03 August, 2011

.: HADIS PALSU MENGENAI KELEBIHAN SOLAT TARAWIH :.


السلام عليكم ورحمة الله....
hye readers...
semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...

Google ads
Kesinambungan dari entri INI

Hadis maudu’ mengenai fadilat solat tarawih..

Solat sunat tarawih adalah hadiah yang dikurniakan Allah kepada umatnya yang hanya ada pada Ramadan. Sebagaimana ibadah lain solat sunat tarawih juga perlu dilakukan dengan tekun dengan harapan untuk mendapat keredaan dan keampunan-Nya seperti firman Allah menerusi surah Faathir, ayat ke 29:

“Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah, mendirikan solat dan membelanjakan rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan,mereka itulah yang mengharapkan perniagaan yang tidak boleh rugi."

Fadilat sunat tarawih seperti yang difahami Hasnawi sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri bolehmendatangkan dosa.Hadis palsu itu bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat tarawih.

Bagaimanapun, perkara itu semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas adanya pendedahan dan menyebarkan kesahihan hadis berkenaan kepada masyarakat.

Akan tetapi, golongan yang terus taksub menerima hadis maudu’, malah bersungguh-sungguh melakukan solat sunat tarawih dengan harapan memperoleh pahala seperti yang diwar-warkan dipercayai masih ada.

Tindakan terbabit jelas boleh mencemar kesucian Islam memandangkan hadis adalah antara sumber hukum yang disepakati faquha untuk menyelesaikan masalah selain pegangan hidup kedua umat Islam selepas al-Quran.

Malah, umat Islam yang beriktikad untuk menerima hadis maudu’ sebagai pegangan atau galakan dalam beribadah pula dikhuatiri boleh menjurus kepada kufur.

Hadis maudu’ mengenai kelebihan solat sunat tarawih ini dikatakan sebuah hadis yang agak panjang dan kononnya diriwayatkan oleh Khalifah ar-Rasyidin keempat iaitu Ali bin Abi Talib

Mengikut hadis rekaan itu, dengan mengerjakan solat sunat tarawih pada setiap malam pada bulan Ramadan, umat Islam akan memperoleh pahala yang besar dan pahala itu adalah berlainan mengikut hari.

Antara pahala yang agak keterlaluan kononnya akan diperoleh individu yang mengerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunat tarawih mengikut hadis palsu itu adalah:

Malam Pertama: Keluar dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan dan mendapat keampunan Allah.

Malam Keempat: Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

Malam Keenam: Memperoleh pahala 70 ribu malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa as serta menolong baginda menentang Firaun dan Hamman.

Malam Kelapan: Memperoleh pahala seperti Nabi Ibrahim as.

Malam Kesembilan: Memperoleh tingkatan ibadah seperti Nabi Muhammad saw.

Malam Ke-17: Memperoleh pahala sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam Ke-26: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini pahala 40 tahun ibadah.

Malam Ke-27: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqin seperti kilat menyambar.

Malam Ke-29: Allah mengurniakan pahala 1,000 kali haji yang mabrur.


Hadis maudu’ sebenarnya tidak boleh digunakan untuk sebarang hujah sebagai galakan ibadah kerana ia jelas memaparkan kenyataan yang palsu dan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan dengan begitu baik.

Rasulullah sendiri sudah memberi amaran terhadap orang yang menggunakan nama baginda untuk mengadakan pendustaan sepertimana sabda Baginda:

“Siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia
menyediakan tempatnya dalam neraka.” (Bukhari & Muslim)


Seharusnya kita sedar bahawa jika berdusta dengan menggunakan nama orang biasa sudah dianggap sebagai haram dan fitnah, inikan pula dengan menggunakan nama Rasulullah, penghulu bagi umat Islam dan kekasih Allah.

Dalam usaha meraih balasan Allah sepanjang bulan ini seharusnya kita meneliti hadis sebenar yang menggambarkan mengenai kelebihan yang diberikan Allah antaranya seperti sabda Rasulullah:

“Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, bahawa bau
mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau-bauan minyak kasturi." (Bukhari & Muslim)

“Allah azzawajalla berfirman: Sesungguhnya ia meninggalkan syahwatnya,
makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku dan
Akulah yang akan memberi balasannya sendiri" (Bukhari & Muslim)


Hadis yang lain bermaksud:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan ganjaran daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Bukhari dan Muslim)


Cukuplah dengan hadis sahih dan janji Allah menerusi al-Quran mengenai kelebihan ibadah Ramadan. Janganlah sampai umat Islam melakukan sesuatu ibadah dengan harapan memperoleh pahala sedangkan dosa besar pula yang diperoleh dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis palsu.
sumber cma peroleh dari cni

NotaComot~pengajaran..