21 May, 2010

::perkembangan sikecil dlm pewot::

Salam… Hmm..per nk story ari ni ekh?? By d way..mggu depan cma on leave…start dr 24/5-30/5.. So…cma x update blog..harap maaf ye…kt umah x leh nak on9..nnti hubby mare.. Ari tu da story psl menu dlm pntng..so hrp2 u olz dpt la sedikit sebyk ilmu didade.. If u olz ade resepi yg beshh2 dlm pntg..meh kite share 2 gether2…lg byk ilmu kite tahu…ye x??? Ok la..kali ni cma nk share psl perkembangan bayi dlm kandungan..buat bakal2 mami kat luar sane..meh kite korek..ape la c kecik tu tgh bt dlm pewot kita ni.. Jom…… PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku. BULAN PERTAMA Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm). BULAN KEDUA Pada hujung minggu kelapan lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm). BULAN KETIGA Menjelang bulan ketiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm). BULAN KEEMPAT Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g) BULAN KELIMA Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g). BULAN KEENAM Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g). BULAN KETUJUH Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm). BULAN KELAPAN Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm). BULAN KESEMBILAN Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.

oke...sok kite share story pasal doa memudahkan bersalin pulak ye...

insyallah...se ya 2moro..

da....da...