♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

14 June, 2015

Resepi Kacang Bersalut

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Uols, suka makan kacang bersalut ni tak? Cma? Peberet iols ni.. muahaha… nampak kwn dok share resepi ni kat wall.. disebabkan cma suka mkn kacang bersalut ni, maka CMa share kan resepinye disini kot2 hampa yg suka mkn pon buleh la try buat jugak.. hehe.. CMa tak dan lagi nk try.. tungguuu..

RESEPI KACANG BERSALUT .

Bahan2:
1. 500 gm kacang tanah.
2. 5 ulas bawang putih (tumbuk)
3. 1 Sudu serbuk cili.
4. 2 Sudu gula.
5. 2 Sudu kecil garam
6. 2 biji telur.
7. 5 Sudu tepung gandum.
8. 1 Sudu tepung beras.

Cara memasak:
1. Bersihkan kacang tanah (tidak basuh)
2. Campur semua bahan2 no. 2, 3, 4, 5, 6. Gaul sampai rata dan diperingkat ini garam dan gula juga hancur.
3. Masukkan bahan2 no. 7 dan 8. Pastikan tepung membalut kacang tanah.
4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
5. Apabila masak, angkat dan tapis.


siap.. :)

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥