29 September, 2010
..::main kutu salah disisi undang2+ kene denda rm250k??::..
salam...
cam menarik jer topic tu kan??
hmm..ni pun baru tau coz smlm ade o2 org kene tangkap coz men kutu..
adoyaii..
Doa Panjang Umur dan MUrah rezeki???
Salam……
SEBUAH CERITA SECARA ‘MAYA’….
Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang korang mahu?
Jawab mereka…
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!
Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk) lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?
Jawab mereka yang tua-tua itu…
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup…
Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?
Jawab mereka…
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia…
Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya…
Korang pun nak tiga perkara ni bukan?
-Harta
-Sihat
-Umur
Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan?
( akuPUN sama..oh)
Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:
Apa yang mereka mahu?
Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):
“Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?
Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud):
“Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku…
(oh…)
Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan…
(lebih kurang maksud)
“hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…
Nota: (wahai ‘pedang Allah’.. Allah telah muliakan ‘pedang Allah’ dengan tidak pernah jatuh akan ‘pedang Allah’ di jalan Allah..subhanAllah..)
Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya…
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki?
Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?
Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…
Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.)
Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh…
Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael…
lebih kurang maksud…
“boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!”
Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya…
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki ler...
(Isk..isk…)
Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?
Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!)
Apa yang firaun mahu?
“aku mahu panjang umur”
Apa yang Qarun laknatullah mahu?
“aku mahu murah rezeki”
Apa yang korang mahu?
“panjang umur dan murah rezeki”
(no komen…)
Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?
Apa yang Abu bakar r.a mahu?
“aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu”
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)
Apa yang Aisyah r.a mahu?
“aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!
Apa yang Umar r.a mahu?
“aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung”
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)
Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!
Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini…Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..
Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
“aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…”
Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!
Korang semua!!!
Banyak betul masa yang ada untuk baca blog aku.., jadi aku nak tanya korang semua!!!!
Apa yang korang MAHU?
Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa…
Penutup:
Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati…
Apa itu ‘wahan’?
Jawab nabi saw: “Cinta dunia dan takut mati!”
Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu “wahan”
Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya dapatlah di buat kesimpulan mahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki..!!!!oh
Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat!!!!!
Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka!!!!
Akhir sekali, selaku bukan doctor Hamka, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit ‘wahan’, kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya), terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!
Tanda tanda korang ada penyakit ‘wahan’…
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.)
Mudah di tipu oleh skim cepat kaya…
(Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang
Simpan duit banyak banyak dalam bank
Teringin nak jadi jutawan segera!!!
Nak jadi penyanyi
biarkan tanah perkuburan mak bapak korang semak samun..
tengok Masjid kosong tak rasa apa apa.
Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan…
Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
Bercita cita nak tengok, spiderman part 3, superman return part 2, dan macam macam part lagi!!!
Suka tengok drama TV yang bersambung…
Sula tengok hiburan atau sukan secara ‘live’
Malas baca Al-Quran
Malas solat jemaah
Selalu forward email merapu
Suka tengok bahagian dada perempuan.
Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
up date lagu terkini di carta TV/radio
Suka hias kereta
Up date blog hari hari
Takut hantu
Takut melihat kereta mayat
dan banyak lagi!!!!
Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH… isk..isk…(air..air..)
Sekian…
Ps: Jadi mayat baru korang tahu apa yang di mahu…oh!
Ps dari setan: aku mahu semua anak cucu Nabi Adam masuk Neraka…aku mahu semua anak adam cinta harta dan takut mati…(itulah wahan)
(ada 'sesuatu' kat kotak komen untuk korang semua..he he he)
27 September, 2010
.::22 Soalan paderi kepada Pemuda Muslim..Dibalas dengan 1 soalan.::.
salam..
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah
masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"Mendengarpertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketikamenegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjurulangit. Dan pada hari itu delapan orang malaikatmenjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi
Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan
tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :1 )
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan
terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i)
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslimyang bertakwa .**
NOTA:
Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu(kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.
Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini(membisikkan ke telinga orang nazak)benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
06 September, 2010
.::ampun maaf dipinta::..
salam..
Hye semua..hrp2nye u olz sihat la hendaknye ye..pose kah hari ni?alhamdulillah…cma pon pose gak..
Ok la..memandangkan raye pun dah makin dekat..sblm cma cuti n sebelum xde mase nk update blog lg..
cma nak mintak maap bbyk atas segala salah silap+terlanjur perbuatan +terlancang kata..halakan makan minum sekali..
Pd ssape yg ade wat salah n silap kat cma..cma ampunkan dunia akhirat..
Huhu…emo la pulak..
Anyway..last but not least…
Selamat menjalani ibadah pose n selamat menyambut hari raye aidilfitri yg bakal tiba nnti.
Pd yg drive balik kpg tu..pandulah berhati2..ingat2lah org yg tersayng.
Jgn raye terlebih sakan..bersederhanalah..hehe3…
Salam lebaran dari ku..
♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ Dam dam dam bunyi mercun♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ..
lalalalalalala
xoxoxox
Ok..
Wasalam…
01 September, 2010
~cma kembali~
Salam..
ya habibi ya..maulana…
Hahaha…alhamdulillah…pjg lg umo cma..ketemu juge kite arini…
Tu dia..setelah sekian lame x berblogging…I mai dah…
Uih…bersawang2 dah blog cma ni….
Alkisah….cma bru start kje..bru balik dr abes pantang 60 ari..
masuk kje je..byk job pending..adoooyai…
16/06/2010
hm..nak kongsi berite gembira..diatas kelahiran bby boy cma..
namanya muhd husaini irfan..lahir kol 5.45 pg..alhamdulillah…bertambah zuriat ku..nak tengok somel ke x??..
jeng jeng jeng….
15/07/2010
Is my beday
♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ 1.. 2... 3... ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ..•:*¨¨*:•♫ ♪ Happy Birthday To me! ♪ ♫.•:*¨¨*:•.. ..•:*¨¨*:•♫ ♪ Happy Birthday To me! ♪ ♫.•:*¨¨*:•.. ..•:*¨¨*:•H a p p y B i r t h d a y t o me!!!.•:*¨¨*:•..•.. ..•:*¨¨*:•♫ ♪ Happy Birthday To me! ♪ ♫.•:*¨¨*:•.. ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♫♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫
::sem0ga seLaLu berada dlm rahmat dn Lindungan aLLah s.w.t::He3..sudah bertambah lg angka dlm hidup ku….usia?bukan penghalang…he3.. X pegi pon celebrate kemana2 coz masih dlm pntg waktu tu..juz dpt mnyak wangi one drop perfumes dr hubby..thanks a lot dear..pic nye.. jeng..jeng..jeng..
10/08/2010.. Bermulanya umat islam di bumi allah ini berpuase..sekejapnye rase..dah nak puasa.. Kpd semua..selmat menunaikan ibadah puase..semoga segala amalan kita di berkati olehnya.. Salam ramadhan almubarak~ 16/08/2010.. Yeah…..im back to work!!finally..agak malas sbnrnye nk melangkah kaki pergi kje.. Tp ape nk buat..keje..tetap kje.. Tup2 dpt baby gift drpd hr..nak nengok pe dia.. Jeng jeng jeng…macih to my company(Sunway university college) 24/08/2010.. Genablah sudah usia perkahwinan cma n alan yg ke 4 tahun (2006-2010) Alhamdulillah..pahit manis mengharungi bahtera perkahwinan.. Segala dugaan kami tempuh bersama.. Moga2 berkekalan hingga ke akhir hayat.. Syukur kehadratmu allah yg maha esa.. X celebrate(coz pose) x de hadiah.. (huhu) Ape pun.. Yallah..aku redhda.aku berserah..aku bersyukur..lillahitawakkaltuallah~~ 29/08/2010 Ade wat mkn2 (berbuka pose) ngan kawan2.. Tp amat menyedihkan last minit ramai yg x dpt dtg.. Terkilan sgt2..:( thanks to mira n hubby yg dtg,,meka berdua je yg berbuka bersame2 ngan cma..thanks mira..the truth..i amat2lah kecewa ngan rakan2 yg dijemput..sadis.. Segan sgt2 ngan mira.. 30/08/2010 Mr A dtg berbuka pose kat umah..hahaha..last minute planning.. Nah..mkn la ape yg ade..x sangke dia nk dtg..ape pun thanks ya mr A!! 31/08/2010 1 malaysia menjana tranformasi!!! Merdeka!!happy merdeka day to all..merdeka kah anda?? Nah..hari ni~~ 02/09/2010 Baru ade mase nk update blog yg bersawang2 ni.. Hmm..dah masuk 10 ramadhan yg terakhir..sekejap je kan.. Tup tup esok lusa dah nak sambut raye.. Alhamdulillah..baju raye dah beli..tema lite blue tahun ni.. Kuih raye sebijik pon x beli..coz dok umah sewa kat s.alam..sape yg nk dtg raye..?? Klu jemput pun ke teratak bondaku kat tmn medan. Je...hahaha3.. Cuti raye dah plan..cma cuti dr 7hb 09 sampai le 20hb 09..hahaha..melampau kau cuti.. Alah..anak dah 2..nak cuti lame skit..raye ni balik n9..kpg hubby Hm..pasni xtau la ade mase ke x n ak update blog lg..kat tmpt kje ni dah tentunye kje overload..hmmm… Ade mase kite jumpe lg erk .. Salam…