28 February, 2014

Kelebihan Menghafal dan membaca surah Al- Kahfi



Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Petang..

Surah Kahfi.

Terus terang, zaman Jahilliah dulu, cma tak tau Surah Kahfi ni, surah yg mana.. dan ape kelebihan menghafal dan mmbaca Surah Kahfi pada setiap Hari Jumaat.Teruk betul la haiihh… huhu..
Meh cma nk kongsi bersama kelebihan mmbaca Surah Al-Kahfi~

Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu disunnahkan membaca surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar.

Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat."
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.”
(Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah swt:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)


Ayat 1-4

ayat 5-9

ayat 10

Ayat 101 - 104

ayat 105-109

ayat 110

Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita.

Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “InsyaAllah”  Ia suatu kalimah yang sangat penting.

Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi Muhammad (S.A.W) ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang roh.

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi Muhammad (S.a.w) tidak menyebut “InsyaAllah” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi Muhammad (S.A.W) menyebut “InsyaAllah” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Wallahuallam..


Jika ada ingin di perbetulkan,mohon pencerahan..kita share sama2 ilmu yer.. terima kasih.. :)


CKSR MDIK


Assalammualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi jumaat yg penuh keberkatan..

Entri hari ni ingat nk selfie je..so..kotak komen dibekukan..boleh jer kan kan kan :p

CSKR MDIK

Tak lama jer lagi, awak akan bertukar status..
Im happy for you even you share nothing with me..
Semoga bahagia selamanya hingga ke Jannah...
Saya akan noktahkan segalanya.
Sekian~~~~~~


untuk yg membaca entri hari ni..mari kita sama-sama muhasabah diri... :)




Jangan lupa surah kahfi yer.. muaahhhhh... =)

27 February, 2014

Anakanda Berdua tuuuuu



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu...
Salam Petang semuanya.. dah lunch keee..?

Lama tak bercerita pasal anakanda berdua saya teww.. ade yg rindu ke..? hihi..Alhamdulillah.. mereka berdua sihat walepat liat.. :)

Husnina Irdina Binti Hazlan a.k.a Seri, Anak perempuan yg solehah saye ni.. 8hb mac ni genablah umurnye 5 tahun..hari2 dok berzikir nk bawak ‘hadiah harijadi’ bagi kat kwn2.itu bermaksud goodie bag yg selalu dpt time majlis besday tuu..

Feeling..felingg tepi bendang,,time ni kat kedai mkn..
menyerok tepi bendang.. bestt habaq hang...

Picture taken this morning before she goes to school
Peace yoo!!

Ketinggian dah mencecah pewot abah.. hahaha.. :p
errr.. abah dah bape bulan teww..?
baru2 ni seri yg solehah ni bwk balik lg goodie bag tunjuk kat cma..
sambil mulut potpet keseronokan.. hihi..hai la anak.. :)
sabar ye syg..nnti seri pulak yg bg kat kengkawan yerr..

Muhammad Husaini Irfan. A.k.a Faiz, Anak lelaki yg soleh saye ni..
Tahun ni melangkau ke 4 tahun *ye..jarak setahun adikberadik ni* bulan 6 nnti..yg sorang ni pun kemain bijak..sama naik dgn kak seri..Sekarang ni, gegeh la ummi nak ajar adik faiz Potty Train memalam..doakan Usaha CMa berjaya yer! Chaiyok2!!

eating his favourite breakfast .. Nasiiii Lemakkkk :p

Pinggan peberet.. pinggan lain takmauu nangis guling2 nk kan pinggan ni jgk..
lantak pi la kat hang dik oii.. hihih.. :p
see...bersepahkan saye makan.. ehehe

bergambar di replika sampan.
mase ni kat muzium padi kedah

Hari2 kalo kakak seri balik dr skol, mesti kongsi dgn adik faiz ape yg die belajar kat sekolah.. mengaji pun same..yg adik pun.mengikut ajer ape yg kakak ajar.. ehehe..

Seri sekarang dah pandai hafal surah alfatihah.walaupun ayat2 yg separuh akhir tu masih tunggang langgang, dia gegeh berusaha..
Satu lagi,mengucap syahadah,doa iftitah, Alhamdulillah..semakin lancar..
Kalo tak cma yg mengingatkan dia, dia yg datang mmbaca depan cma.. hihi..

Alhamdulillah..
Dan cma, mudahan cma akan terus berusaha menjadi seorang isteri dan Umi yg lebih baik..Sempurna dimata anakanda berdua tu.dan yg paling penting, sod ba ro.. SABARRRR dlm menangani karenah anak2..
You are good mom cma! *pujidirisendirik*

bekalan hari2..

Kakak Seri & Adik Faiz, Ummi & Abah love you soooo much sayang…
Kamu berdualah harta & amanah yg allah bagi..yg umi & abah miliki..

Muahh muaaahhh

26 February, 2014

WW : Paling Afdal



Assalammualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi rabu..

MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT

Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

soalannya : Merujuk kepada gambar diatas, Laluan mana yg paling afdal?
1? 2? 3? 4? 5?

25 February, 2014

Birthday Girls ^_^



Assalamualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
Salam Petang semuanya…

Dah petang2 baru la menjenguk blog..
Hai uols..sori le.. ambe terkejar kejaran mnyiapkan kerja kat lib ni.. since diorg buat survey,saye yg menjadi tukang 'key in' nyer.. hampir 1500 form jugaks! Huhuh..

Mesti ramai yg dah tahu,hari ni besday sorang rakan blogger kite..
Hari ni, cma nk wish besday utk 3 orang..

Sanah Helwah Kak InaIntan berlian (Ibu Alisha & Aqilah yg solehah teww)
Sanah Helwah KakakMeya ( Anak Solehah kak Munna teww)
Dan
Sanah Helwah NEA Lisa ha..ini uols tak kenal, die ex-opismet cma..

Semoga  kalian senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat Allah yg maha esa selalu…

=’).

24 February, 2014

Petua Free Diapers (Malam) Bagi Anak Lelaki



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Petang semuanyaa ^^

Tekak perit... huhu...

Berbalik kepada tajuk entri, cma nk tanye la pendapat uols... kalau tak pun kot2 ade petua yg boleh dikongsi bersama cara2 nak free diapers bagi anak lelaki..

Cma tgh gegeh ,melatih Adik Faiz yg soleh tu free diapers time malam.. dah ½ tahun berlalu, masih tak Berjaya jgk..

Setakat ni, siang, or nk verak, or nk g jenjalan die buleh tahan lagi.. tapi kalo time tido yakni malam...haruslah setiap hari menukar cadar dek kebasahan...

Time kakak seri dulo,umur 3 tahun lebih dah totally free diapers.. Faiz ni dah masuk 4 tahun..masih tak Berjaya jgk.. cma guna pakai cara yg sama utk free diaperskan kakak seri dulu..tak menjadi lah uols...

Cma baru nak cuba petua minum perahan lemon dgn madu tu.. mudahan2 menjadilah..




Help...help.. ade sesiapa yg ada pengalaman, petua & sudi membantu...?

23 February, 2014

BR1M Oh BR1M



Assalamualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam weekend semuanya..
Oh..diriku bekerja hari ni.. hihih… ^^

Ade sesape yg masih belum terima BR1M lagi..?
Cma dah dpt, 21hb lepas.. mak cma plaks keesokan harinye..
Tapi amount cma dpt ckit la..tak byk .. Alhamdulillah..

Bkannyenye ape,,saje bertanye sbb ade diantara kawan2 cma yg bujang n yg dah berkahwin Masih belum dapat lagi…

Mungkin turn by turn kot..ade yg cakap, ikot region, ade yg cakap ikut alphabetical name..
Cma pun tak sure..

Selamat menggunakan Pemberian BR1M dgn berhemahyerrr.. :p
*nkbelikangkung,nkisipetrol,nkbyrtol,nkblablabla*

Kohkohkoh.. :p

tenkiu Mr PM~


21 February, 2014

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)




Assalamualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Pagi jumaat.. ^^

Nah..gugel sana, gugel sini, cma terjumpa 1 artikel. Panjang berjela habaq hang..tapi tak rugi baca.. ILMU ni..
Meh CMa nk share dgn uols semua.. jika ada yg perlu diperbetulkan, jangan malu jangan segan, mari kita berkongsi  ilmu..

Bismillahirahmanirrahimm....

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah.

Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud.

Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT


1.        SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyatakhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan dudukdi atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu,Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama.
Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Merekamembuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengahmelaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakansolat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.



Sekian Ilmu utk hari ni.. sekali lagi cma berpesan sekiranya ada yg perlu diperbetulkan, sila beritahu ya..


19 February, 2014

Petua Halau Nyamuk.



Assalammualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Petang semuanya ^^

Sekarang ni kan.... cma perasan..banyak betul nyamuk...agaknye dah musim mengawan.. tak pun  musim nyamuk keluar dari sarang..
Series byk giler nyamuk..

Bayangkan, umah cma tingkat 7 daripada 13 tingkat.itu pun penuh nyamuk dlm rumah.
Paling best,time nk tido memalam yg penuh syahdu tu,mula la melingkor nyamuk ni terbang kesana kemari..

Besau2 habaq hang..sekali geget,pergghhhhh...blh kene Karen..
Kesian dekat cik seri dan faiz jer la.. bising nyamuk...nyamuk..hai la anak...sabau yo lahh..

Umah cma mmg xleh pasang ubat nyamuk..spray pun tak boleh..ini adelah kerana faiz ada penyakit G6PD. Faiz mmg tak boleh dekat dgn herba or coil2 nyamuk..ubat gegat tu lagi la...confirm dia akan demam n badan gatal2..kalo nk spray jugak ubat nyamuk, kena spray awal2 sebelum masuk tidoq..

Oh ya, disini cma nk Share 1 petua MENGHALAU NYAMUK. Berkesan uols.. tak perlu mengeluarkan modal yg banyak.. Uols Hanya perlukan 2 Bahan ni.

  • Limau Nipis
  • Bunga Cengkih.


Caranya mudah aje..
Belah limau nipis tu kepada 2 bahagian, pastu cucuklah bunga cengkih diatas isi buah limau tu..

Macam ni rupenye :~

google

Settle! Pastu letak mana2 tempat yg uols rasa banyak nyamuk.kompom nyamuk tu dihalau dan dipulau dan dia tak kesitu lagi..mihmihmih...oh ya..kaedah ni jugak untuk menghalau lalats

Sekian..Petua ni Mak cma yg share.Cubelah... =)

18 February, 2014

AWAS : Banyak Gambar! Kedah Alor Staq




Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi selasa semuanya ^^

Masih keletihan ..CMa sampai dari alor star ahad lepas dlm pukul 9 lebih cenggitu..gerak dari sana dlm kol2..byk keta n bayak stop.. huhuhu..
First time drive sendiri pergi dan balik..nasib jgk tak mengantuk -_-

Pembuka kata, biarlah gambar berbicara..amek mood.. :) 



































Sorry ..susn atur gambar yg tunggang terbalik..


Ralat: Cma nk minta maaf dekat kakak angkat cma yg berada dialor star kerana cma tak dtg jumpa akak. Salah CMa..I’m sooooooo sorry..insyaAllah, next time nk dtg, cma terjah umah akak dulu..huhuh...keep it as a promise :)


Akhir kata: Buat Wan hanis kesayangan,Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fii khair.Semoga bahagia bersama en yusrin dan anak2 kembaq *insyaallah* hingga ke jannah.muahhhhhh