♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

30 June, 2015

Doa Dan Bacaan Ketika Mengambil Wudhu'

Assalammualaikum & Hai...



Sedikit perkongsian utk uols..

Sambil2 kita berwuduk kan, boleh lah cuba praktikkan doa ni sekali..
Insyaallah…

1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, 
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, 
berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, 
berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

p/s : Akhir sekali, baca doa selepas wuduk & bolehlah mulakan solat. 

Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis..


Wallahua’lam .. 

*Bye June .. Hai July *

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

29 June, 2015

Pernah Rasa pengalaman ni?

Assalammualaikum & Hai.. 

uols pernah rasai pengalaman sebegini??

Sabar, didik dan berdoalah.. InsyaAllah Natijahnya amat luar biasa!
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
(Surah Ibrahim: 40)

Huhuhu… Sekarang ni, CMa tgh mengalami fasa ini.. mmg faiz ni kalo time cma nak solat, dialah orang pertama yg akan duduk depan sejadah.pastuh bila kite tgh solat kan, ke kiri ke kanan lalu depan kita.. buleh jadi kurang khusyuk oh anakkk…


Semoga bile besaq nnti, Faiz & Seri jadi yg anak2 umi yg terbaik dunia akhirat.. umi tak garang.. sayang.. hehe.. muah!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

28 June, 2015

Sekilas

Assalammualaikum & Hai..


Makna dalam rumi dlm setiap bacaan kita sewaktu solat...












Selamat menunaikan solat terawih buat semua ya..
oh ye.. dalam dok ligan solat sunat, solat yg wajib tu jangan tak buat pulak.. haruuuuuu

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

27 June, 2015

Beza diantara Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.


Assalammualaikum & Hai ..
Cma dulu, dua2 anak pantang 44 hari (yang termasuk pantang 100hari, 6bulan dan setahun tu) buat teruih 44 hari sekali harung.lepas tu, harammmm… bhahahaha… tu yg melekat faiz dlm tempoh setahun.. :p alhamdulillah.. rezeki kan..

Tempoh berpantang ni sebenarnya mmg amat diperlukan oleh ibu2 yg baru bersalin. Mana taknye. Dah la segala mak nenek urat2 dan tulang2 semua terbukak luas bila bby nak keluar.belum dikira sakit lagi tu.. cma masa dalam pantangkan Faiz kena demam 3 hari.sbb tak jaga betul2.

etc tak pakai stoking,mandi air sejuk,tak minum herba,  (faiz G6pd) tak ikat rambut tinggi, tido guna bantal rendah..sekarang ni, lepas 5 tahun tak mengandung mmg rasa sakit2 badan tu ada. Terutama sakit kepala..lepas ni kalo ade rezeki mengandung lagi, insyaallah.. pantang betul2.. huhuhu

Apa yang dimaksudkan dengan Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun. ni??

Pantang 44 hari.
-Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.
- Pantang suami (Bersama)
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
- Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat.
- Pantang excercise yg hardcore.

Pantang setahun
- Minuman berais
- Pantang laksa dan pulut

Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari.

-Bengkung
Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis

- Tangas.
Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.

- Mandi Serum.
Amalkan masa haid.

- Urut.
Sebulan sekali utk kesegaran.

- Mandi bunga.
Setiap kali lepas habis haid.

- Makan ubatan herba.
Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu.

Sekian, semoga bermanfaat & Selamat berpantang bagi ibu2 yg baru bersalin  & akan bersalin..semoga allah permudahkan  :)



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

26 June, 2015

Membeli Sambil Membantu (Serunding Alia Haryanie)


Assalammualaikum & Hai…


Skrg ni mesti uols tgh survey2 kuih raya, or kudap2 untuk raya kan?
Cma terpanggil nak share / promote serunding kak alia ni..
Actually, ni kira macam membeli sambil menabung pahala gitew.sbb apa cma cakap lagu tu?

Sedikit mengenai kak alia. Beliau merupakan ibu tunggal yg disahkan menghidap kanser malah dia juga sedang membesarkan 2 permata hati…dalam serba kekurangan itulah dia bekerja sendiri dirumah..

Diharap uols semua yg tengah mencari2 kuih ni, cma sarankan beli lah dengan kak alia ni..Kita membantu apa yg boleh..yg dah pernah beli semua mengatakan produk kak alia ni sedap, bersih dan yg penting di jamin halal.. Jauh? Jgn risau, ada service penghataran…

Antara Produk yg kak alia jual spt :-

Serunding daging & Ayam (250 gm) =RM18 / Serunding ikan (250gm) =rm12 

Mini karipap (1kg) = rm32

Mini popia (1kg)=rm32
Jom, membeli sambil menabung pahala..insyaallah, tangan yg memberi lagi baik dari yg menerima.. 
Ni cma sertakan link blog dan facebook kak alia…kot2 uols nak skodeng atau nak berkenalan sendiri dgn kak alia ni.. Hari ni hari dia..esok lusa sape tahu hari kita pulak kan?
Oh ye, buleh jugak wasap terus ke dia di Nombor 012 921 8016 
Aliaharyanie.blogspot.com

www.facebook.com/alia.haryani
Buat kak alia, semoga allah memudahkan rezeki untuk akak, diberikan kesihatan yg baik, dan anak2 berjaya dunia dan akhirat…
Don’t give up! Keep it up!

NAK UCAP TERIMA KASIH KAT BLOGGER SURIA LEKAT LEKIT KERANA SUDI UTK MENYEBARKAN TENTANG INI.



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

25 June, 2015

Biodata Rasulullah Saw


Assalammualaikum & Hai …

Cma kongsikan bersama Biodata Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.a.W .. Sejauh Mana Kita Mengenal baginda?Daripada dok sibuk hafal biodata retis yg tak berpaedah tu, adelah lebih bagus kita mengenali dengan lebih dekat siapa dia kekasih Allah ini dan kisah hidup baginda sejak lahir hingga Baginda Wafat. :)

Nama:-
√Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim. 

Tarikh Lahir-
√Subuh Hari Isnin, 12 Rabiulawal Bersamaan 20 April 571 Masehi (Dikenali Sebagai Tahun Gajah; Sempena Peristiwa Tentera Bergajah Abrahah Yang Menyerang Kota Kaabah). 

Tempat Lahir-
Di Rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 

Nama Bapa-
Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim.

Nama Ibu-
Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf.

Pengasuh Pertama-
Barakah Al-Habsyiyyah (Digelar Ummu Aiman. Hamba Perempuan Bapa Rasulullah SAW)

Ibu Susu Pertama-
Thuwaibah (Hamba Perempuan Abu Lahab)

Ibu Susu Kedua-
Halimah Binti Abu Zuaib As-Saadiah (Lebih Dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya Bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN-
√Peristiwa Pembelahan Dada Rasulullah SAW Yang Dilakukan Oleh Dua Malaikat Untuk Mengeluarkan Bahagian Syaitan Yang Wujud Di Dalam Hatinya.

USIA 6 TAHUN-
√Ibunya Aminah Binti Wahab Ditimpa Sakit Dan Meninggal Dunia Di Al-Abwa ' (Sebuah Kampung Yang Terletak Di Antara Makkah Dan Madinah).
 √Baginda Dipelihara Oleh Ummu Aiman (Hamba Perempuan Bapa Rasulullah SAW) Dan Dibiayai Oleh Datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN-
√Datuknya, Abdul Muttalib Pula Meninggal Dunia.Baginda Dipelihara Pula Oleh Bapa Saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN-(Setengah Riwayat Mengatakan Pada Usia 12 Tahun).
√Bersama Bapa Saudaranya, Abu Talib Bermusafir Ke Syam Atas Urusan Perniagaan.
Di Kota Busra, Negeri Syam, Seorang Pendita Nasrani Bernama Bahira (Buhaira) Telah Bertemu Ketua-Ketua Rombongan Untuk Menceritakan Tentang Pengutusan Seorang Nabi Di Kalangan Bangsa Arab Yang Akan Lahir Pada Masa Itu.

USIA 20 TAHUN-
√Terlibat Dalam Peperangan Fijar . Ibnu Hisyam Di Dalam Kitab ' Sirah ' , Jilid1, Halaman 184-187 Menyatakan Pada Ketika Itu Usia Muhammad SAW Ialah 14 Atau 15 Tahun. √Baginda Menyertai Peperangan Itu Beberapa Hari Dan Berperanan Mengumpulkan Anak-Anak Panah Sahaja.
√Menyaksikan ' Perjanjian Al-Fudhul ' ; Perjanjian Damai Untuk Memberi Pertolongan Kepada Orang Yang Dizalimi Di Makkah.

USIA 25 TAHUN-
√Bermusafir Kali Kedua Ke Syam Atas Urusan Perniagaan Barangan Khadijah Binti Khuwailid Al-Asadiyah.
√Perjalanan Ke Syam Ditemani Oleh Maisarah; Lelaki Suruhan Khadijah.
Baginda SAW Bersama-Sama Abu Talib Dan Beberapa Orang Bapa Saudaranya Yang Lain √Pergi Berjumpa Amru Bin Asad (Bapa Saudara Khadijah) Untuk Meminang Khadijah Yang Berusia 40 Tahun Ketika Itu.
Mas Kahwin Baginda Kepada Khadijah Adalah Sebanyak 500 Dirham.

USIA 35 TAHUN-
√Banjir Besar Melanda Makkah Dan Meruntuhkan Dinding Kaabah.
√Pembinaan Semula Kaabah Dilakukan Oleh Pembesar-Pembesar Dan Penduduk Makkah.
√Rasulullah SAW Diberi Kemuliaan Untuk Meletakkan ' Hajarul-Aswad ' Ke Tempat Asal Dan Sekaligus Meredakan Pertelingkahan Berhubung Perletakan Batu Tersebut.

USIA 40 TAHUN-
√Menerima Wahyu Di Gua Hira ' Sebagai Perlantikan Menjadi Nabi Dan Rasul Akhir Zaman.

USIA 53 TAHUN-
√Berhijrah Ke Madinah Al-Munawwarah Dengan Ditemani Oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
√Sampai Ke Madinah Pada Tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
√Kewafatan Rasulullah SAW Di Madinah Al-Munawwarah Pada Hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid. 
2. Saudah Binti Zam'ah. 
3. Aisyah Binti Abu Bakar (Anak Saidina Abu Bakar). 
4. Hafsah Binti ' Umar (Anak Saidina ' Umar Bin Al-Khattab). 
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (Digelar Ummi Salamah). 
7. Zainab Binti Jahsy. 
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab. 
10. Zainab Binti Khuzaimah (Digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 
1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: 
"Sesiapa Yang Menghidupkan Sunnahku, Maka Sesungguhnya Dia Telah Mencintai Aku. Dan Sesiapa Yang Mencintai Aku Nescaya Dia Bersama-Samaku Di Dalam Syurga." (Riwayat Al-Sajary Daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia Agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.


Begitu Indahnya Sifat Fizikal Baginda, Sehinggakan Seorang Ulama Yahudi Yang Pada Pertama Kalinya Bersua Muka Dengan Baginda Lantas Melafazkan Keislaman Dan Mengaku Akan Kebenaran Apa Yang Disampaikan Oleh Baginda.

Di Antara Kata-Kata Apresiasi Para Sahabat Ialah: 
√Aku Belum Pernah Melihat Lelaki Yang Sekacak Rasulullah Saw.. 
√Aku Melihat Cahaya Dari Lidahnya. 
√Seandainya Kamu Melihat Baginda, Seolah-Olah Kamu Melihat Matahari Terbit. 
√Rasulullah Jauh Lebih Cantik Dari Sinaran Bulan. 
√Rasulullah Umpama Matahari Yang Bersinar. 
√Aku Belum Pernah Melihat Lelaki Setampan Rasulullah. 
√Apabila Rasulullah Berasa Gembira, Wajahnya Bercahaya Spt Bulan Purnama. 
√Kali Pertama Memandangnya Sudah Pasti Akan Terpesona. 
√Wajahnya Tidak Bulat Tetapi Lebih Cenderung Kepada Bulat. 
√Wajahnya Seperti Bulan Purnama. 
√Dahi Baginda Luas, Raut Kening Tebal, Terpisah Di Tengahnya. 
√ Urat Darah Kelihatan Di Antara Dua Kening Dan Nampak Semakin Jelas Semasa Marah. 
√ Mata Baginda Hitam Dengan Bulu Mata Yang Panjang. 
√Garis-Garis Merah Di Bahagian Putih Mata, Luas Kelopaknya, Kebiruan Asli Di Bahagian Sudut. 
√Hidungnya Agak Mancung, Bercahaya Penuh Misteri, Kelihatan Luas Sekali Pertama Kali Melihatnya. 
√Mulut Baginda Sederhana Luas Dan Cantik. 
√Giginya Kecil Dan Bercahaya, Indah Tersusun, Renggang Di Bahagian Depan. 
√Apabila Berkata-Kata, Cahaya Kelihatan Memancar Dari Giginya. 
√Janggutnya Penuh Dan Tebal Menawan. 
√Lehernya Kecil Dan Panjang, Terbentuk Dengan Cantik Seperti Arca. 
√Warna Lehernya Putih Seperti Perak, Sangat Indah. 
√Kepalanya Besar Tapi Terlalu Elok Bentuknya.
√Rambutnya Sedikit Ikal. 
√Rambutnya Tebal Kdg-Kdg Menyentuh Pangkal Telinga Dan Kdg-Kdg Mencecah Bahu Tapi Disisir Rapi. 
√Rambutnya Terbelah Di Tengah. 
√Di Tubuhnya Tidak Banyak Rambut Kecuali Satu Garisan Rambut Menganjur Dari Dada Ke Pusat. 
√Dadanya Bidang Dan Selaras Dgn Perut. Luas Bidang Antara Kedua Bahunya Lebih Drpd Biasa.
√Seimbang Antara Kedua Bahunya. 
√ Pergelangan Tangannya Lebar, Lebar Tapak Tangannya, Jarinya Juga Besar Dan Tersusun Dgn Cantik..

Wallahua'lam Bissawab..
 Allahumma Sollia’ala Saiyidina Muhammad.

Indahnya ciptaan mu Ya Rab

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

24 June, 2015

Lirik Lagu Kun Anta - (Humood AlKhudher)


Assalammualaikum & Hai..
Lagu Kun Anta By Humood AlKhudher ni, kemain yer.. berhantu sungguh di corong-corong radio..
Cma baru tgk dan dengar penuh lagunye semlm.. Hmm... Interesting jugak.. Makna lirik lagu tu pun ada kisahnya..



Maksud Lirik Nasyeed Malay Version
KUN-ANTA - Humood AlKhudher

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,


La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)  


Lirik Lagu Kun Anta - Humood AlKhudher Dalam Bahasa Melayu

 لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم 
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya. 

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر 
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga 

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى 
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan 

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر 
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini. 

لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
 Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar. 

لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى 
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas. 

كن أنت تزدد جمالاً 
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada 

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم 
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

 إلا بما يرضيني، كي أرضيني 
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha. 

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
 aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku 

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
 hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti 

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم 
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku

 وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم 
aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku? 


Ni Ade Bideonye..selamat menonton..kalo tak bleh play, KLIK SINI







♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

23 June, 2015

Cara Mengelakkan Tudung Rosak Semasa Mengenakan Pin


Assalammualaikum & Hai..
CMa mase skoloh dulu sampai la sekarang ni mmg penggemar Tudung Bawal..
dari kaler yg biasa- biasa tu, sampailah kaler yang pelik - pelik *pelik2 tu mcm color blocking*  kononnye..

tapi mase sek dulu mmg la.. tudung bawal htam & Putih mmg selalu pakai.. sampai lunyai la tudung bawang eh bawal tu sbb pin punya pasei.. adehla.. kenapa la dulu2 i tak tau cara ni buleh mengelakkan tudung kita rosak sebab pin tu.. bhahahaha...

Ni step dia, Uols cuma perlukan Getah Gelang Sahaja, eh getah gelang ye nama dia? cma panggil Getah Belacan .. Bhahaha..

Gunting Getah tu kecik2.. pastuh cucuk masuk pin tu sampai ke hujung mcm dalam gambar step 2. dah siap...!




So, dengan ini, selamatlah tudung uols dari kesan2 cocokan durhaka pin itew.. muahaha...

selamat berpuasa!

Awak tu, I miss you.take care!






♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

22 June, 2015

Air wadi / keputihan (Punca Solat Tidak Sah)


Assalammualaikum & Hai..


Sedikit perkongsian tentang kebersihan. dan terutama pada kaum2 hawa diluar sana. take note ok!

Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira, jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. , tu yang keluar air wadi..


ada satu kes ;
-Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorang muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la.

-then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang .
Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepas tu masa nak naik ke tmpat prmpuan, ustzh nampak muslimah tadi terus naik ke tempat solat.😨

-Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa pusing2 td.... then ustazah pun solat lah . muslimah tu ada solat kat depan ustazah . Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia.😅

-Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.Lepas siap semua , ustzh tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk ?

-Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .Ustazah pun senyum  , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ? Then dia senyum menggeleng .😌
-Ustazah pun ckp la. memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) . sebab masih melekat kat situ . jadinya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu. 


- dan selalu jugak perempuan yang bangun subuh tp X nak mandi.. Jangan terus amek wuduk. Tapi.. Bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak. Sebab kita tak tahu masa tidur tu ade keluar air wadi ke.. Air ape2 je la yang najis.. Jadi perlu basuh dan berwuduk.. Lebih bagus lagi.. Mandi la lepas bangun subuh.🔆 conclusion is, nak solat je, bersihkan tempat tu ye. Dan najis jangan bawa dalam solat. 

-Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak letak tempat lain ... jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah .😱🔆Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu. 

Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam . kalau nak bawa dalam solat terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti, maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TIDAK SAH! 😱

-ramai yg tidak ambil tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan2 pun masing2 taknak dengar. 😪 tapi please ambik berat ye. Nak ke solat tak sah 😱 hmm

Jaga kebersihan Agar ibadah diterima 😊

Kebersihan itu sebahagian daripada iman..


wallahualam

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

21 June, 2015

Belajaq Bahasa Kedah

Salam & Hai..

Hehe.. CMa BUKAN orang kedah, Cuma mak & ayah, tok & tokwan asal dari perak.. so, ada la sikit loghat perak+kedah disitu.. kami mai dari bagan serai & tepen gitew.. ehehehe..

Ni cma nak share, ade 195 loghat kedah yg mungkin ampa  tak tau..
195 perkataan loghat Kedah yang biasa digunakan dalam perbualan harian. Cuba sebut..... 

1 qhe-ngau.................cakar
2 se-qheyat.................reda/surut
3 hambat.................kejar
4 pe-qhembang.................bidik (aim)
5 contiang.................lukis
6 ligan.................kejar
7 cemuih.................bosan/jemu
8 tokak.................gigit
9 gey-qhek.................basikal
10 gon.................cerun (bukit kecil)
11 belemoih.................comot/kotor
12 tetomoih.................tersungkor
13 ku-tey.................cubit
14 tak dan.................tak sempat
15 hebiaq.................celupar
16 maneh melecaih.................tersangat manis
17 Lincun/lencun.................basah
18 lokoih.................kuyup
19 kawaq.................pencuri
20 kanyaq.................mentah (berhingus)
21 ketegaq.................degil
22 he-qhot petot.................senget benget
23 me-qhela.................gatal
24 log laq.................cemekap/cuai
25 hawing.................pusing
26 punggai.................baling/lempar
27 tengalong.................tuju/baling
28 me-qhe-kah.................Kupas/koyak
29 ayaq achaq.................air longkang
30 ha-qhin.................hancing
31 kelepiaq.................melibas
32 kelolo................."tak berapa betoi"
33 hemoi................."muka tak malu"
34 me-qhe-nyeh.................menggatal
35 da-oh.................tak "matching"
36 hapak pera'e.................bau hapak
37 hijau me-qhe-ngak.................telalu "hijau"
38 celuih.................muat
39 me-qhelit me-qhelap.................berkilau-kilau
40 me-qhe-yup.................jauh/sayup
41 qhem-pang................."tergedik-gedik"
42 kampoi.................kumpul/kaut
43 je-qhang.................rebus
44 capoi.................celupar
45 te-qhe-bey.................lastik
46 melo-qhoih.................lucut/gelongsor
47 me-qho-not.................membongkok
48 sene-qheh.................selisih
49 be-qha-chaq.................comot/kotor
50 kahaq.................nakal
51 pedo.................hati-hati
52 peysos.................urus
53 hapuih.................tenggelam (lemas)
54 qhan-dok.................redah
55 se-ghoh.................kebah/kurus
56 qhen-jong.................tinggi lampai
57 pe-qho-ngoih.................panas baran
58 takek.................ketuk/potong
59 be-qhemba.................bersaing/lumba
60 qhe-tiaq.................ikhtiar/fikir
61 ge-qhet.................gigit
62 tahaq.................tahan
63 qha-gaih.................panjat
64 melewaq.................merayau
65 melahaq.................kebulur
66 qha-bat.................naik/panjat
67 qhim-bok.................belasah
68 melilau.................jalan-jalan
69 cuak.................seram
70 juih.................mulut muncung
71 luku.................ketuk kepala
72 qhodong.................melulu
73 qhedah.................redah
74 ayaq seqhebat.................air sirap
75 peqhasat.................sangat dengki
76 mandom.................lembap
77 ceqhoi.................sangat cair
78 tepok.................lumpuh
79 qha-bit.................terkoyak
80 kok-ko.................dukung
81 mai.................mari
82 terple'ot.................terseliuh
83 gomoi.................bergaduh/bergusti
84 ketit.................cubit
85 ga-qhet.................gatal/mengada-ada
86 nala.................tersangat
87 mang-kark.................buah tak masak
88 bergenuak.................berduyun-duyun
89 pediah.................makan
90 polok.................makan penuh-penuh
91 tey-liang.................senget
92 qhe-ling.................jeling
93 peng-kaq.................kaki tempang
94 me-qhe-nyut.................serabut
95 kesot.................alih
96 lanyau.................bersihkan
97 cempong.................angkat/dukung
98 cepung.................kepung
99 conek.................ekor
100 depa.................mereka
101 qha-let.................leka/cuai
102 cey-mey.................mata bengkak
103 bakup.................mata layu
104 katok.................ketuk/pukul
105 buah ce-qhe-mai.................buah kat kedah! (cermai kot)
106 buah qhe-yang-dot.................buah kat kampung2 kedah!
107 ikan ka-qhen.................ikan laga
108 bijik qhe-mia.................warna keunguan
109 ikan temenung.................ikan kembong
110 sendai.................ketatkan/kemaskan
111 ketuat.................kutil
112 mengacom.................mengadu
113 mengkelan.................tersangkut makanan
114 kueh dangai.................kueh dari kelapa parut
115 kueh ka-qhas.................kueh macam "bihun"
116 mot.................bawak/muat
117 en-jos.................exzos
118 pedai ayam.................kunci mangga/padlock
119 pre-wel.................sprocket/freewheel
120 pe-daq.................rasa macam "colgate"
121 to-qheh.................turis/calar
122 tungging buyung................."somersault"
123 ponen.................pondan/lembut
124 Kesot.................Injak
125 Qhamaih.................Ramas
126 Pulun.................Bersungguh-sunguh
127 Kedeqhat.................Kudrat
128 Biaq.................Biar
129 Rabat.................Panjat
130 Ragaih.................Panjat
131 Ghamei.................Suka/gembira
132 Terebey.................Lastik
133 Cewi.................Belagak dgn barang baru beli
134 Belengaih.................Kotor
135 Contiang.................Lukis
136 Mengkala.................Kalau
137 Katik.................Kecik
138 Celapak.................Dating
139 Se-gheyau.................Takut-takut
140 Mengketedarah.................Makan
141 Melahaq.................Makan
142 Hampa.................Mereka
143 Depa.................Mereka
144 Merenyam.................Gatal (playgirl)
145 Tak dan.................Tak sempat
146 Nyeh.................Buang hingus
147 Ghe-nyeh.................Senyum nampak gigi
148 Singkiaq.................Singkir
149 Keleboq.................Paya
150 Pulun.................Sungguh-sungguh
151 Lagu mana.................Macam mana
152 Pok kai.................Duit dah abis
153 Terejai.................Cakap secara kasar
154 Hawaq.................Penyamun
155 Ghe-nyeh.................Senyum terlebih
156 Kuih.................Buang
157 Kelepiaq.................Tangan bergerak ke sana sini
158 Lau.................Reban ayam
159 Toslet.................Lampu suluh
160 Pelekoh.................Pukul
161 Luku.................Pukul dengan guna tangan (kat
kepala)
162 Ber-ghetoh.................Berlaga
163 Merengit.................Hitam
164 Kahaq.................Kasar
165 Cekeding.................Kurus
166 Lit-lit.................Panas
167 Tere.................Pandai
168 Hampa.................Mereka
169 Ligan.................Kejar
170 Gelema.................Kahak
171 Herot petot.................Bengkang bengkok
172 Je gheluih.................Timbus
173 Melahaq.................Makan
174 Pengkaq.................Jalan tak betul
175 Aiyo.................Sambil tepuk dahi
176 Puruih.................Lidi
177 Tembun.................Gemuk
178 Cemuih.................Bosan
179 Cenge.................Garang
180 Perenguih.................Ganas
181 Juruih.................Sirim air
182 Pelaq.................Kurang ajaq
183 Kurang ajaq.................Pelaq
184 Hemoi.................Tak kisah
185 Lokoih.................Basah
186 koi-koi.................Pelan-pelan
187 Baloq liat.................Malas
188 Terpe gheluih.................Jatuh
189 Terpelohong.................Terbukak
190 Tak kelapaq.................Tak ingin
191 Tergelinciaq.................Tergelincir
192 Koroi.................Kuruih
193 Koro.................Sorang-sorang
194 Kelepiaq.................Tangan bergerak kesana sini
195 Gabuih.................Cuci

Tudiaa baq hang,, hahaha.. yg di ulang2 pon hado.. tapi banyak jugak sebutan yg cma tak beberapa nak cam..pastu ada ala2 penang skit.. ke mmg mcm tuh sebutan dia? Hehe..

Takpa lah blajaq menda baru hari ni…

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

20 June, 2015

Saat kamu sedar.....

Assalammualaikum & hai..
salam 5 ramadhan..

" Kamu tahu Apa yg menakutkan di dlm bulan ramadhan? "

- Saat kamu sedar yang hakikat kejahatan datang daripada diri kamu sendiri, bukan daripada syaitan -


Allahurabbi...

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

19 June, 2015

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2015 1436h

Assalammualaikum & Hai..

Salam 2 Ramadhan...
Cane kesah bangun sahur tadi? Cma mangkit kol 5.15am.. bersahur dgn secawan susu kambing umaima dgn sejibik kurma.. Alhamdulillah..

Hehe.. kalo nak di ikutkan kemalasan bangun sahur ni kan, mmg CMa tak mangkit soq.. tapi tu lah.. Keberkatan dan pahala bangun sahur tu susah nk dapat dlm bulan2 lain… Maka dgn itu, Muhasabah sambil ikhlas kan diri..Semoga segala amalan yg kita kerjakan diterima allah yg maha esa.. aaminn..

Okeh, ni cma nak share Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2015 1436h
Buleh la klik pada pautan untuk memuat turun. Tepek kat umah/opis satu.. hihih..

Berikut senaraikan jadual untuk waktu imsak dan berbuka puasa pada bulan Ramadan ini 1436H (2015) di setiap kawasan di seluruh Malaysia. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Bagi pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi dibawah untuk melihat jadual waktu solat bagi setiap kawasan.
Aplikasi lain untuk kegunaan bulan ramadan:-
+ Aplikasi MySolat [ android ]
+ Aplikasi Iftar [ iOS ]

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 14356H / 2015M
+ Jadual rasmi dari Jakim akan dikemaskini kelak

NEGERI PAHANG - PDF | Web
ZON 1 - PULAU TIOMAN
ZON 2 - KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3 - TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4 - RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5 - GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6 - CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

NEGERI TERENGGANU - PDF | Web
ZON 1 - KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2 - BESUT DAN SETIU
ZON 3 - HULU TERENGGANU
ZON 4 - KEMAMAN DAN DUNGUN

NEGERI KELANTAN - PDF | Web
ZON 1 - JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2 - JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

NEGERI PERLIS - PDF | Web

NEGERI KEDAH - PDF | Web 
ZON 1 - DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2 - DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3 - DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4 - DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5 - DAERAH LANGKAWI
ZON 6 - PUNCAK GUNUNG JERAI

NEGERI PULAU PINANG - PDF | Web

NEGERI PERAK - PDF | Web
ZON 1 - TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2 - IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3 - PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4 - TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5 - TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6 - SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7 - BUKIT LARUT

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA - PDF | Web

NEGERI SELANGOR - PDF | Web
ZON 1 - DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2 - DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

NEGERI SEMBILAN - PDF | Link
ZON 1 - JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2 - SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU

NEGERI MELAKA - PDF | Web

NEGERI JOHOR - PDF | Web
ZON 1 - PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2 - DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3 - DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4 - BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

NEGERI SABAH - PDF | Web
ZON 1 - BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN, SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM
ZON 2 - BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3 - BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4 - BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5 - (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6 - GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7 - (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8 - BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9 - BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

NEGERI SARAWAK - PDF | Web
ZON 1 - LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS - PDF
ZON 2 - NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI - PDF
ZON 3 - TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU - PDF
ZON 4 - IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG - PDF
ZON 5 - MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG - PDF
ZON 6 - KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK - PDF
ZON 7 - SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM - PDF
ZON 8 - KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN - PDF
ZON KHAS - PDF

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN - PDF |
Web



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

18 June, 2015

Resepi Semperit Dahlia

Assalammualaikum & Hai… 

Terujaaa tgk resepi ni.. tak guna tepung gandum okeh.. teloq ayam pun x guna.. tapi hasilnya tetap mabeles..rapuh & cair di dalam mulut.. wuuuu..
Cma dah la penggemar kuih semperit.. hari hari hari dok gugel resepi semperit..
(part hari2 tu tipoo jeww)
cma ada satu versi SEMPERIT HAIDA RIFQI ni. sodappp.. plus yg ni.. sendiri buat tak ghaso lagi.. nnti kita try eh..

Ni cma share resepi & do & don’ts tentang semperit ni..

SAMPRIT DAHLIA
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Bahan2 :-
250g buttercup
50g gula castor 
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla

Cara2

1. Masukkn butter dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul sebati.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni SANGAT LEMBUT ye... Klau doh yg trhasil keras, maknanya smpai kt sini pun step dh tak betul... (pastikn sukatan betul)
4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa tutup doh dgn kain lembab supaya doh x keras.
5. Blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris.
6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh yee...siap..

SOALAN : Kenapa pkai buttercup? Apa lg jenis mentega yg blh guna? Blh x pakai margerin biasa?
Jawapan : Blh pakai ANCHOR utk rasa yg lbh sedap. Kalau utk jual biasanya pkai buttercup sbb lbh murah dn rasanya masih sedap... Jgn pakai margerin biasa, nnti rasa dia lari.
Tips : Bila keluarkn butter dr peti ais, rehatkn di luar sekejap supaya buttr kita lembut sikit (tp masih dlm suhu sejuk) Kemudian br gunakan.

SOALAN : Dlm resepi x pakai telur? Kenapa?
Jawapan : Dlm resepi ni x pakai TELUR... saya ulang, TAK PAKAI TELUR... sbb telur akn menyebabkn kuih samprit jd sgt gebu dan lerai... samprit kita akn mengembang dn terpenyek bila dibakar dn hilanglah kelopak bunganya...

SOALAN : Tak payah letak tepung gandum ke? Resepi lain guna tepung gandum.
Jawapan : Dlm resepi ni juga TAK PAKAI TEPUNG GANDUM. Kenapa? Dah mmg resepinya begitu... hehee... inilah yg dinamakn resepi, betul tak?
Tips : tepung gandum akn buatkn samprit keras bila sejuk... dn rasanya mcm tepung jee...

SOALAN : Susahnya nk tekan samprit. Nk patah jari rasanya, nk buat mcmana ye?
Jawapan : Sebaik sj doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut. 
Tips : Sentiasa ttup doh supaya x keras. Adunan mudah mengeras klau trdedah pd angin. Klau doh keras dn susah nk tekan, blh masukkn 1 - 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.

SOALAN : Kenapa samprit saya jd kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dh bakar?
Jawapan : REHATkn dulu samprit yg dh ditekan. Jgn trs bakar. Saya akan biarkn bwh kipas utk 1/2 jam hingga 1 jam sblm dibakar.... biar dia rehat lama2 pon xpe... lg lama samprit kita trdedah pd angin, ia akn jd lbh keras dn kelopak bunga samprit kita nnti akn lbh 'TEGUH'... xde la kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tp jgn risau... bila dh dibakar nnti, samprit kita akn jd rangup, gebu dn cair dlm mulut.Klau nk samprit kita cantik, kena la maintain saiz sentiasa yee...

SOALAN : Dah ikut tips di ats tp samprit sy ttp kembang lps dibakar. Macam mana ye?
Jawapan : Kalau setakat kembang sikit tu biasa la sis... Sy buat pn kembang gak sikit. Tapi mungkin juga ada masalah dgn SUHU masa bakar. 
Cuba fahami karenah OVEN masing2... klau sblm ni sis pkai suhu 160 tp samprit masih kembang, cuba kurangkn ke 150 dn tambah masa mmbakar lg 5 mnt...Klau sblm ni sis menggunakan rak yg bwh, kali ni cuba gunakan rak tgh oven tu...

SOALAN : Saya xde acuan macam tu. Blh guna acuan lain?
Jawapan : Boleh je sis, sbb acuan x mmpengaruhi rasa... cuma mmpengaruhi mata jee... Sy guna acuan ni sbb mmbentuk kelopak yg cantik. Acuan ni sy beli kt kdai brg2 kek. Kat pasaraya sy x pasti ada ke tak.

SOALAN : Ada antara bahan2 ni yg sy x ada... blh tak sy ganti? Sy taknak guna susu, nk guna gula sj... Sy xde tepung custard, sy ganti dgn tepung lain?
Jawapan : Soalan nk minta menderhaka pd resepi ni yg paling sy lemah nie... hahaaa.. Jawab sy senang je.... Kalau x cukup brg, jgn buat! Pegi beli brg dulu...  Klau x suka itu, x suka ini dn nk ganti dgn bhn lain... jwbnya senang, cari resepi lain jgn guna resepi ni...ehhe..

RESEPI ASAL DAN TIPS2 YG DIKONGSIKAN NI CMA COPY DARI PAGE DARI DAPUR SEORANG AMATUR. CMA MINTAK IZIN COPY YE SIS.
TERIMA KASIH SHARE RESEPI DAN TIPS2 BERGUNA UTK KAMI YG BARU BLAJO NK WAT KUIH NI…
Uols bleh jer terjah page FB beliau.. banyakkk gila resepi kek, kuih, roti yg sedap2.. Aumm….

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥