jer makan nasi.. sbb utama cma nak diet sbb BMI cma dah overweight..

sekrg ni pun byk baju tak muat.dan paling menakutkan kaki cma dah mula rasa sakit bila berdiri lama..dan kadang2 macam kena ‘karen’ kat buku lali tu..kerap jgk kena ‘karen’ tu.. cma diet bukan semata untuk cantik..tapi untuk SIHAT.. esok lusa bila lalai jga pemakanan, sakit, sape yg susah? Wuwuwuwuwuw..
*tetibe