30 April, 2014

WW : Yang Mana Satu?


Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam rabu .....



yang mana satu gaya uols? hihih.. saye C !



29 April, 2014

Capsule Cut Shawl Yg gojes dari theveilbyruzainirozlan.com

Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Selasa…

Huhu..Actually dah lama sangat sangat sangat cma terima hadiah ni sempena pemenang cabutan bertuah intan  berlian mega giveaway tempoh hari.. baru hari ni nk hapdet.. huhuh…
Maaf penaja & penganjur.. >_<

Cma dapat 2 helai ..satu Shawl Half-moon sempena menjadi pengomen tegar di blog kak ina..Satu lagi sempena cabutan bertuah..yuhaa…. saya suka! Saya suka!

half moon glitter shawl

 
capsule cut shawl
Capsule Cut Shawl dari The Veil ni mmg best sgt pakai uols.. pusing la tera mana pun, depan dan belakang die cover.. Material pun jenis senang nk bentuk.. Cuma u all kena pandai la olah mengikut cita rasa sendiri.. hihi.. aiols Nampak hanggun gitewwi mengenakan capsule shawl ni..
Harga pun mampu milik.. gojesss..

Nak dapatkan capsule shawl ni boleh ke Ruzainiroslan @ Link FB kat sini..
Cuci mata uols…hihi..

Buat penganjur kak ina intan berlian.. terima kasih utk kedua2 hadiah ni yer.. series cma suka! Hihi..semoga bertambah murah rezeki dihari mendatang..

Oh ye.. kalau uols nk beli produk ephyra dgn harga ‘kasih sayang’ (HARGA TERMURAH DIPASARAN) buleh la roger kak ina .. kompom yg termurah.. klik aje EPHYRA ni atau boleh terus PM kat ina di FB beliau..

till then.. bai bai bai...

25 April, 2014

Saya MERINDUINYA


Assalammualaiukum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu...
Salam Jumaat semuanya... ^^

Alhamdulillah..sudah bertemu kita dipenghulu segala hari..
ari ni 25hb..3 hari lg nk gajiiiii...*hahaha* :D

oh ya.. CMa rindu mereka..
Bonda CMa.. ayahanda CMa... allahuakbar.. tiba2 rasa rindu walaupun baru je jumpa bonda semalam..

Cuma ayahanda CMa..dah lama sangat tak jumpa..
miss you so much dedi.. bila ayah nk balik nnti nk jumpa.. rindu sangat2..huhuh..

Kekuatan saya..
kesayangan saya..
bonda & ayahanda..
semoga allah sentiasa melindungi kalian berdua

Jangan lupa doa utk mereka..tak kira yg masih hidup atau yg telah pergi dahulu meninggalkan kita..insyaallah...

Doa Buat kedua Ibu Bapa
Amin..
Mode : Rindu :'(

24 April, 2014

Seri : Sukaneka


Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam khamis semuanya... ^^

Seperti yg diketahui, sukaneka seri berlangsungnya pada hari ahad lepas.dimana waktu itu cma takde disisi dia dek kerana mengikuti teambuilding ke IPOH..

Seri mewakili pasukan rumah kuning ^^. Dan diantara acara sukan yg dia turut serta adelah lumba lari, pas baton, susun tin, baling selipar ect.tp byk gambar yg tak dpt nk disnap kerana ada adik faiz yg sibuk nk main tab makngah dia.. ehehe..

Jom layan gambar anak solehah saya yg baik hati dan mendengar kata ni..

Seri a.k.a Husnina Irdina ..~~~

bergaya dgn medalnya..pasukan rumah kuning cik seri naib johan pada keseluruhan acara hari tu..

perhimpunan. seri bila kt umah, asik dok nyanyi ja lagu sukaneka pasti ni..
hahaha.. nnti cma rakam :p

acara penyampaian medal..nampak tak mana cik seri kitewww?

acara lumba lari:
en alan ckp pipi seri bergegar mase buat larian ni..
haha..pipi demokkk :D

bergambar dgn adik kesayangannye..sape lagi..adik faiz la..
oh,ade abah disitu..
peace!

seri dgn medalnye...shukeeeee le tewww :D

Ummi Loves you baby!

Till then, bai bai.. :D

23 April, 2014

WW: Bila?


Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Rabu...

Peringatan buat diri  sendirI :- BILA KALI TERAKHIR KITA MENYENTUHNYA??

22 April, 2014

Jomss pakat join QA_siri 1 by nzaOdonuT

Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam petang semuanya…

Entri ni tade banner, so, cma just crop picture sbb tak best kalo entri tak de gambo.. hahaha...

Petang2 gini baru nk muncul! Terus join GA.. hahaha.. mak bz uols.. *sangat*

Okeh..hari ni cma nk join 1 GA atau bak kata tuan tanah dia Quiz Away.. sbb apa QUIZ?
Sbb uols kena jawab  1 soalan simple berpandukan gambar.. simple jer uols..
Syarat2 penyertaan pun mudah blako.. jom kite cekidautttt..
Semua syarat2 cma dah follow.. dan jawapannye ialah..

Gambar 1 –Suami
Gambar 2- Isteri
Gambar 3- Bercinta
Gambar 4- Abang Sulong
Gambar 5-Kakak Sulong

Hahaha..ntah betul ntah idak jawapan tu.. kui2… :p

NOTA:- 
akan bermula pada hari ini Sabtu (19 April 2014) jam 12.01 pagi
dan akan berakhir pada Sabtu (26 April 2014) jam 11.59 malam
hanya 1 minggu saje tau..
pemenang akan diumum pada Ahad (27 April 2014)
seramai 4 pemenang yg akan dipilih..nk tgk hadiah klik SINI.. 

gud luck buat semua ye!

Psst... terima kasih sudi komen entry sudah2 yer.. nnti cma datang terjah..
muaahhhh :*

19 April, 2014

Please Don’t Ask Me WHY?



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam sabtu...

Today is the day.. And I decided to go to the TEAM BUILDING instead of going to my daughter sports day.

Doakan semuanya berjalan lancar,selamat cma pergi dan pulang..
Dan buat anakanda umi yg sangat2 solehah, maafkan umi seri sbb tak dpt hadir sama ke hari sukan kakak Dek kerana event yg bertindih nin..dan terima kasih kerana memahami umi walaupun kamu masih blm mngerti sepenuhnya, tapi umi bangga..
“takpe umi.. nanti kakak menang byk2 tau.hehehe”
Ya Allah..semoga engkau berikan kemenangan & keseronokkan utknya dihari sukannya sebentar nanti..amin..

Pergi nye seri ke hari sukan beliau ditemani adik cma (makngah seri), SIL, her abah and also her adik..Enjoy your sport’s day darling!

Walau bukan sekarang, manetau panjang umo blog umi ni, seri akan baca 1 hari nnti..umi yakin seri akan faham sepenuhnya.. love you sayang..

Cma akan ke team building tambun IPOH.. permudahkanlah segalanya..Happy weekends uols :*

18 April, 2014

Award : Top Commentator



Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Salam petang semuanya..
huhu..lewat sungguh hapdet hari ni.. xpe la.. better late than nothing kate omputehnye *ntah betul ketidak tuu* hak hak hak..

mintak izin plagiat yer kak kam.. hihi...
Nak tempek kat blog sebagai tanda penghargaan buat diri sendiri..
terima kasih kat Kak Kamsiah bagi Award ni kat CMa ye..
sukeeeee sgt2.. hihi..nnti nk ejas side bar..khas nk letak award jerr.. heheh

sape2 yang belum kenal dgn Pemilik Blog Detik Detik Indah Dalam Hidupku ni, jom la kenal kenalan..tambahkan lagi rakan maya uols..

blog kak kam best.. dgn picnye.. dgn resepinye *lap.Air.Lio*
mcm2 ade.. hihi..

sekian.. ^^

17 April, 2014

Seri : Saya Cukup Pantang Kalau.....



Assalammualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Khamis Semuanya..

Hihihi.. Seri anak dara CMa solehah ni kan.. Kadang2 ade je keletah die yg buat CMa gelak mengekek sorang2 hak hak hak..

Alkisah...

Cik Seri ni cukup pantang kalo dapat surat dari tadika die tau...
Dapatlah surat apepun, tu dia...... pot pet pot pet mulut dia menerangkan hal surat tu sambil tawaf keliling CMa..
*nampak tak ke 'eksited' an die kat situ? * :D

Lepas CMa bace surat tu, letak la kejap atas meja.. tau2 je dah  hilang.
kemana lagi kalo bukan cik seri tu yg mengambilnye.. bila minta balik surat tu, dah lupa letak kat mana.. haru -_-"

baru2 ni dia dapat surat lagi.pasal program kebersihan gigi.
bersemangat citer kat CMa pasal surat tu.

"umi..umi..umi.. nanti doktor nak dtg cek gigi, kena bawak aaa..aaa.. ubat gigi, berus gigi dgn cawan.nanti nk gosok gigi dengan kawan2 kat sekolah"

tu dia.. dialog ini akan berulang2 ibarat kaset yg rosak dimainkan kat telinga CMa.. sehinggalah segala barang2 yg dikehendakkan iteww ade kat depan mata..hehe..siap!

letak dlm beg sekolah dia, siapkan baju,kasut,botol air.. gedebusshhh mentido :D

hehe..sekian.. .kepantangan seri dengan SURAT.. kuikuikui...
*seri sekarang gagap la.. kadang2 tu sampai berpeluh2 dia nak menghabiskan ayat.memang begitu kah?*

16 April, 2014

WW : Dalam Bakul Pun Boleh Jadi ?!


Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Rabu.. ^^

Alkesah yg wordllessnye sangat.. muahaha.. Seri anak yg solehah & faiz anak yg soleh ni..






Bakul isi kain pun boleh jadi bahan mainan..

Kanak2 dan bakui mmg tak dapat dipisahkan.. ^^
... ngeeeeee :D

15 April, 2014

Cara Senang Jer!


Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…Salam Petang semuanya… ^^

Cma dah share kat FB.. skarang nak share plak kat blog..
Muahahaha… Cara Mudah Nak asingkan Telur Kuning dan Putih.

Uols Cuma perlukan ini – botol Minuman Yang lembut..
Tengok video kemain senang jer.. hak hak hak…


Nak..silalah lihat..
Kalo tak bleh paly, klik haje link INI..


Ha.. lepas ni senang la uols nak buat kek.. mihmihmih…

14 April, 2014

Sering Sakit Kepala



Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Isnin semuanya...

Huhuhu. .. letih.. plus bizi.. pasal stocktake jgk ni..tak habis lagi..mungkin esok or lusa baru semuanya settle.. semoga dipermudahkan..

Entry ringkas..
Cma lately ni kerap sakit kepala.. yg sadisnya.. bila dah masuk petang2 gitu mulalah menyerang..
Uols tau tak sebab2 sakit kepala kerap menyerang? Cma, tido cukup, makan semua cukup. Diet ttp diet..tapi tak de la extreme sangat sampai tak makan langsung.

Adekah kerana tekanan darah rendah? Or sebab kurang gula?
Pernah tak alami sakit kepala yg kerap tanpa tau apa punca?

Help me..!

Terima kasih atas kunjungan.. nnti cma datang jejak balas ye..

Sayang uols ! =)

13 April, 2014

Fungsi Handphone Yang kita Tidak Tahu...



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.
Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .

Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.

Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.

Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Cma kopipes kat FB.. hihih.. ^^

12 April, 2014

Bestnya Mandi Pagi!



Assalammualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Weekend.. kemane kite hari ni..? hihi..

suka mandi pagi? kalo tak suka mandi pagi, kena baca ni.. mesti lepas ni uols sukaaa mandi pagi *termasuk saya* hak hak hak

Selalunya pada waktu Subuh kita paling nyenyak tidur. Waktu beginilah kita sukar untuk bangun dan mandi seterusnya solat subuh. Tahukah anda ada 6 Kelebihan mandi sebelum subuh?

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
  • Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


  • Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.


  • Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
  • Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

  • Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
*Adik-adik yang tidak suka mandi sebelum waktu subuh tu, kenalah rajin mandi agar badan kita sentiasa segar selalu*

11 April, 2014

3 Waktu Dilarang Mandi



Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Jumaat… Alhamdulillah…

Baru nk hapdet.. maks bizi betul hari ni..pasal stocktake yg masih tak habis.. wuuuuu…. Mesti kena extend date lagi lepas ni.. wuuu….penat.. :’(

Dah..abaikan.. CMa suka mandi malam..nak2 pukoi  1,2, pagi.. nikmat katanye..tapi mak selalu bising, kalo kerap mandi malam nanti tak elok utk paru-paru.. huhu..
Nak share 1 something..

3  Waktu Dilarang Mandi:-

  • 30 Minit Setelah Solat Asar.
  • Setelah Maghrib.
  • Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :

  • 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi 'lemau' dan penat untuk melakukan kerja
  • Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
  • Setelah solat isya, ini kerana jantung kita berhenti dan sedang berehat,jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Wallahualam bissawab.

Elakkan mandi malam yer!

Selamat berwiken

10 April, 2014

Seri : Gosok Jangan Tak Gosok




Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Khamis..

Anak dara CMa, Cik Seri yang solehah dan rajin ni. mmg rajin menolong uminye.. hehehe...

Bermula dari isnin lepas sampai la 18/4 Nanti seri ada latihan sukan.
bersemangat bangun pagi2 nk g skol pakai seluar+baju sukan die tu..
hak hak hak..

kasut sekolah pun mcm belacan dah jadinye.
Ha.. apelagi.. seri nk kasut kasut sekolah sentiasa cantik dan bersih,kene la cuci kasut sekolah tu..
semalam mula la menggosok kasut sekolahnye iteww.. ehehe..





Hehehe.. nk cepat kering punya pasai, selit kat tepi peti ais..
rare ooo.. ummi dia pun pernah buat time sekolah2 dulu..
hak hak hak



09 April, 2014

WW : Mana Burung?


Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Rabu...


Mari mencari Burung.
Nampak tak mana burung tu Bertenggek??

08 April, 2014

Resepi Kek Minyak Kukus Yang Simple Dan Sedap!



Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Selasa uolss…

CMa sukaaaaa masak tau.. masak ke.. membaking ke..meroti ke…ape2 yg melibatkan dapur cma sukaaa… Cuma yg tapinye samada masakan tu menjadi atau sebaliknya.
Hahahaha… :p tak pe.. go go chaiyok!

Okehh.. hari ni., cma nk share resepi KEK MINYAK atau nama lainnye KEK PELANGI, KEK MARBLE.Setelah 3 kali mengetest, baru la yg ni betul2 menjadi teksturnye.. nyum3 bebeh.. hehehe..

Jom kite cekidauttt resepi..

Bahannye:-
5biji telur
½ cawan susu pekat
½ cawan gula
1 sudu kecil Esen vanilla
1 Sudu kecil Ovalette

2 ½ cawan tepung naik sendiri*
1 sudu kecil Baking Powder*
*diayak together gether*

1 cwn minyak masak (kalo nak sedap guna minyak jagung)
Pewarna

Caranya :- 
  1. Panaskan pengukus uols tu dulu.
  2. Pukoi teloq,gula,esen vanilla dgn Ovalette sehingga gebu.
  3. Kendian, masukkan susu pekat dan pukoi lagi.
  4. Bila adunan dah betui2 gebu, masukkan tepung berselang seli dengan minyak.
  5. Pukoi lagi pada kelajuan maksima sampai semuanya sebati dan likat.
  6. Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian,dan kalerlah mengikut suka hati uols.
  7. Lengserkan majerin/ minyak pada Loyang.
  8. Tuang adunan satu persatu sehingga habis.
  9. Lorekkan adunan menggunakan batang lidi.
  10. Kukus selama 1jam or sehingga masak ye..

Ha.. kalo nk adunan mengembang dgn chantekk, jangan lupa tutup dgn kain semasa mengukus tu.
Siap!!
Kalo nak  mix guna blender pun boleh.Kalo nak bako, guna suhu 180’c dan  bako selama 40 minit.
Ni rupe cawan yg cma gune
Versi cma


cobaan pertama

cobaan ke dua kali

final destination hak hak hak..
 Selamat mencuba!!

Resepi; Resepi Kek Kukus Minyak; Resepi Kek Kukus Marble; Resepi Kek Kukus Pelangi: Resepi Apam Polkadot

07 April, 2014

Stocktake: Let's Get The PARTY Started!



Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Pagi isnin ^^
Huhuhu… whole week kerja..penat!!


Dan,bermulanya minggu ni.. ada stocktake sampai 15hb nnti..buat stock take ni pun pasal next year insyaallah, THOL akan berpindah ke bangunan baru.. lebih elegant  katenye..muahaha.. 
The Library will be having its stocktake from 7 - 15 April 2014. During this period, sections of shelves may be cordoned off. Users are advised to seek the assistance of staff members who are stocktaking if you wish to obtain any books from there.
Sekian.. saya adalah salah seorang daripada  9 orang staff circulation yg terlibat..satu hari at least 2k buku kena kira..phewwww… chaiyok2..

Semoga dipermudahkan  segalanya~~~
Hahahahahas... PARTY la sahngatttttt :D

04 April, 2014

Waktu Duha Itu Duha Mu


Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rah,at allah yg maha esa hendaknya…
Salam  Jumaat.. 4/4/14.. cantik date hari ni.. ^^

Semlm ptg diserang pening kepala nyut2,, rasa nk hempuk2  kepala ke dinding.. *mehlempangsekali* :D

Hehe..smlm baca komen uols tercari2 bihun yg sedap sgt cma masak tu tak de..*tepukdahi*Snap bekas hajo..bihunnye kat dalam..lupe nk bukak.. hehe.. tak dpt nk menunjuk rupe bihun yg sedap sgt tu.. hehe..
Jangan marah ..

Perkongsian hari ni.. :)


Surah Duha

Waḍ Ḍuhâ ۝ Wal-Layli ‘Iẓâ Sajâ ۝ Mâ Wadda-‘Aka Rabbuka Wa Mâ Qalâ۝ Wa Lal-‘Âkhiratu Khayrul-Laka Minal-‘Uulâ ۝ Wala-Sawfa Yu‘-Tiika Rabbuka Fa-Tarḍâ ‘Alam Yajidka Yatii-Man-Fa-‘Âwâ ۝ Wa Wajadaka Ḍâllan-Fahadâ ۝ Wa Wajadaka ‘A-‘ilanFa-‘Agnâ ۝ Fa-‘Ammal-Yatii Ma Falâ Taghar ۝ Wa ‘Ammas-Sâ-‘ila Falâ Tanhar ۝ Wa ‘Ammâ Bi-Ni‘-Mati Rabbika Fahaddith ۝

Maksudnya:
Demi waktu dhuha,Dan malam apabila ia sunyi-sepi –(Bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik).
Dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 
Dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati.Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Dan didapatinya Engkau mencari-cari (jalan Yang benar), lalu ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?Dan didapatinya Engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah Engkau berlaku kasar terhadapnya,Adapun orang Yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah Engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Alhamdulillah.. =)
Oh ya.. cma nk ucapkan tahniah buat Kak Immiey Zaki diatas kelahiran bby boy que Iman Atau namanya  Qaiszer Aemirsyah bin Mohd Ramzul Ikhsan. Alhamdulillah.. mesti kakak eechha dan abg que faiz seronok ade adik baru..Mabrukkkk kak immiey :) 

mintak izin copy ye k.immiey..huhuhu

03 April, 2014

Farewell Rani :)



Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Khamis...

Alahai... udah petang baru nk hapdet.. membizi (sgt) kejenye.. hahahas..
Hari ni  ade makan2.. jamuan perpisahan buat staff circulation yg bernama rani.. tak sedar almost 2 years jgk dia disini.. now dah dpt better offer..

ni diantara menu2.. dalam bekas putih tu bihun *terer tak ai masak* hahahas..cheese & carrot cake, and kepci.. ada jugak air kotak buat penghilang dahaga..
sedikit je gambiran utk dikongsi bersama (sama) :D


sikit jer gambo..waktu ni ramai yg belum turun lagi..hahas

last but not least,

me with Rani

Instead of saying farewell to you, I wish I could say fare-bad so that you come back and continue working with us. But I won’t because I wish the best for you. As you take your new road, I wish you a cup of success, A pint of happiness, and a jug of achievements. May you live the life of your dreams each moment.Farewell dear ♥
sekian.

02 April, 2014

Pabila BAHUku ditepuk




Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Pagi rabu…

uhuuu.. rabu sudah…
masih berjerebu walaupun hujan turun dgn lebatnya,..
Allahu.. ampunkan segala dosa2 kami…

Nak citer ni..
Hukhukhuk..malu sekejaps.

To be honest.. lepas abes jaman persekolahan, CMa tak pernah lagi DITEPUK BAHU ketika menunaikan solat.keje kat sini hampir 6tahun pun tak pernah lagi.. opismet lain pernah la..
[tak tau la pulak kalo ade orang tepuk bahu tapi cma tak perasan.hahahahs]

Nak dijadikan citer, semalam kelmarin  waktu solat zohor..masuk rakaat kedua.. tersentak dari lamunan bila bahuku ditepuk oleh seorang student. hahahas.. kaget woo… tetiba cma LUPA segala2 yg patut dibuat bila ada Makmum Masbuk..

ape yg cma buat, Niat semula tapi tukar jadi imam,pastu teruskan solat mcm biasa.. dah abes tu, just tunggu sampai makmum bagi salam,doa. Selesai!
–allahuakbar..betul2 tawakkal je ni.. selalu jadi imam awal2 solat.. ni bila pertengahan solat,ku kaget seketika..huhuuuu..

Mcm biasa, dek kejahilan psl Makmum Masbuk ni, cma pun Tanya sana Tanya sini,gugel sana, gugel sini. Dapat tahu rupanya Amalan menepuk bahu ni tidak diamalkan.malah dlm kitab juga tidak menyebut tentang dalil ni.Ianya hanya ikutan.

Cuma,jika kita ingin jadi Makmum Masbuk, cukup sekadar berdiri menyebelah dan kebelakang sedikit,dan lafaz TAKBIRATULIHRAM (Allahuakhbar) dgn suara yg keras [cukup utk didengari mereka yg mendahului*imam*] tersebut.

Ooo… fahaman yg jelas..kat bawah ni ada video.dari kuliah UAI mengenai menepuk bahu ketika solat. Sila lah tgk :)


lagi bacaan DISINI & DISINI

Notasiku~ CMa sekadar berkongsi apa yg cma tahu, mohon pencerahan sekiranya silap/ada pembetulan.Share ilmu dgn cma ya.jgn kedekut taww..allah tak suka :D eheh…

01 April, 2014

Ford Fiesta Phase 2



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Selasa.. ^^
Hai April.. :D

Baik hati fulaks en Nuff bagi BE satu lagi..dah lama dapat baru nk update dlm accnt.. huhus..
Apapepun, ttp bersyukur kenns...

Terima kasih en Nuff.. anda mmg baik hati.. masuk la BE manyak2 lagi.. dan harapnye terberanak la byk sikit.. hahahas..

Sekadar cacatan peribadi Puan tanah..
Komen dibekukan..tapi doa anda2 semua amatlah CMa hargai..
Semoga Anda semua juga murah rezeki.
.
aMin...