08 August, 2011

.:putuS tunanG:.

السلام عليكم ورحمة الله....
hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
google ads

 KUALA LUMPUR – Berita ini mula kedengaran sejak beberapa hari yang lalu, makin lama makin panas sementara semua pihak menantikan penjelasan dari pengacara TV3, Ally Iskandar dan tunangnya sendiri mengenai hal ini.

 “Kisah putus tunang ini mula menjadi bualan hangat blog-blog, Forumer, Facebooker dan juga peminat Ally apabila ‘si wanita’ berkenaan mengubah status di Facebook. Namun kenyataan rasmi daripada mulut Ally sendiri belum lagi dapat didengar.

“Kita harap ini semua gosip semata-mata,” kata blog hiburan, izyan.com.
Sebelum ini, sebuah lagi blog hiburan, ohartis.com turut melaporkan mengenai desas-desus yang mengatakan Ally putus tunang.

“Belum lagi reda dengan cerita mengenai penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi telah putus tunang, kini timbul pula desas-desus mengatakan bahawa Pengacara Ally Iskandar telah putus tunang,

“Ally yang telah melangsungkan pertunangan pada awal tahun ini, dikatakan ikatan pertunangan mereka agak tegang dan membuatkan ramai tertanya-tanya akan statusnya” kata blog itu.
Ally bertunang pada 11 Februari lalu dengan wanita yang berjaya mencuri hati jejaka berusia 35 tahun itu ialah Nur Aishah Zainal, 26, bekas naib juara Gadis Melayu musim pertama.

Ally Iskandar Putus Tunang...yer confirm...
August 4th, 2011

Salam, eh musim putus tunang ke ek ni? terdahulu kes penjaga gol Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia, dan terbaru baca di Gua.com.my pulak mengatakan Ally Iskandar putus tunang dengan Nur Aishah Zainal yang juga merupakan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, sebelum ini mereka merancang untuk menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini, namun semuanya putus ditengah jalan, takpelah dah takde jodoh kan, tapi sebagai peminat Ally agak terkejut juga dengan perkhabaran ini.

Menurut Gua.com.my, Ally mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi. Berikut dibawah kenyataan dari Ally.

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.
Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu,

“Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.

“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”

“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.

Ally Iskandar Putus Tunang 30 Julai Lalu

Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan.

Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.

Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu, “Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.

“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”

“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.

Sumber~email

Notacmot~tak de rezeki & jodoh..redha ketentuan allah~