03 May, 2013

~7 Langkah Pengundian Yang Perlu Anda Tahu ~


Semoga uols  senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yang maha esa selalu...
Salam petang...

Hari ahad ini bersamaan dengan 5 mei 2013 merupakan hari rakyat Malaysia membuang undi bagi memilih pemerintah baru untuk 5 tahun yang akan datang..

Disini cma nak share something  yg mungkin berguna untuk pengundi baru...
Yang lama pun boleh bha... ;) jom!

Berikut adalah 7 langkah pengundian yang akan dilaksanakan PRU-13 kali ini;
Klik Imej Untuk Tumbesaran

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu. Sebelum itu semua pengundi diminta beratur di pintu bilik mengundi. 

2. Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan diri dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari. 

3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil. 

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. 

5. Maju ke petak undi dan tandakan X (pangkah) pada ruang calon yang disediakan dalam kertas undi anda. Pilih 1 calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Semua proses pengundian diperhatikan oleh ejen-ejen Calon yang bertugas.

7. Selepas memasukkan kertas undi, keluar segera dari Tempat Mengundi. Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.


Sekian...
Selamat mengundi ya teman teman ;)

Notacomot~ Cecece... kemain skema cma menyusun ayat.. kihkihkih...
Tgh berfikir nk PANGKAH yg mna... hmmmm~~~~~