23 June, 2013

~ Syaaban Dan Malam Nisfu Syaaban ~


Semoga uols senantiasa berada didalam lindugan dan rahmat Allah yg maha esa hendaknya..
Salam Petang semuanya…



Huhu..stop kejap komplen pasal jerebu..
Mlm ni Malam Nifsu Sya’ban..
Sebaiknya kita berpuasa sunat dan membaca  Surah yasin sebanyak 3 kali usai solat maghrib nnti.Cma salah buat pengiraan sebenarnye..huhu..

Ingatkan puasa tu esok.. rupanya hari ni.. (Mlm Nifsu Sya’ban)huhu.. tu lah dia..lalai.. betapa beruntungnya mereka yg mengerjakan amalan2 sunat hari ni..


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Rasulullah  SAW  telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda  berkata dalam sujudnya,
“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda  selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”



Bagi kalender Masihi, tarikh 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.

Senarai Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013 : Malam Nisfu Syaaban 2013
1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban 2013)
Malam Nisfu Syaaban 2013 : 23 Jun 2013 (sebaik sahaja lepas waktu Maghrib)

Maksud Nisfu Syaaban 2013
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.

Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.



Lain2 Pautan :- Rujuk Sini dan Sini

InsyaAllah…
Semoga setiap amal ibadat kita diterima allah dan sentiasa diredhai olehNYA..

NotaComot~ Cma nk mulakan Diet Detox sebelum ramadhan menjelang nnti.. ade yg nk ikut skali BerDiet Detox? Wish Me Luck!