27 July, 2013
~ Resepi Puding Karamel Tanpa Telur ~
Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam petang..
Nak share 1 resepi Puding yg senang giler nk buat.No KUKUS bagai..
Puding ni takde Telur tau.buat uols yg tak gemar rasa or bau telur tu blh try versi ni.
versi cma.. sila abaikan pinggan yg bersepah tu..presentation failed da.. -_- "
Blh dpt lebih kurang 10 org mkn..
bahan-bahan
Bahan (a)
1 Peket Agar2 Plain
2 1/2 Senduk Gula
400ml Air
Bahan (b)
1 tin (400ml) Susu cair
2 Senduk Gula
2 sudu bsr tepung Kastad
1 sudu teh esen vanila
5 sudu bsr susu pekat
untuk karamel
5 sudu besar gula
5 sudu besar air
cara-cara :-
1- Masak bahan (a) sehingga mendidih.
2- Blend bahan (b) hingga sebati.
3- Masukkan bahan (b) kedlm periuk bahan (a).
4- Kacau & Biarkan mendidih selama 3-4 minit.
5- Padamkan Api & Biarkan seketika.
Cara buat Karamel (Gula Hangus)
1- Masukkan gula kedlm loyang.
2- Masak diatas api kecil hingga gula keperangan.
3- Masukkan Air.
Akhir sekali, masukkan bahan yg dimasak tadi kedalam loyang yg berisi karamel.
Bolehlah disejukkan.Dan Sedia Utk di makan...mkn time sejuk2 nyaman tekak uolss..
bwahaha..
notacomot~ Entri Puding Karamel yg ada telur akan di up nnti.. tungguu...
‹
›
Home
View web version