25 March, 2011

.::Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan Dlm Sahih Muslim::.

السلام عليكم ورحمة الله....

sabungan-akhir.
Telah menyampaikan kpd kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya,kabilah Hamdan,bahawa ia pernah bertanya kpd Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pd hijrah pertama.

Amir berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau."
Fatimah berkata:" jika engkau mahu,nescaya aku lakukan.
"Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku.”
Fatimah berkata:Setelah menyelesaikan solatnya,Rasulullah s.a.w duduk dimimbar.Sambil tersenyum,beliau bersabda:" Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya." Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?" mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui." www.shiemacma.blogspot.com
google ads
Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan.Melainkan,aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari,yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama 30 org dari Lakhm dan Judzam.Mereka di buai ombak selama sebulan di laut.Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk2 di pantai dekat perahu.Lalu mereka naik ke pulau itu.Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya,yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
google ads
Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab: 'Aku adalah Jassasah (mata-mata)' mereka bertanya:'Mata-mata apa?' Ia menjawab:'Wahai kaum,pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'
google ads

Tamim ad-Dari berkata:'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan betina.'
'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua.Tiba2 di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat.Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat.Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya.
Kami katakan:'Celaka kamu,makhluk apakah kamu ini?
Ia menjawab:'Kamu semua telah mengetahui perihalku,kini beritahukan kepadaku,siapakah kamu ini?' www.shiemacma.blogspot.com
Mereka menjawab:‘Kami adalah adalah manusia dari Arab.Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan.Maka kami duduk2 di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yg berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.

Kami bertanya:' Celaka kamu,apakah kamu ini?'
Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata' 'Mata-mata apa?' 'Pergilah kpd org yg ada di dlm gua ini,krn ia sgt merindukan berita dari kamu semua.'
'Maka kami pun segera menjumpaimu.Kami takut pda binatang itu,dan kami tidak tenang jangan2 syaitan betina.
Orang itu berkata:' Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!'
[Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin].
google ads
'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?'
'ya' 'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah'
google ads
Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!'
'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
'apakah tasik itu masih berair?'
[Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2.Airnya makin berkurang.Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu]
'Ya,tasik itu masih banyak airnya'
'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis'
google ads
Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!'
‘Mengenai apakah yang kamu tanyakan?'
'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?'
[Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat]
'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.'
'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?'
'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib'
'Apakah orang Arab memeranginya?'
'Ya'  www.shiemacma.blogspot.com
'Bagaimana caranya memperlakukan mereka?'
'Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya,sehingga mereka mengikutinya'
'Apakah demikian?'
‘Ya',
'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku.Aku adalah al-Masih Dajjal.Aku hampir akan diizinkan keluar,maka aku akan keluar.Lalu aku akan berjalan di muka bumi.Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama 40 mlm kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah).Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu,aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku.Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.
google ads
  www.shiemacma.blogspot.com
'Fatimah berkata:
Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar,
Rasulullah s.a.w bersabda: Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?"
Orang2menjawab:" Benar"
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah.Ketahuilah Dajjal itu berada dilaut Syam atau dilaut Yaman,bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur"
google ads
(Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah , XVIII, hlmn 78-73)
www.shiemacma.blogspot.com
google ads
alhamdulillah..tahniah utk uols yg berjaya baca habis artikel ni..subahanallah!
notacmot~renung2 kan & selamat beramal?~