♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

11 July, 2015

Surat Dari Stalker Yg Mencintai Saya : Tapi Saya...Dia Siapa ??

Assalammualaikum & Hai...

Kisah Sepucuk surat yg ku terima...
Malam raya...
Aku baru sahaja nak melelapkan mata..ngantuk betul lepas berwhatsapps dgn kwn2..
Ibu mengetuk pintu bilikku..Menghulurkanku sepucuk surat.
Apa ni, mak?
Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.
Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat. Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali. 
Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat....

Assalamualaikum Awak..Maaf mengganggu..
Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?
Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam.Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.

Sejak tahun2 dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawih.Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu &tunggu, awak tak datang2 juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak. Kecewa sendiri."

"Saya decide untuk meninjau2 masjid dan surau yg berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana2.Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dgn laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan2 makan2. Begitulah rutin awak setiap hari."

"Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yg awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih ensem dan sado dari mereka yg awak kenali.” Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke org ni? Aku menyambung baca. 

"Saya sedih. Sangat sedih. 
Saya tetap menanti awak di pintu masjid yg awak katakan. Setia menanti. Cuma nk melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sgt dpt tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah.  Tapi, gembira saya tak lama
."

"Awak hilang lagi. Tak dtg lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dgn harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi2. Bayang awak pun saya tak nampak."

"Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dgn fon. Malam kadang2 awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis2 dgn internet & gajet. Kadang2 saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda2 tu? Apa penting sangatkah mereka?"

"Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga. Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup2. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.

Tak peduli yg saya sayang awak. Sayang awak sangat2. Tak peduli yg saya ambil berat tentang awak sangat2!. Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nk tengok awak jadi manusia yg baik. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda2 lagha. Namun, hajat tak kesampaian."

"Cukuplah sampai sini.
Saya ambil keputusan utk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dgn hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yg tidak bermakna saja pada awak. Biar berjauhan. Awak kenal siapa saya.”

Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua. .

"Saya Ramadhan
 Jaga diri, jaga iman. Selamat tinggal.”

Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu. 
Ya ALLAH. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar utk bertanyakan mak siapa yg bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap.


Hilang.. Aku menangis..menangis semahu-mahunya..dan aku tersedar dari lena dimalam yg hening.. Allahurobbi… #‎MuhasabahDiri .
PS: Ramadhan masih berbaki. Usahakan.. jom ubah...