31 December, 2013

Entri terakhir utk 2013


Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam semuanya ^^

> 31.12.2013 < date terakhir utk bulan ini dan tahun ini..
CMa pun gediks jugak nk buat entri konon2 last utk tahun 2013 nih… huahuahuahua :D

Hmmm… 2013… tahun banyak cma gunakan untuk membuang masa.. membuat dosa..hak tuih!
Mengsia2kan terlalu banyak masa..terlaluuuu banyak..allahurabbi..mmg zaman jahilliah..

Begitupun, tahun 2013 jgk cma banyak belajar dari kesilapan… berubah dari yg baik kepada lebih baik..insyaAllah… dah berazam sejak awal muharram itu hari…ngeee…

  • Sekian entri terakhir saya untuk tahun ni.. kohkohkoh…


  • selamat tinggal wahai 2013 yang penuh duka dari suka…


katakan tidak pada sambutan tahun baru yg bernilai 14 juta..oh tidakkk!

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 (BR1M)


BR1M

Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Hai uolss..

Ha, mana yg berminat nk apply or update Permohonan BR1M uols, eloklah dibuat sekarang.. sebelum talian sesak nnti..

Untuk penerima BR1M sedia ada (yg sudah memohon sebelum ni), uols tak perlu mendaftar lagi.Hanya Cuma perlu mengemas kini maklumat peribadi jer.. 

Laman Sesawang.

Untuk PEMOHON BARU, Ada 2 cara utk uols memohon.

Pendaftaran secara online di www.hasil.gov.my atau
Pendaftaran secara manual dengan menghantar Borang permohonan BR1M 2014 ke Lembaga Hasil Dalam Negeri,Jabatan Pembangunan Persekutuan,Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagi PEMOHON BARU .Tarikh memohon adalah dari 23 Disember sehingga 31 Januari 2014 tau. Pemohon lama CMa x pasti.

Jadual Pembayaran adalah pada Februari 2014.

Berikut adalah Katagori Pembayaran :-

  • RM650 -Isi Rumah Berpendapatan bulanan RM3000 & Kebawah.
  • RM300-Individu bujang berusia 21tahun & ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2000.
  • RM450-Isi rumah berpendapatan bulanan diantara RM3001-RM4000.
  • RM650-Warga Emas berusia 80 tahun ke atas & Tinggal Sebatang Kara.

Untuk maklumat lanjut, silalah hubungi talian hotline di : 1- 800-88-2716

(waktu urusan : Isnin-Jumaat dari jam 9pg-5ptg)



Sekian utk Sharing... =)


30 December, 2013

DuaRibuTigaBelas Dalam Kenangan


Assalammualaikum …
Semoga uall senantiasa berada didalam lindungan & rahmat lllah yg maha esa hendaknya.. =)

Hari isnin datang lagi.. berterus terang CMa disini.. CMa rasa sungguh la ‘mim alif lam sin’ sejak habis dari cuti baru2 ni… huwaaaaaaa…. Dasar pemalas.

2013 tinggal senapas je lg b4 melambuhkan tirainya..Hmm…seperti tahun2 lain.. tahun 2013 juga mmpunyai keistimewaannya tersendiri dlm hidup cma..banyak duka dari suka..
Huk huk huk…dah..tak mau ingat!

2014… agak janggal dgn angka terakhir tu… 2014 jugak bakal mencetuskan lembaran baru buat CMa..dan ofcoz untuk cik seri yang solehah itu jugak..tahun depan dia dah sekolah weiiii..berzikir setiap hari nak pegi sekolah.. huhuh..insyaAllah… sabaq na sayang.. sikit jaaa lagi.. hihi..

Pengalaman baru buat CMa.. pegi daftar anak ke tadika.. tgk uniform school cik seri.. buku2 dia.. alat tulis dia.. pensil warna dia..*baru teringat alat tulis dgn pensil warna belum grab lgi* hohoh :p..

Dan terutama keterujaan cik seri yg solehah ni untuk memulakan persekolahan..eksited kemain.. ummi harap keriangan dan keinginan kamu utk kesekolah ini akan terus teruja sayang.. hinggalah kakimu melangkah masuk ke U nnti *tinggiharapanumi* amin..


Ucapan takziah dari CMa buat sahabat blogger DEQLA yg baru kehilangan bondanya.semoga allahyarhamah diampunkan segala dosa dan ditempatkan disisi hambanya yg solihin..

Alfatihah..

Sekian.. mahap pada yg cma masih belum jejak balas..tunggu cma datang ye..sambil sibuk buat monthly budget & goals ni.. huhuhuuuu


Notasiku~tatkala hati terusik :(

24 December, 2013

Aku Ingin Kamu Tahu ♥


Assalammualaikum Uols...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... salam petang... =)

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,  juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Notasiku~ Copy paste semata- mata.. ;)



23 December, 2013

Kosong. Sunyi. Sejuk


Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Isnin semuanya ^^

  •  test
Pagi yang sejukkkk… pagi2 lagi dah hujan.. nasib bek jgk sampai opis dlm keadaan baju yg tak basah .. rintik2 manje je pun.. hihi…

Alhamdulillah.. masih disini..masih lagi bekerja.. rata2 opismet ramai yg dah amek cuti.. CMa next week..hiuhiuhiu.. cuti hujung tahun..lagipun Library bukak 8.30-5.30 je 2 minggu terakhir ni,sabtu/ahad/PH coti!.. syiok betul.. ^^

Uols apa plan ujung tahun cenggini..? mesti pegi holiday best2 kan..? hihi..

Library skarang ni pun kosong je.. nan hado student. Klu ade pun setakat nk guna PC checking mails.. sunyi betul!..silap2 hari bulan, klu ade yg tenkentut kat level 2 ni, kompom sampai ke level 3 buleh dengar.. hawhawhawhaw.. :p

Brrrrr… lagi satu, kesejukan tahap beku sungguh.. kejung hidung :p kui kui kui

Level 2 yang langsung tak de student &_&

level 3..yg ni pun adela 2-3 kerat student dtg ..


disinilah tempat cma bertapa.. hahaha.. :p


Till then, selamat bercuti uols..



Notasiku~ happy sbb tadi kanda tepon kemungkinan bleh discharge petang ni..oh.. I miss you million2 times kanda *even hari2 pon jumpa* ehehe..muahh :)


20 December, 2013

Masalah BLOGLIST tak Ber Update!


Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam jumaat uols! =)

HARI TU kan CMa ada tertanya2 pasal Masalah Bloglist tak Berupdate..
Baru2 ni CMa saje gatai tangan tuko template lagi.. heheh.. dan masalah yg sama masih cenggitu..Tak update jgk..

Google sana..google sini.. akhirnya, kutemui jalan penyelesaiannye... Alhamdulillah~~

Ada banyak cara nk buat..salah satunye adelah dgn cara ‘Un Follow’ blog yg tak berupdate kat bloglist tu, kendian, follow semula..dan hasilnya mmg menjadi..

Dan satu lagi cara adelah dgn meng’remove’ link blog yg tak berupdate tu, then,masukkan semula secara manual pada gadget bloglist tu.

CMa apply dua2 coz ade blog yg ada gadget Follower, dan ada yg nan hado..dan dua2 pun menjadi..syukrannnn =)

Sekarang, dah buleh  berblogwalking tanpa ada tanda tanya lagi.. huahuahua..

Terima kasih tutorial dari SUMBER INI & SUMBER SINI.



Notasiku~ Hmmm.. En Alan masih lagi warded..lamanyaaaaa~~~~~ :’(

19 December, 2013

Maafkan Saya ='(


Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Khamis Semuanya..
Aduhai… rindu sungguh nk berblog.. skrg ni pun CMa pelan2 seru mood soh mai.. huhu..

Setelah sekian lama tak bertemu uols.. apa habaq semuanya? Harapnya sentiasa sihat2 la hendaknya ya..



Sebelum tu, CMa nk sampaikan salam takziah buat rakan Blogger LYA yg ditimpa musibah *menjadi mangsa banjir* yg teruk di kemaman baru2 ni..
Terima kasih jgk sumbangan2 yg disalurkan kepada LYA..
Semoga LYA diberikan kesihatan yg baik utk mengemas semula rumah yg ditenggelami air tempoh hari.

Hmm..
Lama tak aktif kat blog.. kat FB.. kat Instagram..
Nantilah CMa pelan2 mai jejak balas ke blog uols ye.. maafkan saya!

Oh ya.. mohon doakan Kanda CMa diberikan kesihatan yg semakin baik..
Dah 4 hari beliau warded.. huhu.. tak de pun sakit yg teruk..Cuma tu la.. batuk dia tak baik2 lagi…Hati isteri mana yg tak keruan :’(
Semoga kanda sembuh cepat2 ya..




Till then.. Maafkan CMa coz membiarkan blog ini sunyi sepiiiii..terima kasih sangat2 pada yg sudi datang komen walaupun cma sendiri tak Nampak batang hidung..sayang uolss!

Test

Notasiku~ tukar template lagi… macam cantik tak.. macam comel tak? Hahaha :D


18 December, 2013

Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia


Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…

Pagi tadi on radio Hot.Fm.. then terdengar pasal Pelakon Kak Azean Irdawaty yang telah pun kembali kerahmatullah malam semalam..
Berakhir sudah penderitaan kanser yang dihidapi allahyarhamah sejak dari  lapan tahun lepas.

Hilangya sebutir permata didalam arena seni lakonan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Takziah.Alfatihah.


KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty Yusoff, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Selasa akibat kanser.

Allahyarham meninggalkan suami Khairil Anwar Z.M Rashidi serta tiga anak, Khaeryll Benjamin atau Benjy, Inessa Irdayanty dan Elza Irdalynna.

Pengurus Benjy, Faizal Mustaffa berkata Allahyarham Azean yang menghidap kanser sejak lapan tahun lepas meninggal dunia pada 7.29 malam.

Allahyarham Azean merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak pada akhir 70-an menerusi lakonannya dalam banyak filem dan drama televisyen serta pentas.

Antara filem lakonan beliau ialah 'Waris Jari Hantu', 'Layar Lara', dan 'Esok Masih Ada'.

Sepanjang perjalanan hidupnya sebagai anak seni, Allahyarham meraih pelbagai anugerah, bermula dengan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa pada 1975 menerusi drama 'Kelahiran', disusuli dengan Pelakon Wanita Terbaik untuk televisyen Anugerah Seri Angkasa pada 1980, 1990 dan 1996.

Anugerah terakhir yang diterimanya adalah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2008 menerusi filem Waris Jari Hantu. - Bernama




28 November, 2013

Review Bersama Blog HT

Review Bersama Blog HT

Salam khamis semuanya...
Alhamdulillah..

Hari ni CMa nk join Review Blog bersama BlogHT.
Jom cekidaut! =)


Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua pemilik blog Personal sahaja.(Siap!)
2.  Masukkan blog http://herba-tihara.blogspot.com/ ke dalam bloglist anda. (mmg dah ada)
3.  Buat satu entry bertajuk "Review Bersama Blog HT".(Siap!)
4.  Letak banner di atas dan link back to this entry. (Siap!)
5.  Tinggalkan link entry anda pada kotak komen di bawah. (Siap!)


Hadiah-hadiahnya :

Pemenang pertama, kedua dan ketiga  (Dipilih menggunakan random org. )
-Review blog
-Sticky post untuk review entry- 24 jam

Pemenang keempat, kelima dan keenam (Dipilih menggunakan random org. )
- Blog pilihan entry- 1 entry setiap seorang

Top referral tertinggi untuk link entry ini-
-Hadiah cenderahati dari blog ini- 2 pemenang


**tarikh tutup: 24.12.2013 ( Selasa )


Jom ramai2 join =) KLIK SINI


27 November, 2013

A Complaint Is a Gift


Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...Salam pagi rabu...
hai uolss *sambil  lambai2 tangan*

wah wah.. mcm gembireee je..mcm happy jerr.. mcm shukee jer... huahuahua... suka lah sangat...
Entry nk cepat.. CMa pegi Training 2 hari minggu ni.. rabu & khamis.. kemungkinan besau..tiada jejak balas.. entry ada kot.. itupun autopublish..
Sebarang jejak balas, cma akan menyusul kendian yerr..


>>Training Subject: A Complaint Is a Gift
>> Training Date: 11/27/2013 - 11/28/2013
>> Justification: This programme will help to improve my skill to handle
difficult situation with customers so that i can follow up on my work.
>> Trainer: Rajes Singam
>> Venue: Copacabana, Level 12 - Sunway Resort Hotel

Have a great day =)


Notasiku~ A Complaint Is a Gift??? Huhuhu...


26 November, 2013

Setia bersama =)


Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...Salam pagi selasa semuanya…
Hujan dipagi hari… Alhamdulillah…

Ehehe…mcm mana semlm? Adakah uols Berjaya membuat senaman mulut?
kwang kwang kwang.. teringat time sekolah menengah dulu, ada casting utk Teater kat ASWARA.Diwajibkan utk menghafal ayat2 mcm ni.CMa failed.. huahuahua..

okeh… apa yg setia bersama tew?..
pengakuan disini.. CMa sendiri amek supplement tambahan.. cth spt vitamin C..dah lama consume..adelah dekat 4 tahun giteww..

kenapa amek? Saje gatai2.. hahaha.. takdelah..badan kita kan kekurangan vitamin tambahan..cth terdekat vitamin c..

Nowadays, supplement kesihatan mcm ni bersepah2 pilih aje.. kalo tanye cma..setakat ni, cma stick dgn Shaklee.. produk tak cekik leher sgt dan worth it sbb ia mmg mnjalankan tugas..

Ape bestnye mkn Vit C..? Kulit jadi sihat,semakin cerah,gebu gebas, soft,licin mcm telur rebus, parut2 akan semakin pudarr.. dan akan meningkatkan kadar metabolisme.. itu pada cma la. Tak tau la pada pengguna lain..amek sebiji setiap hari sebelum tido, esok pagi tu harusla melabur amanah saham dulu.. kalau tak..maunye dekat2 4 hari simpan baru la terasa nk mmbuang..
huahuahua..


hubby cma,dulu kaki dia ada mcm eczema..teruk jgk la..tp lps aje amek VIT-C ni,beberapa bulan lepas tu, terus baik sendiri.. terkujat ai tau..sblm tu, punya jenuh cari krim la, sabun la, minyak la, ubat telan la.. semuanya tak menjadi..sekarang..alhamduliilah…

tp perlu diingat,jangan sampai menjadi ‘hamba’ supplement sudehhh… :p
uols macam mana? Ada amek supplement tambahan? =)

notasiku~ selasa yg agak malas.erkkk buleh gitewwww..?

25 November, 2013

Kisah 'K'


Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam isnin semuanya…
Alhamdullllah… ada lagi Cma kat sini.. =)

Monday yg agak mencabar… Internal Audit is cominggggggggg!!! Agak purak2 kebizian disini.. muehehe…

CMa kopipes dari FB… buat exercise gigi dgn lidah & mulut.. tak caya? Sila baca.. muahahaha… =D

Cerita bermula dari huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,

"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"


Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kata, "Kelakar."


"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.


Notasiku.. Kui Kui Kui.. :P Tetiba semua Huruk K jadik 'tebal" :p


23 November, 2013

7 Month Ago?? Apa Dah Jadi Ni???!!


Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam weekend semuanya..

haritu kan... cma CMa Pasang widget bloglist.
Masalahnye..kenapa ada some link tak berupdate yer..?

Contoh mcm blog PapaMifz.. & Cik Moon Adnan.
Last update was 5 & 7 Month Ago….
Sedangkan baru kejap tadi cma singgah blog beliau..
Ada recent entry..

Huhuhu.. Anyone yg pernah alami kes2 mcm ni? Cma memerlukan bantuan dari anda.

HELP!


22 November, 2013

Sekadar Perkongsian untuk Saye & Awak =)

smile.. =)

Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…

Salam Jumaat…
Sharing is caring =)
 
Dengki dengan  kawan,
burukkan dia dekat orang lain,
nanti akhirat,
merangkak bawah panas terik,
cari kawan kita tu balik.
Berat Azab.

Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku
daripada mempunyai kawan,
yg hanya nampak gembira dihadapanku,
tetapi membenciku di belakangku.

Bila isteri abam berleter,
jangan marah..
sbb berleter adalah hiburan orang puan.
mereka akn rasa puas kalo berleter..
sbb isteri dh byk bt kerja umah..
jga anak, masak, bsh kain, mcm2..
sabao je la.. =)

Allah will make everything beautiful at the right place,
at the right time,for the best reason.
Allah is the best of all planners.

Bila rasa tak tenang, sedih tiba-tiba, rungsing dan emosi kacau.
Letak tangan di dada dan beristigfar banyak kali.
InsyaALLAH semua akan jadi baik. SENYUM
 

NEVER SKIP A PRAYER.
There are millions in their graves wishing to comeback to life,
only to prostrate to alllah
JUST ONE MORE TIME
Nilai setitik AIR MATA IBU
Last but not least,

jika belum. jom kita selawat bersama-sama :-
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
alhamdulillah =)

Notasiku~Jumaat yg tak banyak kata…Alhamdulillah untuk kesenangan yg diperolehi sehingga saat ini  =)


21 November, 2013

Faiz : Ada saje lah Anak Soleh ni ( ^_^)


Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam pagi khamis… ^_^

Godek-godek gambar tetiba ada gambar ni.. muehehe… ape agaknye tuuuuu..?

Jeng jeng jeng… ^^

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Hmmm.......nampak tak mata saye tgh tengok ape tuuwwwww??

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Macam best jewwww..mcm cntik jewww.... macam candy jewwww...
tak leh jadi ni!

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Aummmmm....ngap!

Jangan mareee..



Oh anak ! v_v

20 November, 2013

Biar Gambar Berbicara


Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam petang semuanya…

Kisah pegi Sunway lagoon family day ari tu..Warning!!! banyak gambar okeh..
Ehehe…

Let’s Picture Talk =)

punya ramei manusiaaa

Masuk pet's house tgk haiwan2

dan lagii

boya darat!

peacock!

eksited kemain :p

bebird!

ade saje cik seri ni..hohoho

top kids model of the year??? -_-

kami =)

kesayangan abah

kesayangan ummi =)

pelampung tak bleh tinggal!

peace yaw!

last taken =)


sekian =)