♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

05 July, 2015

Bintik Kolestrol Pada Mata (Milia Seeds)

Assalammualaikum & Hai ..


Lately ni  kan, CMa perasan kat bawah kelopak mata ni mcm ade biji2 kecik.. mcm rupe jerawat pun hado.. tapi tak sakit bila tekan..ada 2 biji timbulnye..

Gegehla gi gugel kesana kemari..so, ini hasil yg Cma dapat..
Rupenye bintil2 tu berpunca dari kolestrol yg tinggi dalam badan.. erkkk.. seingat cma takdew pulak cma tibai makanan berkolestrol 2-3 bulan ni. Huhuhu.. tak pelah..mende nak ade kan..

Sedikit Info Mengenai Bintik Kolestrol (Milia Seeds) , Punca – punca dan cara menghilangkannya :-

Tanda-Tanda Kolestrol Tinggi

Jom periksa sama ada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah:-
 *Sering berasa kebas-kebas pada kaki. (cma slalu rase kebas pd tgn)
*Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
*Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
*Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
*Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
*Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?
*Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?
*Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya. Hargailah ia sebelum terlambat!

Cara Atasi Bintik Kolestrol:- 
Kurangkan makanan yang bergoreng serta berlemak yang tinggi kandunagn kolestrol. Kolestrol Jahat ialah kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan dan dikenali sebagai LDL. Kolestrol baik dikenali sebagai HDL.

Contoh makanan yang perlu dikurangkan ialah daging, majerin dan dessert yang manis-manis.Tingkatkan pengambilan serat seperti sayur dan buah-buahan. 
Amalkan makanan yang mengandungi Omega 3.

Contoh paling senang, Ikan. Tingkatkan pengambilan ikan. Ikan yang katanya Omega 3 tinggi ialah ikan keli. Ikan laut pun boleh. Cuma risaukan logam2 berat yang terdapat pada sisik ikan pulak nanti.
Lebihkan bawang putih dalam masakan kerana bawang putih terkenal sebagai anti-radang serta antibiotik semulajadi. Apabila badan kita tinggi kandungan kolestrol, badan akan mudah mempunyai radang.

Ramai yg bagi cadangan soh telan omega ikan.. erkk.. satu2nye omega yg cma buleh telan adelah OMEGA GUARD produk dari Shaklee tu.. pernah la try mkn sebijik..hehe.. lepas ni kena beli la supplement ni..huhu…

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥