31 May, 2012

✿ MooD : Ke Tanah Tinggi ✿


Assalamualaikum….

Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam hari khamis..~

Cameron Highland
 Muehehe…
X acilah asyik uols je yg pergi ke Cameron ni…cma pun nak menggedik jugak ke sana!..hehehe.. :p
Mood dah ke Tanah tinggi ni..

Dah lama kut sejak dari form 1 baru la skrg nak jejak semula ke Cameron Highland…
Waduh….sabar cma sabar…jgn over exited sgt…Nak2 puak skrg tgh school holiday..maunye ramai manusia & jalan jem gila2 kat sana.. *spoil*

Sabar menanti utk menghirup udara bukit yg fresh dan rase sejuk2 & pemandangan berkabus..
Hahahaha…

Oh Cameron….tunggu daku ya… ^_^

p/s- Alhamdulillah...TERIMA KASIH yg xterhingga pada uols yg menasihati dan menegur apa2 kesalahan cma pada entri SEMLM.. terima kasih...akan cuba memperbaiki diri ini..
 


30 May, 2012

✿ MaRah oh maRaH ✿


Assalamualaikum…
Semoga kalian semua senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu….

Angry mom?
Salam pagi rabu..
Huhuhu...sudah berada di penghujung bulan may kan....Cma rasa dalam byk2 bulan yg dah ditempuh.bulan mei ni bulan yg paling mengancam kemarahan..

MARAH! AMARAH! BARAN!

Kadang2 sampai mengigil tubuh badan menahan marah…yg pastinya kemarahan tu tercetus bukan sebab ape pun..hanya kerana marahkan anak2… tak tahu kenapa lately mereka berdua ni suka buat umi marah..ke..umi yg suka buat diri umi ni sendir marah? Kasihan pada mereka berdua tu…

Mana silapnya... ape puncanya... alahai cma…
Jangan kau ikutkan sangat marah tu… syaitan suka org yg marah ni..mmg lauk dia.. hahaha..
Hmmm…
berani marah saya mom?!

cabaran membesarkan anak2 pada zaman sekarang x sama dgn zaman dulu..mmg agak mencabar naluri keibuan ku ini..dan sedikit sentap dgn abah dorang..hai la abah..kenapa umi jadi mcm ni…? Umi sedih.. :’(

Nak share sedikit ilmu yg cma google mengenai marah ni..
Semoga dpt menolong hati umi yg suka sgt marah..dan menjauhi sifat marah..sapa2 yg suka marah mcm cma ni,moh le kita baca..semoga memberi manfaat...Maaf entri agak panjang verjela2..

angry bird yg comel

Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani kemarahan. Kaedah-kaedah tersebut bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kaedah untuk mengelakkan kemarahan. Bahagian kedua ialah kaedah untuk meredakan kemarahan dan menghilangkannya.

Kaedah pertama: Mengelakkan Kemarahan

jangan suka marah- dgr tu cma?!


1. Menghiasi diri dengan sifat pemaaf
Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain: "Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara Yang baik (Surah Al ‘Imran 3: 134)

Sirah Rasulullah SAW para rasul dan para nabi penuh dengan kisah-kisah kemaafan kepada umat mereka. Walaupun mereka ditentang habis-habisan, dimaki hamun, dicerca dan diancam akan dibunuh mereka tetap memaafkan umat dan berharap umat mereka akan sedar dan menerima hidayah. Sebagi contoh Rasulullah SAW di dalam peperangan Uhud telah luka di muka dan patah giginya, tetapi baginda menolak cadangan supaya memohon diturunkan bala kepada kaum musyrikin. Sebaliknya baginda berdoa, 
diulangi- JANGAN SUKA MARAH


“Ya Allah Ya Tuhanku, berilah hidayat kepada kaum ku. Sesungguhnya mereka tidak memahami”. Kesabaran itulah menjadi sumber ketenangan para rasul dan nabi dalam menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi dalam usaha dakwah mereka.

2. Mengelakkan Diri Dari Faktor-faktor Yang Menimbulkan Kemarahan
Kita hendaklah mengenali diri kita terlebih dahulu. Apakah yang kita suka dan apakah yang kita benci. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan.
Sebagai contohnya jika kita tidak suka kepada sesuatu tabiat merokok rakan kita, kita hendaklah menyatakannya dengan penuh hikmah. Apabila rakan kita memahaminya, dia akan cuba menghindari tabiat buruknya apabila bersama kita.

3. Berdoa
Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

Doa pertama:
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Doa kedua (sebelum dan selepas tidur):
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِى وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Gahib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tida Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.

Doa yang kedua ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.
Menangani kemarahan dgn betul

 Kaedah Kedua: Meredakan Kemarahan
Apabila timbul kemarahan dalam diri kita disebabkan faktor-faktor tertentu, kita hendaklah cuba meredakannya. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk meredakan kemarahan ialah:

1. Mengambil wuduk
Sabda Rasulullah SAW:
إن الغضب من الشيطان وإن الشيطان خلق من النار وإنما تطفأ النار بالماء، فإذا غضب أحدكم فليتوضأ[i]
Maksudnya: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.

2. Mengubah ke posisi yang lebih rendah
Seseorang yang marah boleh meredakan kemarahannya dengan mengubah posisinya kepada yang lebih rendah. Umpamanya jika dia dalam keadaan berdiri, dia hendaklah duduk, dan jika dia dalam keadaan duduk, dia hendaklah berbaring. Sabda Rasulullah SAW:

إذا غضب أحدكم وهو قائم فليجلس، فإن ذهب عنه الغضب، وإلا فليضطجع[ii]
Maksudnya: Jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring.
api kemarahan
3. Mendiamkan diri
Sabda Rasulullah SAW:
إذا غضب أحدكم فليسكت[iii]
Maksudnya: Jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata).

Mendiamkan diri adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan. Ia akan memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal bukan emosi. Jika seseorang itu melahirkan kemarahan dalam kata-kata nista ia akan mengundang padah yang lebih parah. Emosi akan menguasai diri, syaitan akan mencelah dan memainkan peranan yang membawa kepada perseteruan yang berpanjangan.

4. Mengucap Isti’azah (A’uzubillah)
Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya, iaitulah bacaan (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).[iv]

Ucapan isti’azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah dan memohon bantuannya daripada syaitan dan kuncu-kuncunya.

Firman Allah, Maksudnya: Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (Surah al-A’raf 7: 200)

Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah untuk membendung perasaan marah. Apabila kurang perasaan marah, jiwa kita akan tenang dan tenteram.

Amin..
comey x shaye marah???

Sumber cma korek kat sini

29 May, 2012

✿ Faiz : Saya Demam! ✿

Assalamualaikum….. 

Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi selasa~ 

Kelat mata mau bangun tido pagi ni..huhuhu..semlm,angin xde,rebut pun xde tetiba je faiz demam..
Menggelabah jugaklah umi dia ni…Petang lepas Asar badan die dah mula panas2..Sampai mlm lagi teruk kut panas badanya…Mujurla faiz ni jenis suka mkn ubat…Cuma dia x suka bila badan & kepala kena sapu ngan air asam jawa..Teriak kuat!

Faiz..cian ank umi..meleleh air mata.. :’(

Bangun pagi ni Alhamdulillah..dah surut ckit panas badannye..bak kate org perak DEDAU…huhu..masih lincah spt biasa..syukur sgt2..mudah2an faiz terus sembuh ye..X senang umi nak bekerja ari ni..Nasib bek la abah amek ½ day ari ni bwk faiz g klinik..tq abi.. lOve u.. ^_^

Alahai faiz..cepat sembuh tau..nnti umi bwk pegi jalan2 mkn strawberi ke tempat sejukkkk…

Muehehehe..



28 May, 2012

✿ CuTi ?? ✿


Assalamualaikum..
semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
Salam pagi Isnin..

Ehsan Google

Xde ape2 yg menarik..Cume nak bgtaw den cuti ini hari dek kerana bertugas pada weekend yg sudah…hehehe.. ^_^

Selamat bekerja pada uols yg bekerja ye..

Nota: Entry Autopublish pasal Mr Lappy demam! Alahai..

27 May, 2012

✿ Tips CINTA suami Isteri (Hanya yg Sah NIKAH shj ye) ✿


Assalammualaikum…
Semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
Salam pagi AHAD~

Boldkan huruf A.H.A.D tuh..muehehehe..Weekend yg besh kerana diriku bekerja pada hari ini..muahahaha… 
*dush sekali*

Hasil carian google
Okeh..entri jiwang2 kucing pagi ni...meooooowwwwww~~~..nak share beberape tips utk mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri yg kuat merajuk macam SHAYE ni..hihi.. jom! ~~ :p

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Luv U so mushhhhhh ABI :)