♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

07 August, 2015

Pasal AKU Abang..



“Abang, sate last ni siapa nak makan?” adik memandang si abang waktu bersahur.
“Takpe. Kau ambiklah.”
“Betul, memang patut saya yang ambik, PASAL KAU ABANG.”
“Hahaha.” Mereka berdua ketawa.

“Abang, apa yang paling susah bila bawak lori?” si adik bertanya.
“Hmm.. Nak control lori waktu muatan penuh, dan sedang turun bukit. Silap haribulan, mampus!” si abang berseloroh.
Si adik mukanya tidak selesa. ‘Abang jangan cakap camtu. Kalau abang mati, kasihan dekat tunang abang si Lina tu. Oh ye, ni ada kupon cabutan bertuah dapat dekat pasaraya tadi. Abang ambik jelah. Manalah tau menang, haha.”
“Terima kasih” ujar si abang sambil menyimpan kupon tersebut dalam beg duitnya. Gambar arwah ayah dan ibu di dalam beg duit diperhatikan sekejap.
“Abang. Arwah ayah pesan jangan accident. Arwah ayah kata jenis darah kita susah nak cari. Jenis yang pelik. Lepas saya belajar medic, barulah saya faham. Memang susah nak cari darah jenis kita tau.”
“Baiklah doktor. Apa apalah, haha. Adik, kau tahu tak kenapa engine lori tak dimatikan bila kitaorang berhenti makan kat tepi jalan?” tanya si abang, seorang pemandu lori muda kepada adiknya yang sedang belajar perubatan di universiti.
“Abang malas kot” jawab si adik sambil tersengih.
“Tak tahu cakap tak tahu. Sebabnya enjin diesel. Enjin tak panas sekalipun on lama. Lagipun, enjin jenis camni tak elok on off selalu. Nanti cepat rosak. Nak matikan enjin jenis turbo ni, sekurangnya 15 minit baru boleh matikan. Tak boleh on off gitu je. Tak elok cranking banyak kali. Starter cepat rosak. Faham?” jelas si abang yang umpama pelajar engineering pula.
Si adik mengangguk-angguk.
“Tak dapat jadi student engin, kena jadi driver lori pula” si abang mengeluh perlahan pada dirinya sendiri.

12 TAHUN SEBELUM.
“Ayah, kenapa adik dapat mainan baru, Lori Transformer nih tapi abang tak dapat?” tanya si abang kepada si ayah.
“PASAL KAU ABANG! Memang patut bagi dekat si adik” jawab ringkas si bapa. Sebenarnya, si bapa tak mampu nak membeli mainan yang banyak. Orang susah.
“Asyik-asyik adik yang dapat. Ayah memang lebih sayang kat adik” si abang yang berumur 10 tahun merungut.

4 TAHUN SEBELUMNYA.
“Ayah, kenapa saya kena kerja? Saya nak pergi universiti. Result saya pun cemerlang jugak” soal si abang.
“Kita ni orang miskin. Adik-beradik kau ramai. Ayah harap kau boleh tolong kerja. Kalau ayah sihat, ayah takkan minta kau kerja. Tapi sakit ayah ni dah teruk. Harap sangat kau kerja dengan pakcik kau tu, tolong dia bawak lori.”
Si abang mengesat air matanya sambil mengangguk.

3 TAHUN SEBELUMNYA.
“Abang kan abang sulung. Abanglah yang patut jadi imam solat jenazah ayah” bisik si adik pada abangnya.
Si abang mengesat air matanya lalu ke depan dan mengucap takbir memulakan solat.

TAHUN LEPAS
“Tuan, saya merayu dekat kaki tuan, tolonglah luluskan permohonan saya ni” rayu si abang kepada bos syarikat pinjaman berlesan tu.
Dokumen permohonan dibelek semula sebelum diletak di tepi.
“Encik tak layak nak buat pinjaman. Gaji basic encik tak cukup, cagaran pun tiada. Takde syarikat yang akan luluskan permohonan encik ni. Harap maklum” jawab bos secara ringkas.

Si abang mengesat air matanya lalu menghulur tangan hendak bersalam. Bos syarikat tersebut tidak menghulurkan tangan sebaliknya hanya memandang ke tepi. Mungkin dia marah kerana Kassim, pemandu lori miskin muda ini telah membuang masanya.
Selepas merayu di sana sini, Kassim akhirnya berjaya juga meminjam duit dari sanak saudara untuk membayar dan menanggung yuran pengajian adiknya di universiti.

SEMALAM.
“Abang, saya bosan cuti ni. Saya teman abang bawak lori” minta si adik yang sedang cuti semester.
“Ok.”
Si adik mukanya pucat. Terkejut.
Terkejut kegembiraan.
Sewaktu membelek smartphonenya di sebelah abangnya yang sedang memandu lori, si adik terbaca keratan berita tentang keputusan cabutan bertuah sebelum ini. Kupon cabutan bertuah yang diberikan kepada abangnya menang RM1 juta.
Mukanya teruja. Senyumannya lebar.

Si adik menoleh hendak memberitahu berita gembira tersebut kepada abangnya.
Serentak dengan itu, sebuah lori yang gagal dikawal merempuh lori yang sedang dibawa oleh abangnya.
Lori mereka terbabas dan mereka cedera parah. Si adik pengsan. Kedua-dua mereka kehilangan banyak darah.

Di hospital, doktor merungut kerana jenis darah itu tak cukup. Darah simpanan hanya cukup untuk seorang.
Doktor dan nurse kesibukan. Ramai yang cedera dalam kemalangan itu.
Si abang terdengar perbualan si doktor.
Si abang mengambil smartphone si adik dari poket adiknya yang sedang pengsan di sebelahnya untuk memaklumkan tunangnya tentang kemalangan tersebut.

Si abang ternampak berita kemenangan kupon tersebut di skrin smartphone tersebut.
Dia tersenyum.
Rupanya dia kini pemandu lori merangkap jutawan.
Kemudian, dia keluarkan kupon tersebut dari beg duitnya dan masukkan ke dalam beg duit adiknya yang pengsan, yang terbaring di katil sebelahnya.
Dia kemudian memanggil si doktor dan meminta doktor memberikan bekalan darah tersebut pada si adik.

Si doktor memandangnya dengan hiba.
“Bekalan darah ni cukup untuk sorang aje. Kenapa nak bagi dia”.
“KERANA AKU ABANG…”

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥