15 May, 2010

Menu Dalam Pantang (2)

salam~~

cma memang x pernah masak sepanjang pantang sblm ni,mak &abah mertua tak bagi buat kerja sebenarnya... so memang serba serbi pantang, pantang badan, pantang masak, pantang wat koje, semua sekalilah pantang... heheeh cma pernah baca, orang ni berpantang... dia buat stok untuk seminggu (sblm bersalin - utk makan seminggulah),

contoh: - marinate daging, ikan - siang sayur, ikan - kupas/potong bawang dan letak dalam aluminium foil siap2... so, time nak masak just keluarkan je. 1-Kerabu Pegaga bunga kantan Bahan bahan 1 cekak pegaga - dipotong kecil 1 kuntum bunga kantan - hiris halus 3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak 1 sudu kecil lada hitam 1 biji cili merah - hiris halus 2 ulas bawang merah dimayang halus 2 biji limau kasturi - diambil jusnya, kulitnya dihiris halus segenggam ikan bilis - goreng tanpa minyak

Caranya:
1. Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.
2. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau, bunga kantan dan juga cili merah."
3. Gaul rata dan hidangkan.

2-Kerabu Kurau Kering
Bahan bahan
5 keping ikan kurau kering
1 sudu kecil lada hitam kisar
2 helai daun cekur (dimayang) 2 sudu besar cuka

Caranya
1. Bersihkan ikan kurau, goreng dgn minyak seminimum mungkin hingga masak
2. kecaikan isi ikan tadi dan tumbuk.
3. Satukan dengan semua bahan yg lain, gaul rata
 4. Hidangkan dgn nasi panas.

3-Ikan Bilis &Lempoyang
Bahan-bahan
Ikan bilis, isi lempoyang, lada hitam, air perahan limau
Caranye: "Lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak hingga kering. Tumbuk hingga lumat. Campurkan isi lempoyang yang telah dibersihkan dan tumbuk jangan sampai terlalu lumat. Campurkan sedikit cuka atau air perahan limau untuk melembabkannya. Makan bersama nasi panas. Amat sesuai untuk wanita selepas bersalin.

1-Sahang
Bahan-bahan
Lada Hitam Bawang Putih Air Asam Jawa/ Garam
Caranye:
lada hitam yang ditumbuk dengan bawang putih, garam dan dicampur dgn sedikit air asam jawa.

2-Rendang Jantung Pisang (Banyakkan susu)
Bahan-bahan
Jantung pisang / Pegaga Daun Kunyit Halia Santan pekat Ikan Tenggiri Lada hitam Cili Kering (buang biji) Bawang Merah/putih Asam Keping
Caranye: Masak rendang seperti biasa, Apabila kuah semakin kering, masukkan ikan tenggiri.Makan dgn nasi panas.

Makanan perlu Elak
Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa, ikan masin.

Air Teh!" dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental Makanan Digalakkan Ambil.
Digalakkan memakan ulam seperti pucuk peraga, mengkudu,ulam raja & ulam2 yg lain.
sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti sawi,lobak merah,asparagus,brokoli, tomato,salad,cili merah/hijau,ubi kentang & bawang2.

Boleh juga memakan buah2an semasa seperti epal merah (bkn masam),buah kurma,tin,zaitun,delima,blackcurrant(air-ribena),limau manis (kecuali limau bali),buah peach & anggur (tidak digalakkan ibu2 yg lemah bhg dada & paru2,masalah bronkitis krn boleh menyebabkan batuk...

Digalakkan minum air rebusan akar kayu utk membuang angin,mencuci darah & kotoron melalui peluh.mencuci pundi2 kencing & saluran usus.

Tips memasak ikan
Makan nasi dgn ikan bakar kosong, kadang2 ikan bilis goreng tanpa minyak, lada hitam tumbuk tak tinggal, sayur lobak putih masak air, elok untuk banyakkan air susu. semua kukus je, ikan bilis goreng tanpa minyak, ikan haruan buat sup.

Elakkan ayam jika boleh.ikan haruan masak kunyit ngan air asam pekat-pekat campur lada hitam...fuhhh..layan… "makan ikan segar & dijauhi makan ikan berbisa seperti bawal hitam,terubuk,ikan berduri,ikan pari. ini boleh menyebabkan bisa-bisa batu merian(uterus) yg masih lemah & keadaan luka.

Dilarang mkn ikan yg boleh menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit seperti ikan kembung, ikan tamban,cencaru,tongkol & makanan laut." ok..nnti kite sambung lg ea... da....da...