♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

28 September, 2015

Resepi LAKSA GORENG SEDAP

Assalammualaikum & Hai ..

Lebihan Laksa yg kehabisan kuahnye jangan dibuang dong. rugi lagi membazir.
Amalan syaiton giteww.. hewhewhew. tetiba nk bletiaq plak.
 
Laksa goreng versi CMa. Auummmmm
Sape kat sini suka mkn LAKSA GORENG? 
hehe.. kita se'geng'lah. Sedap woo Laksa ni digoreng. kekadang tu saje beli sepeket nk buat goreng..

Ni CMa share RESEPI LAKSA GORENG SEDAP versi CMa
My Fav Sayoq. Cili Hijo Kepsikum & saderi

Bahan²
  • 4 Ulas Bwg Putih
  • 1 biji Bwg Holland (size kecik)
  • 1 Peket Perencah Nasi Goreng Adabi
  • 1 Ketul Kiub Pati Ikan Bilis
  • Sayur Pilihan
  • Daging Pilihan
  • 2Sdu Bsr Sos Tiram
  • 2Sdu Bsr Sos Tomato
  • Garam Secukup Rasa
  • Minyak Utk Menumis
  • Laksa


Cara²
1. Potong Dadu kedua² bwg, tumis sampai keemasan.
2. Masukkan Perecah Nasi Goreng Adabi bersama Kiub Pati Ayam. Bila Kiub tu dah hancur sebati, masukkan Kedua² jenis sos.
3. Masukkan Daging pilihan. Biarkan sehingga Masak.
4. Masukkan pulak Sayur pilihan. Kacau sekejap bg sayur separuh masak.
5. Masukkan Laksa. Gaul sampai smua Laksa bergabung meletop dgn geng² dlm kuali tu. Dan akhir skali, tutup api dan perasakan dgn garam. Siap!

Bulehlah tabur² dgn daun sup or daun bwg or bwg goreng dgn cili merah potong.
Nyumss!!!
Laksa Basah
Nota (Optional)
- Buleh jer nak guna LAKSA BASAH @ LAKSA KERING. *Cma jeneh pemalas,guna laksa basah jer* hehehe
- Kiub Pati Ayam, Buleh Jer tuka Kiub Pati Ikan Bilis.
- Masakan Ni Tak pedas. Kalo jeneh suka pedas,Buleh jer ikut suka pewot uols nk tambah kepedasan.
- Daging pun uols buleh tuka nk boh seafood ker, ayam ke, beef ker, sosej ker, Fishball ke,FishCake ke. nak boh ketam sekoq pon tada hal.
- Sayoq pun buleh jer tukaq. Boh aje ape² yg uols suka makan. Kangkung? ermm.. tibai saja.
-Nak buat LAKSA GORENG TOMYAM pun Bulehh.. Cuma Tambah Perencah Tomyam, Hirisan daun serai & Daun Limau purut. Oshem bebeh

Selamat Mencuba!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

27 September, 2015

Isnin ( 28/9/2015) Sekolah Di Daerah Ini Diarahkan Tutup

Assalammualakum & Hai ..

Tengok berita td,  disebabkan indeks pencemaran udara yg melebihi paras bahaya. Dari Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia Beberapa Sekolah Di Daerah Tertentu diarah tutup.

Antara Daerah / Negeri yg terlibat :

1. SELANGOR
2. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
3. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
4. NEGERI SEMBILAN
5. BAHAGIAN SRI AMAN
6. KUCHING
7. SAMARAHAN, SARAWAK

Maka dgn itu, kawasan yg terlibat take note eh. klu nak double triple kompom, eloklah berhubung dgn pihak sekolah.

SEKOLAH DIARAHKAN TUTUP PADA 28/09/2015 (ISNIN) SAHAJA YER.

Jerebu kat tempat Cma ni mmg teruk kekdahnya. jarak 500meter pun dah kabur gile. dengan asap yg memedihkan mata, menyesakkan dada. Eloklah daerah yg terlibat menjaga kesihatan semaksima mungkin.
.
Take care bebeh.


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

23 September, 2015

WW : Suka Selfie / Wefie / Groupfie / Segala Fie Fie ?

Assalammualikum & Hai...


Think! Before You Post.

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

22 September, 2015

Kenapa Kamu Diam?

Assalammualaikum & Hai…


Kenapa Kamu Diam?

Kenapa kamu diam? 
.
.
pabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar atau ketika di mana-mana sahaja.
.
.

Kenapa kamu diam?
.
.
Sedangkan SETIAP DETIK daripada umur kamu itu DIHISAB oleh Allah.
Ucaplah istighfar, tasbih, tahmid, takbir, bacalah Al-Quran.
.
.

Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudaratkanmu bahkan ia memberi manfaat.
.
.

Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (لا اله الا الله محمد رسول الله )(laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah).
.
.
Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau,..
.
.
 kenapa kamu diam?
.
.
Beristighfarlah, bacalah, ulanglah...
.
.


Kenapa kamu diam???

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

20 September, 2015

Kenali Jenis Enjin Kereta

Assalammualaikum & Hai..

kekeke.. punye lama tenggelam, tetibe timbul cerite pasal enjin kete plak hang..
layankan ajerrrr...

"Ko Pakai Honda Ke?"
" Tak! Bapak Aku Punye Kete"
"Honda Ape Ni?"
" Honda Stream Name Dia"
"Ade Vtec La! Org Ckp Vtec Laju Kan? Kete Besar Mcm Ni Laju?"
"Laju Jugak La..."
"Gile La.... Bapak Ko Pakai Vtec Do!"
"Vtec Tu Ape?"
"V Technology Kot. Dia Pakai Enjin V"


Perbualan pramatang di atas menunjukkan situasi di mana orang yang tak berapa tahu mengenai vtec bercerita berkenaan vtec. Untuk menjauhi perkara terkutuk seperti di atas mari kita kenali apa itu vtec.
VARIABLE VALVE TIMING AND LIFT ELECTRONIC CONTROL atau singkatannya Vtec adalah satu sistem untuk meningkankan efisyensi sebuah enjin.Biasanya ia dilengkapkap dengan enjin NA (naturally aspirated) ataupun enjin tanpa sebarang induksi paksaan (tanpa turbocharged atau supercharged).

Sejarah Pada Honda Vtec Bermula Pada Tahun 1983 Di Mana Enjin Pertama Honda Yang Dilengkapi Dengan Sistem Vtec Adalah Motorsikal Honda CBR400F 400cc.

Walaubagaimana Pun Sistem Variable Valve Timing Telah Lama Diperkenalkan Oleh Fiat, General Motor Dan Alfa Romeo. Apa Yang Membezakan Sistem Mereka Dengan Honda Vtec Adalah Keupayaan Honda Vtec Yang Mampu Mengasingkan Kedua2 Camshaft.
Kegunaan Camshaft adalah untuk mengawal injap campuran angin dan minyak keluar masuk. Jika campuran keluar masuk dengan perlahan dan dengan bukaan kecil, prestasi enjin akan terjejas. Tetapi mampu memberi penjimatan petrol. Ia biasa digunakan pada enjin jalanraya biasa. Manakala camshaft dengan lift yang tinggi, atau dipanggil racing cam, mempunyai bukaan yang luas dan agak lama dalam proses keluar masuk campuran. Ini akan meningkatkan prestasi dan mengakibatkan pembaziran petrol. Dan camshaft jenis ini hanya untuk tujuan perlumbaan kerana enjin tidak stabil pada RPM rendah.

Honda memperkenalkan sistem vtecnya yang mampu menukar kedua2 camshaft tadi pada waktu tertentu. pada low REV biasanya 0-4500rpm, enjin akan menggunakan camshaft biasa dan selepas rpm4500, satu kuasa hidraulik akan menolak camshaft yang yang lebih tinggi liftnya tadi menggantikan camshaft biasa. dengan ini pada RPM yang tinggi, enjin memberi prestasi yang lebih optimum dan mengurangkan kerosakan pada enjin, manakala jika anda memandu dengan lebih perlahan enjin tidak akan bergegar dapa saat idle dan lebih menjimatkan.

i-vtec pula adalah sejenis vtec yang bertujuan memberi lebih penjimatan kepada enjin tersebut. tidak seperti vtec biasa, fokusnya lebih kepada efisyensi dari kelajuan.

Selain Honda Vtec, Mitsubishi juga muncul dengan sistem MIVEC, BMW dengan sistem VANOS, Toyota dengan VVT-i dan VVTL-i dan DVVT-i, Subaru dengan AVCS dan AVLS, Proton dengan Campro CPS, Porche dengan Variocam dan variocam plus, Nissan dengan NVCT dan VVL, dan Volvo dengan CVVT.

setiap VVT sistem di atas mempunyai kelainan tersendiri untuk mendapatkan efisyensi yang terbaik.
Vtec LEV (low emission vehicle) adalah sistem vtec yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran yang dihasilkan oleh enjin tersebut. Mengikut spesifikasi euro di mana ia hampir 0 karbon monoksida.

VTEC TYPE R
sejenis enjin yang memang khas untuk kelajuan. sebut saja type R, code enjinnya berlainan walaupun keretanya adalah sama. Dengan camshaft kedua yang lebih tinggi liftnya, ia benar2 dicipta untuk kelajuan. apabila vtec mula memacu kereta anda, anda boleh lupakan soal penjimatan minyak kerana ia akan membuat meter minyak anda turun seperti tanki anda bocor! tetapi kuasanya akan membuatkan anda lupa yang poket anda akan kosong!

MIVEC (Mitsubishi Innovative variable valve timing and lift electronic control) adalah pesaing vtec yang mempunyai teknologi hampir sama dengan vtec.

VVT-i (variable valve timing intelligent)
digunakan untuk enjin toyota, fungsi yang sama dengan vtec tetapi lebih difokuskan pada efisyensi seperti penjimatan minyak dan kuasa optimum seperti i-vtec.

VVTL-i (variable valve timing and lift intelligent)
terdapat hanya dalam kereta Toyota Celica. lebih kurang sama fungsi dengan vtec dan mivec. untuk kelajuan.

Dual VVT-i
Continuously Variable Valve Timing. Teknologi Baru Dari Toyota Untuk Efisyensi Dan Kelajuan. Tidak Seperti Sistem Vtec Dan Mivec Biasa. Ia Bukan Sekadar Mempunyai 2 Jenis Camshaft. Tetapi Mempunyai Cam Pulley Yang Boleh Berubah Darjah Pusingan Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Penukaran Keadaan Supaya Enjin Lebih Efisyen.

Neo VVL (Nissan Ecology Oriented Variable Valve Lift and Timing)
Teknologi dari Nissan untuk menyambut kehadiran vtec dan mivec.
Vanos (Variable Nockenwellen Steuerung)
bermaksud variable valve timing dalam bahasa German. memfokuskan efisyensi tetapi menggunakan teknologi yang berlainan dah masih lagi dirahsiakan.

Double VANOS
bertindak seperti dual vvt-i dari toyota, fungsi enjin yang berlainan untuk setiap RPM berbeza untuk penjimatan dan kelajuan. terdapat dlm M3, M5 dan M6

DVVT (dynamic variable valve timing)

terdapat dalam enjin perodua myvi, kembara, viva dan alza. menggunakan sistem VVT-i toyota yang berbeza namanya ditukar untuk tujuan penjualan. 

sumber dari = Pomen Cabuk Kereta Piang

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

06 September, 2015

Cara Untuk 'Deactivate Voicemail' Hotlink

Assalammualaikum & Hai ..
rupnye HOTLINK & MAXIS adelah dua carrier yg berbeza.. hahahah
Baru baru ni cma hangen sbb bila tepon member yg enpon nye tetibe out of coverage kene telan kedit sbb Voicemail punya pasei. hahaha.. mana tak berangin ko, 1 saat punya caj rm0.12 sen. itu pun mase operator tu cakap "This Is .." terus hang up. rase kalo lagi lama, lagi cekik kedit kot yer? hahahah.
nak kene komplen ke MAXIS ni. hantu betui!

Telco lain cma x sure plak bape caj nye.. sbb CMa pengguna TuneTalk. mmg tade activate voicemail.

back to story, pehtu cma pun bising la kat member. awat hang pi activate VM tu..die sendiri pon tatau bila no die ade VM.. haha..cma pun suruh la dia pi deactivate VM. cuba punya cuba, tak menjadi plak. post kat fb ade yg sudi membantu.. mekasih yer tolong. tapi still tak buleh. the end of the day.... 

CARA UNTUK DEACTIVATE VOICEMAIL HOTLINK ade lah dgn menelepon Customer Care diorg di 123 (Tade caj di kenakan untuk pengguna Hotlink) kene cakap sendiri dgn operator mereke ataupun buleh pi carik diorg kat FACEBOOK @ TWITTER, komen kat sinun. Insyaallah.. No anda akan Deactivate Voicemailnyer.

maxis tu bukan utk carrier HOTLINK yer



nih kalo ade carrier lain selain Hotlink. cuba try tgk lah yer..semoga berjaye...
argghhhh... saye mmg kedekut punye org. katekan tidakkkk pada VOICEMAIL! HAHAHAHA




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

03 September, 2015

UPDATE: Jualan Gudang Mondelez Warehouse Sales !

Assalammualaikum & Hai..

.

Dah tau ke belom? Kalo belum ni nak bagitau ade jualan gudang jajan & sekut.
Kalo berminat nak borong silalah yer!
















Mondelez warehouse sales !!

Venue : 1st floor, harbour place Klang 
Date : 3 - 6 September 2015
Time : 10am - 10pm

UPDATE: THE WAREHOUSE SALE HAS CLOSED EARLIER FROM THE DATE COZ OF DEMAND & OUT OF STOCK.
SABTU PAGI TU DAH ABESSS..
Hebat berboronggg .. ehehe

Selamat berborong uolss

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

02 September, 2015

Haruman : Precious by Rozita Che Wan (PRCW)

Assalammualaikum & Hai…

Uols hantu minyak wangi tak? Hahaha.. cma mmg hantu minyak wangi.. tapi takderlah sampai nk membazir ratus riban just for 1 bottle. Sedar diri rakyat semekin giteww..
Hahaha.. minyak wangi paling mahal setakat ni CMa beli 99 hengget, itu pun comes with 1 set.

Hari tu (a week before rayo) adelah jenguk IG retis.. skodeng sana, sekodeng sini, tertengok pulak bby comey che ta, Aaisyah yg mashaAllah, sempurna sungguh kejadiannya tu, rupenye che ta ade keluarkan produk Minyak wangi Precoius by Rozita Che Wan giteww..

Memula sekadar pandang jer..yer lah, retis kalo produk sendiri haruslah HARGA pun turut retis jugak, scroll punya scroll, eh eh, tak percaya harga Minyak wangi ni murah beteiii.
Rasa nak tampo pipi sampai teraboq gigi kauu… hahahaha.. gila..



Sebotol minyak wangi berisipadu 20ml ni, Cuma berharga RM29.90 jer baq hang..
Dah la murah, botoi pun takde lah kemetot cekik darah, baunya?? Mmg wangiiiiiiiii gila… bau ala2 che ta kata depa…bau kekal lebih dari 8 jam.. Even though lepas bersiram pun, bau masih kekal dikulit.. dan yang penting, minyak wangi ni HALAL !
Takde ragu2 nk pakai kenss…

Ini bukan entri sponsor yer, cma saja nak share dgn uols kot2 tercari2 minyak wangi yg murah dan lasting dan branded che ta. Buleh la cuba. Cma suka bau dia... bau bunga..melimpah dengan bunga…awwwwwwwwuuu..

Hahaha..
Nah, pi cek Instagram/ fb che ta sendiri atau PRCW ni..

Instagram: https://instagram.com/preciousbyrcw/

Selamat berwangi – wangian :p

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥