25 November, 2014

Donate and Save Arshad Imanshah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Selasa..

Kpd sahabat2 sy yg baik hati & berkemampuan..sudilah kiranya menghulurkan sedikit sumbangan kpd ‪#‎AdikArshad. besar @ kecik nilainya hnya allah yg dpt membalasnya.. Semoga adik arshad cepat sembuh.


Here’s the story for Arshad Imanshah Bin Antashah, the son of Antashah Mohd Nor and Norhafidzah Safri also a little brother to Rania Imelda Binti Antashah

Born on 25 March 2013 weight at 2.67kg in University Malaya Medical Centre.

Day 3 of life, Arshad had been diagnose for jaundice.. normal for babies as he was also a premature baby that was born at 35weeks. After 30 days, he was still with jaundice and doctor advise as a prolonged jaundice that willl disolve by 3 months or earlier.

Days goes by, he was still jaundice at day 40 of life. With numerous followup to the hospitals, an ultrasound was scheduled to confirm that all is normal and he is just having prolonged jaundice. However, something else was discovered. His bilirubin – count for jaundice was still high and from the ultrasound, the gallblader was too small. This caused the bilirubin was not been process directly to his intestine that caused jaundice, swallon at his right of his stomach which is the liver.He has been diagnose as Biliary Atresia stage 3 and the solution for this will be a Kasai procedure. Kasai operation has been scheduled on 6 June 2013 at the age 2 and a half months. 

Recently checkup and hospitalization, at the age 13months his liver condition has not been improving much and special infant milks and care is needed for him. Specialist team from University Malaya Medical Centre has refered Arshad to NUH Singapore and a liver transplant is needed as soon as possible. 

As Arshad parents, we would want to give the best for him and we would like to seek your kindness in donating any amount for us to have the liver transplant. Here's the estimate cost breakdown after been briefed by the transplant coordinator in Singapore.

Below are the liver transplant cost given by the NUHS: 
Liver assesment before transplant: 15-20k Sing dolar
Liver transplant: 200k Sing dolar
Followup post transplant: 2k Sing dolar

Maybank acc num: 5628 4350 6388 
Account holder name: Antashah Mohd Nor (Father of Arshad Imanshah)
Email: imanimalda@gmail.com

-------------------------------------

Arshad Imanshah bin Antashah dilahirkan sempurna sifatnya pada tanggal 23 Mac 2013 dan diharapkan agar menjadi anak yang soleh serta pemimpin keluarga apabila dewasa kelak. 

Kegembiraan menyambut kelahiran Arshad ke dunia diuji dengan demam kuning yang berlanjutan. Arshad Imanshah disahkan menghadapi Biliary Atresia tahap 3 atau barah hati ketika usianya 2 setengah bulan. Arshad dinasihatkan oleh pakar perubatan PPUM untuk menjalani pembedahan bagi membuang hempedu tersumbat yang mengakibatkan Arshad mengalami komplikasi pada hati. Alhamdulilah pembedahan berjaya dan Arshad kembali ceria.

Namun, setelah 10 bulan selepas pembedahan Kasai, fizikal Arshad masih tetap kuning dan kesihatan hatinya semakin merosot. Arshad kerap dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama kerana mudah terkena jangkitan kuman pada hatinya. Arshad mendapat rawatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pakar mencadangkan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura bagi membolehkan Arshad untuk meneruskan kehidupan.

Namun sedemikian, kos pembedahan pemindahan hati Arshad dan rawatan susulan memakan belanja yang amat mahal. Berikut adalah rumusan anggaran kos:
Pemeriksaan sebelum pemindahan hati: 15-20k Sing dolar
Pemindahan hati: 200k Sing dolar
Rawatan susulan sebulan: 2k Sing dolar

Dengan rasa rendah hati, semoga anda dapat membantu sebanyak mungkin agar Arshad Imanshah dapat menjalani pembedahan pemindahan hati dan diberi kekuatan untuk berjuang dalam meneruskan hidup. Secebis hati merintih untuk diselamatkan.
 

--------------------------------------------------
No. Akaun Maybank: 5628 4350 6388 
Nama Pemilik Akaun: Antashah Mohd Nor (Bapa Arshad Imanshah)

hulurkan tangan, ringankan beban

22 November, 2014

Permohonan BR1M 4.0 2015 online


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
SalamSabtu…
Sedikit maklumat untuk mereka yg ingin mengemaskini Brim 4.0

Daftar Borang Brim 2015 Online & Kemaskini Brim 4.0. Sebenarnya terdapat 2 cara untuk daftar Brim 2015 (Brim 4.0). Samada anda hantar dengan cara :-

1) cara konvensional dengan cara mengisi borang Brim 2015 (Brim 4.0) secara hardcopy ataupun ;
2) secara atas talian, Daftar Borang Brim 2015 Online & Kemaskini Brim 4.0

Syarat Permohonan Brim 2015 Online & Kemaskini Brim 4.0

Sebelum itu, pastikan anda semak terlebih dahulu samada anda layak atau tidak siapa yang layak untuk bantuan Brim 2015 (Brim 4.0) ini.
  1. Warganegara Malaysia
  2. Perempuan @ lelaki yang menjadi ketua kepada isi rumah/ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
  3. Andaikata pendapatan bulanan isi Rumah anda RM4,000 dan ke Bawah – Dapat BR1M RM450
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah – Dapat RM300
  5. Manakala bagi pendapatan bulanan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM4,000 – Dapat RM450 
surat pemberitahuan ini telah pun  mula di hantar.

Download Borang Brim 2015 (Brim 4.0)?

Kepada yang pernah daftar borang BRim Malaysia online ataupun offline sebelum ini, anda hanya perlu kemaskini borang Brim 4.0 2015 kali ini. Dan duit Brim kali ini akan diagihkan terus ke akaun bank anda. Lebih mudah dan cepat.

Untuk pengetahuan, Permohonan untuk mengemaskini Brim secara atas talian ataupun hantar sendiri borang bermula dari 1 disember hingga 31 disember 2015. SELEPAS dari tarikh itu tidak akan diterima.

Sebarang komen berunsur POLITIK akan di Delete yaw!

Peaceeeeeee!!!!


21 November, 2014

Lirik Erti Al Fatihah - Voice Of Ummi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Jumaat..


Dah baca surah Al-Kahfi?
Klu lupa, cepat2 baca ye..kalo dapat hafal MasyaAllah.. lagi best
Mudahnya mencari pahala… :)

Uols mesti dah pernah dengar lagu ni kan? Comel suara budaknye..
Lirik asal lagu ni sebenarnya dari Surah Al-Fatihah..
Alhamdulillah… pendekatan yg amat baik utk anak3 kita..
Daripada menghafal lagu yg lagha tu kan..kan kan..

Seri masa mini konvo di pastinya tempoh hari ade mempersembahkan lagu ni.. comel je tgknye…
Pernah jugak sebelum pementasan tu, seri ada menguji vocal die depan cermin tau..sorang2 sambil pegang sikat.. hahaha…
Meh cma share dgn uol..mesti mulut pon terasa nk menyanyi jgk..

Lirik Erti Al Fatihah - Voice Of Ummi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadsMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Yang ni bacaan Surah Al-Fatihah beserta Terjemahan.


al kahfi
al fatihah
SayyidulAyyam :)

20 November, 2014

Pengakuan Suami Mah Curang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Khamis… 

Heh heh..
Cma pon nak menyibuk jgk psl kes ni..
Dah lama kes ni jadik Viral, CMa jer baru tawu..
Dan tercetus rasa emosi yg melampau…
Muehehe…

Satu persatu perenggan tu dibaca..
Makin lama.. makin rasa disimbah petrol pulak api kemarahan ni..

Oh suami..
Kerana isteri kau tak cantik, selekeh & ketat seperti dulu,
Kau jadikan Alasan sebagai tiket untuk kau berzina selama 10 tahun tanpa pengetahuan isteri kau..
Isteri yg sanggup korbankan kecantikan dia, hidup dia demi menghambakan diri pada kau..
Bertarung nyawa melahirkan zuriat kau… ini balasan yg kau pada dia?

Serius, CMa rasa sedih & pedih bagai ditikam2..
Salah isteri ke kalau serabai macam tu sbb dibiarkan KESEORANGAN menguruskan hal rumahtangga?
Pada CMa,
Ada salahnya isteri sbb bila terlalu sibuk menguruskan hal rumahtangga,dia gagal menghias diri..
TAPI, cma paling salahkan SUAMI sbb jadikan itu sbgai alasan.
Tak boleh ke secara jujur bgtau kat isteri sekian sekian sekian…dah terkantoi ni, pandai pulak dok cerita A to Z apa sebabnya..kenapa tidak mula2 dulu? ni pun allah nak tunjukkan.. kantoi dengan isteri.. tu pun kalo tak kantoi, maunye sampai kiamat dok berzina.
Nauzubillahminzalik!

Tak boleh nak terus menulis menaip lagi..
Ketaq tangan aihhh..marah punya pasal..
CMa? Ape ade hall..nikahkan sajorkkk

Hahaha…padan muka..orang lain punya hal, kita pulak rasa nak marah..
Nasihat untuk isteri2 diluar sana, Beware.. jadikan ini sbgai iktibar..
baca artikel penuh Pengakuan Suami Curang Kat Sini.
*nak komen lari dari tajuk?*
Rasa lapaq pula.. Breakfast apa pagi ni?

19 November, 2014

Resepi : Pisang Goreng Cheese

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Rabu…

Lepas Jeruk Mangga Asam Boi menyerang, sekarang ni. Fenomena Pisang Goreng Cheese / Pisang Goreng Keju pulak yer.. mueheheh… Uols dah ghase itu Pisang Goreng Chez? Sedap hingga menjilat jari ke? CMa sehingga sekarang belum pernah rasa keenakan Pisang Goreng Chez ni..tungguuuuuu…

Nih resepi cma dapat daripada akhbar berita harian.. silalah mencubanya pastu meh bagi kat CMa sket..nak ghase.. hehehe..

Resepi Pisang Goreng Cheese / Resepi Pisang Goreng Keju

Bahan Utama :

  • Pisang Berangan
  • 2 Sudu Tepung Gandum
  • 2 Sudu Tepung Beras
  • 2 Sudu Tepung Pisang Goreng
  • Sedikit Air

 Bahan Sampingan:

1.       Keju *DiParut*
2.       Coklat *Dicairkan*
3.       Gula Melaka *Dicairkan*
4.       Coklat Tabur *Utk Hiasan*

Caranya:

1.       Belah Pisang kpd 2 Bahagian
2.       Bancuh 3 jenis tepung bersama air hingga sebati
3.       Celup kepingan pisang didalam bancuhan tepung dan goreng sehingga keemasan
4.       Toskan minyak dan susun didalam pinggan.
5.       Hiaslah pisang goring anda sesuka hati dan sedia untuk dimakan.

*Keju ikut suka nak guna keju ape,, ade yg guna keju kepingan cheesedale tu.tapi kawan cma cakap, keju yg paling sedap adelah blok keju cheddar @ mozarella yg diparut tu.. auummmm katenye..

Selamat mencuba ya! (^_^)


18 November, 2014

Seri: Mini Konvokesyen PASTI Al-Hidayah 2014


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Selasa…

my cute adorable dotter & solehah girl
husnina Irdina @ Seri

Citer baling belakang.. hari Ahad lepas ada Majlis Mini Konvokesyen di PASTI seri.
Sempena meraikan pelajar terbaik untuk subjek2 terpilih individu,pelajar cemerlang untuk 4,5 & 6 tahun. Dan jugak penyampaian sijil tamat PASTI untuk tahun 6.

Seri tahun 5. Memang nan hado sijil diterimanya.. nak dapat piala untuk pelajar terbaik dalam mata pelajaran pun tak de jgk sbb seri tak capai agregat yg dikehendaki.. hihih.. tak pe sayang… belajar rajin2 ye untuk tahun depan.

Insyaallah.. anak umi mesti boleh dapat A untuk semua subjek dan jadi pelajar cemerlang.. Aaminn…..
Bacaan surah An-Nas dari seri :) klik SINI kalo tak buleh play ye

Seri ada jugak terlibat untuk aktiviti diatas pentas. Macam nasyid beramai2 dan jugak bacaan ayat lazim. Turn seri, dia baca surah An Nas.. hehe.. berani betuii.. kalo CMa la.. maunye keras kejung kat atas pentas tu. Kikiki..

Sekian.. layankan sedikit gambar dan jugak video yg cma rakam ni…

pentas yg indah ^^

seri bersama kawan2 untuk bacaan surah lazim.sorang3

sempat lagi buat peace b4 pic ni diambil.heheh

seri..oh seri.. malu2 meow dia disitu..tgk kwn sebelah pulak :p

bertungkus lumus cikgu cikgi meng 'arrange' kedudukan pelajar waktu ni

dan lagi...

dan lagi lagiii

hah..siap pun..tara....

dan bermulalah persembahan mereka..
segala puji bagi allah, tuhan semesta alam.... :)

pic dgn aboh

pic dengan umi
persembahan beramai2.. klu tak buleh play, kliK ajer SINI

habis dah..
bai bai bai :)

17 November, 2014

SEG Dinner: Retro 70, 80 & 90an

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam 
Isnin…

Hari jumaat lepas ade dinner. Tema retro katenye.. CMa? Hahaha.. harap sangatlah den nak follow tema segala bagai tu..tak de maknenye laaaa..

Tp tetap jugak nak simpan dalam ni buat kenangan.. hmm..tak banyak pic snap.. kalu ade pun dgn opismet yg seksi meksi.. tak koser nak letak dlm ni.. hahahah…

Layankan jer lahh..

Matukri @ mat
mamat mentenen.
baik hati dan selalu ada untuk tolong
sesape saje dlm kampus ni.

hehe..rakan sekerja,satu dept liza
Prof Stephen Hall.
king of the night

haha..ni officer cma.
Vicky!

bersama lin & liza.

elvis by Dr Jürgen Martin Burkhardt

mcm ni lah rupe bila di ajak bergambar

mr tan
mamat mentenen jugak.
dpt award staff terbaik

bersama CL Ms Wong & Deputy CL Ms Molly

asal adeee

cover album tak larisss

pinjam moto satt

buah tomato yg dijadikan lilin hiasan

lagi gambarrr

peace
last but not least!

14 November, 2014

Masalah iklan spam di Facebook

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam jumaat…
Allahu… lama tak mai jenguk2 blog kesayangan saya ni.. auummm…
Hai uols.. semua sihat2? Ka..? Alhamdulillah… Puan tanah kedaung ni pun Alhamdulillah… sehat walepat liat.. ^_^
 
 
 
 

Heeee…
Baru2 ni kan, pesbuk kena serang dengan iklan spam.. tapi bukan pesbuk cma laaa.. ni kekawan lain yg kena…haha..di tagnya cma dengan iklan yg bogel2, peluk2 adehh… beghapiii jo den raso…

Hahaha.. baiklah.. kat sini ade cara2 nk ‘protect’ pesbuk kita dari auto post iklan2 tanpa pengetahuan kita. Follow step by step ye.. tapi yg ni thru phone.. kalo versi pc cma tak dan nak geledah lagi… huhuh.. tak pe.. pelan2 kayuh na…

1.      Pegi ke ‘account Setting’
2.      Klik ‘Apps
3.      Pegi ke ‘Flat form’. Pastikan setting Mode OFF ye.
4.      Siap.

Tapi, untuk pengetahuan uols, cma sendiri TIDAK mengikuti steps ni sbb cma ada beberapa aplikasi yg memerlukan flat form ini tersedia sebagai MODE ON.

Steps ni pun cma amek dari pesbuk..
Hmm.. senang cerita, kalau ada kawan2 lain yg tag iklan spam ni dgn uols, dinasihatkan JANGAN klik apa2 link yg ditag, kalo tak, siap la.. hahaha…
Just delete jer iklan spam tu yer…

Sekian.
#sayyidulayyam
#surahkahfijanganlupa