♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

09 January, 2015

Yuran Tadika Pasti 2015

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindugan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Jumaat..

Huhuhu..tinggal beberape hari jer lagi sekolah nak bukak kan..? CMa tgk keadaan sekolah Manek Urai yg ditenggelami banjir tu.. aduhai..luluh hati.. mcm mana pula keadaan pelajar2 yg baru nk memasuki alam persekolahan? Semoga mereka semua tabah..

Hmm..
Tahun ni, Seri bersekolah tadika di PASTI yg lain pula.. sebelum ni Pasti Al-Hidayah. Disebabkan ada satu Tadika Pasti yg betul2 dekat dgn kawasan perumahan ni baru buka, CMa Pindahkan kesini..Mmg dekat.. CMa dah Berjaya kurangkan perbelanjaan sebanyak RM100 utk bayaran Van diorg.. huhu…
Alhamdulillah… Rezeki anak2 jugak..

Tahun ni pun jadi havoc sikit sbb Faiz pun dah mula kelas Tadikanye.. Sama tadika dgn Seri.Pasti Al-Ghazali..Beg sekolah baru memasing dah dapat.. disorong kehulu kehilir la beg beroda tu..fedap mak! Ehehe..maklumle.. eksaited nk masuk sekolah lah katekan..hahaha..




Di Pasti ni, Yuran bulanan Rm70. Yuran pendaftaran utk Seri (Perempuan) RM490. Yuran utk Faiz (Lelaki) RM492. So total utk semua RM982 tunai..huhu..hampir 1k jgk HANYA untuk pendaftaran sahaja.. Pitam Makkk :’( .. tak pe la.. pelaburan utk anak2 kan…

Setelah dikaji kesana kemari, Mmg Yuran Pasti ni berbeza mengikut mukim.. ada yg RM35 (Paling Murah) dan RM80(Paling Mahal) setakat ni yg CMa survey..tapi kat kawasan CMa ni range Antara Rm60-Rm70 yurannya..Hmm..

Sekian corat coret.. Selamat memulakan alam persekolahan buat semua anak2 yer..belajar rajin2..
#MuahhCiked
#SayyidulAyyam

#SurahKahfiJanganLupa

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥