31 August, 2012

✿ Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Merdeka 2012 ✿

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ....
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

31 Ogos 2012 merupakan hari sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di seluruh Malaysia. Sambutan utama diadakan di ibu negara iaitu di Dataran Merdeka. 


Oleh itu ini merupakan senarai jalan ditutup sempena hari merdeka yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2012 di Kuala Lumpur.

Sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.

Senarai Jalan Ditutup

1.   Jalan Travers/Jalan Damansara
2.   Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
3.   Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
4.   Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
5.   Jalan Tembusu/Jalan Lembah
6.   Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
7.   Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
8.   Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
9.   Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
10. Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
11. Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
12.Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
13.Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
14.Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
15. Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
16.Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
17.  Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
18. Jalan T.A Rahman/Jalan Raja

Semoga senarai jalan yang dimaklumkan ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda panduan bagi mengelakkan kesesakkan jalanraya. Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55.

.: Sumber :.




✿ Merdeka ke 55 | Janji Ditepati ✿

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم....
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ...
 
Semoga anda semua senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
Salam pagi…

Hari ni cuti umum bersempena sambutan hari kemerdekaan Negara kita yg ke 55.

So... Cma nak ucapkan selamat bercuti, selamat beraya dan selamat menyambut hari kemerdekaan Negara kita. Pastikan Negara dan DIRI kita sendiri bebas dari jajahan unsur2 asing ^^_.


Salam kemerdekaan dari Belog cIntªI. ªku.SeªDªnYa

NotaComot~ ate... kemane teman?



30 August, 2012

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga anda semua senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
salam petang...
spt yg dijanjikan lirik lagunye.. hihihih... layan...





Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



 Notacomot~lagu ni sudah mula diputarkan tanpa henti oleh ku....miahahaha.


✿ Jujur : Saya jatuh CINTA pada Teman Pengganti ✿

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم...
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga anda semua senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…




Salam pagi…

Baru2 ni ade dgr lagu ni kat radio… pergghhhh… terus jatuh cinta.. paduan suara Black Mentor dan Malique mmg best!... Lirik yg malique cipta ni pun penuh makna yg tersirat dan tersurat…



Sedap sungguh lagunye… xtau nak letak flavour ape.. tp mmg menyelerakan sungguh.. miahahaha… iskh3… parah dah cma ni.. =D



Siyes…mmg layan lagu ni… uols dah dengar? Meh cma share video yg cma korek dari youtube ni…




 klu pic x kuar, klik aje link- http://www.youtube.com/watch?v=2kxGlKts15I



Notacomot~ nnti cma share lyric lagu ni...

29 August, 2012

✿ Happy Anniversary ✿

بِسْـمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم...
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semoga anda semua senantiasa berada didalam lindungan dan rah,at allah yg maha esa selalu…

Salam petang…

.: 24th August 2006 – 24th August 2012 :.

kek tangkap muat..hihih
Harap2 masih belum basi lagi nak update entry pasal anibesri cma ngan En Asben yg ke 6 tahun…

Alhamdulillah… Sebenarnye, cma sendiri pun lupa date ni… miahaha… Dek kesibukan [sgtla =D] Mlm tu baru on9 pesbuk...tup2 ade notification anibersari kami…

hihih.. Pelik sungguh diriku boleh lupa…sdngkan tiap2 tahun mesti ingat… En Asben pun sendiri lupa…apekah?? Xpelah.. abaikan..

Terima kasih suami ku.. menjaga diri ini dan anak2 kita bagai minyak yg penuh… ayg sayang abang..semoga pernikahan kita sentiasa diredhai allah dan izinkan syg utk bersama & mencintai abg hingga nafas ini terhenti.


Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…

NotaComot~6 tahun sudah berlalu… Alhamdulillah... =)