13 November, 2013

9..10..11 & 13..14..15.. Nombor Dah Kena!


Semoga senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Pagi Semuanya..

Nombor ape yg terkena tu CMa oiii? Nombor Ekoq ka?? Kena Pelempang satgi baru tauuu!!.. Awat dok cerita pasai Nombor2 ni?
Cer tgk calendar islam.. hari ni, bp haribulan? Yaaaaa... 9 Muharram.. Bersamaan dgn hari ni la! 13Hb..Pandai sayang2 sekalian.. :).


Ada yg dah mula puasa hari ni? Alhamdulillah..semoga setiap amalan kita diterima oleh allah yg maha esa..

Cma sendiri pun lupa sebenarnye pasal Puasa Asyura / Puasa 10 Muharram.
Tetiba semlm colleague tanye, barulah CMa teringat..Allahurabbi..lalai sungguh..semua benda nk kena remind...baru la terhegeh2 nk ingat..huhu..
Thanks Liza ingatkan CMa :)


Kenapa Kena Puasa 3 Hari??
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.


Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura:-

1.    Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca ; Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
2.    Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
3.    Memuliakan fakir miskin.
4.    Menahan marah.
5.    Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya).
6.    Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka).
7.    Bersedekah.
8.    Memelihara kehormatan diri.
9.    Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
10. Bercelak.
11. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
12. Solat sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
13. Menjamu orang berbuka puasa.


Notasiku~ Semoga segala amalan kita diredhai dan diterima oleh allah yg maha esa :)