♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

13 June, 2015

Resepi Kerepek Bawang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sape Kat Sini Suka Makan Kerepek Bawang?
Hangkat Kening! Muehehe.. Peberet Cma Gak Nih…
Ni Cma Share Resepi… Nnti Kita Buat Sama2 Eh…

Bahan-Bahan :

Untuk doh bawang:
1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya

Untuk doh margarine:
1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margarine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

 
Cara-cara:-

Untuk doh bawang:-
Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering .
Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat.
Bahagikan pada 3 bahagian.

Untuk doh margarine :-
Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi.
Bahagikan pada 3 bahagian.

Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk (2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.

Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.
Nota : Gunakan api yg perlahan ketika menggoreng bagi mengelakkan gelembung.

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥