02 July, 2014

Doa: بسم الله ‎Bismillah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Rabu..

Doa Bismillah

Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi
(Ya Allah,peliharalah diriku dan ruhku),
bismillahi Jibril
(Dengan nama Allah,Jibril), 
fi yamini
(pada kananku), 
bismillahi mikail
(Dengan nama Allah,Mikail), 
fi shimali
(pada kiriku), 
bismillahi israfil
(Dengan nama Allah,Israfil), 
fi amami
(pada hadapanku), 
bismillahi izrail
(Dengan nama Allah,Izrail)~ Hizib Al Hafiz

Doa bismillah 6

Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.
Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurur rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.

Ertinya :
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.

Bismillah 6 : Bacaan, Fadhilat & Cara

Fadhilat :

· Makbul segala hajat dan cita-cita.
·Luas rezekinya.
·Menang dalam peperangan.
·Penerang hati.
·Diajuhkan dari segala penyakit.
·Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
·Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
· Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
·Aman daripada binatang2 buas.
·Air laut menjadi tawar.
·Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
·Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi,          tikus atau burung.
·Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
·Terselamat dari karam dilaut.
·Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan bersalin jika meminumnya.
·Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
·Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
·Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
·Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
·Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
·Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas;
Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.