♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

29 August, 2014

Manusia Dan Botol


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam jumaat...


Fikir-fikirkan...
Manusia ini ibarat seperti satu botol...botol yg sama~~

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1++
2. Kalau diisi jus, harganya jd RM 8++
3. Kalau diisi madu Yaman, akan jd RM200++
4. Kalau diisi minyak wangi Odd, akan jd RM1000
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung xde harga dan xde siapa yg suka.

Botol yg sama tp harganya berbeza sbb isi dalam nya berharga... Manusia semua sama, yg membezakannya adalah iman & amal dalam dirinya yg akan myebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka.

Fikir-fikirkankah sebelum kita dipanggil & disoal apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini...

:)

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

23 August, 2014

SI PEREMPUAN ini, dia Berjaya.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... SalamSemoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam sabtu…. Semuanya…


Perempuan yang gagal tutup aurat dengan sempurna, 
BERJAYA buktikan pada dunia:- 

Bukti kegagalan seorang ayah mendidik agama anaknya.
Bukti kegagalan seorang abang menasihati adiknya.
Bukti kegagalan seorang adik menegur kakaknya.
Bukti kegagalan seorang kakak menegur adiknya

Bagi yang dah kawin,
Bukti kegagalan seorang suami mendidik isterinya.

Wanita itu pandai pula jawab,
"Hidayah tu kan dari Allah. Bukannya dari ayah, abang dan adik. Bukan dari keluarga! Bukan dari suami! Bukan dari sesiapa!"

Eh. Kamu tak sekolah ke dulu?
Cikgu di sekolah rendah dah ajar tentang aurat. Ada dalam subjek Pendidikan Islam. Ada dalam kelas fardhu 'ain sebelah petang. 
Cikgu di sekolah menengah dah ajar tentang aurat. Ada dalam subjek Pendidikan al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawwur Islam, Pendidikan Islam dan seantaranya. 

Kamu tak rasa itu semua hidayah dari Allah?
Bukan masalah hidayah sebenarnya.
Masalahnya diri kamu tu sendiri.

Tak ready nak berubah.
Tak nak berubah.

Rasa diri tu popular macam artis dan selebriti seksi.
Dah lama seksi, dah puas masyhur dengan aurat di kaca tv, 
Tup-tup buat perubahan, buat Press Conference bagitau nak berhijrah,
Nak pakai tudung. 

Kemudian, lensa media semua tertumpu pada kamu. 
Popular lagi serta merta. Raih populariti lagi.
Kamu nak tunggu macam tu ke?
Buatlah.

Masa dan waktu tu kan kamu yang cipta.
Kamu yang pegang.
Mati tu kan kamu yang cabut nyawa sendiri.

Sentap?? terasa hati?? maaflah..
teguran saya utk awak.. sbb saya sayangkan awak..
diakhirat kelak, kalau allah tanya saya kenapa tak tegur awak?
apa saya nk jawab?
jom.. masa utk berubah :) .. saya sayang awak.. lillahitaala.. :))



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

22 August, 2014

Malaysia Berkabung : Kibar Bendera Separuh Tiang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Jumaat Semua..


sebagai info sahaja. to be honest, saya TIDAK menyokong/mengikut satu pun seperti yg dicatatkan diatas.

senarai 20 jenazah yg akan tiba hari ni

hmm..punye bercinta la nk hapdet belog.
apepun, hari ini dijangkakan ketibaan jenazah mangsa2 MH17.
Semoga keluarga mereka semua tabah..
salam takziah...
#AlFatihah

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

20 August, 2014

Cara Buat Perangkap Nyamuk Mudah Dan Senang.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam rabu...

Cara Buat Perangkap Nyamuk Mudah Dan Senang. 
Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang,

1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya )
dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya?:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .


maaf, belum sempat nak jejak balas.. pelan2 cma datang ye..huhuhuhu...



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

19 August, 2014

Rempah Gulai yg super sedap!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam selasa semuanya..


Ni cma nk habaq mai.. hari tu CMa kirim kat Kak Ina IntanBerlian Rempah Gulai Cap Bunga Ros ni.
Spesel mai dari Terengganu..
CMa suka la kelainan dalam rempah gulai ni.. selalu dok msk rempah adabi.. baba’s.. tp hat ni mmg ‘RASA’ dia semacam luar biasa..tak tau nk habaq lagu mana *ceh..tapi kata nk habaq mai* muahaha..

rempah gulai cap bunga ros

Ari tu cma masak kari ayam. Guna rempah Gulai Cap bunga Ros Ni dengan Rempah Masak Cap Bunga Ros. Rasa dia mmg piawwww..rempah dia dah la wangi..sebati kat ayam & kentang tu..rasa dia melekat kat lidah..cukup serba serbi lengkap rempah tu.. wangi dia.. len macam tau… semerbak..dah la wangi..sedap pulak tuh..

rempah kari babas

aduiyai…jgn tak tau..En alan yg makan nasi bertambah jugak pinggannya.. siap puji ‘sedap kari ayang,beli rempah kat mana.. tak rasa mcm selalu’ heheh.. tudia…. Penangan #RempahGulaiCapBungaRos siap hashtag skali tu.. :p


Seriously, Mmg sedap.. tenkiu kat kak ina sbb perkenalkan rempah ni..mmg thorrrbaekkkk.. rasa mcm nk repeat order ja.. ehehe.. baki rempah tu ada sikit lagi.. En alan soh try buat kari kamben plak.. hmm..tak pernah lagi seumoq idup cma masak kari kamben.. takut mengembek je daging kamben kat dlm piyuk tu nanti, nayo den.. mueheheh..tak pe, usaha tanggo kejayaan.

Pada uols yg nk ghaso kelainan dlm masakan gulai, elok la pi cari rempah ni.. cma tak tau kalo k.ina amek order ke tak.. sbb kak ina pun jarang pi ganu.. lagi satu kos postage yg agak mencekik jgk utk sepeket..

Kalo uols g jalan2 ganu, jangan lupa rembat rempah gulai ni yer.. kompom tak nyesal..


Sbb cma sendiri dah try.. wehuuu…. Alhamdulillah.. :) sodapppppp..

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

15 August, 2014

Puasa Ganti Vs Puasa 6 Syawal.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam jumaat..
 
yang mana dulu???
Ha… persoalan ini akan selalu timbul tatkala bulan syawal.. err.. yelah.. posa 6 dlm bulan syawal je kot..ekeke..

Ada ulama’ kata kena asingkan niat dan puasanya.ada yg kata buleh dibuat sekali..ada yg kata puasa 6 dulu baru ganti.. ada jgk yg kata,ehh posa ganti tu wajib..kena ganti dulu..baru buat yg sunat..
Wallahua’alam…


tiada dua dalam satu.bacaan lanjut, klik imej ye..

harus/sah puasa 2 dalam 1.bacaan lanjut, klik imej.

CMa?
Sbb cma mampu ,tidak uzur (sakit teruk) dan sihat tubuh badan, CMa suka mengasingkan puasa ni…CMa puasa ganti dulu 7 hari, Kendian Baru sambung Posa 6 hari dibulan syawal *tghusahanakmenghabiskanposani* chaiyok2..


niat puasa enam syawal

niat puasa ganti /Qada'
Uols macam mana? Sekali harung ka or asing2 puasa?




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

14 August, 2014

Apabila Seri Melukis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam khamis …

Hihihi.. tau tak.. pertama kali reaksi CMa tgk lukisan ni, terus cma mengekek ngekek gelak.. sampai berair la bijik mato… hahaha.. bukan gelak sbb tertawakan lukisan tu.. Cuma gelak sbb hati terusik dgn telatah seri ni.. hihihih.. sooo suwet la kakak seri.. rase nk cubit2 pipi tu.. heheheh..

Ni ummi abadikan dalam blog pisican ummi.. insyaallah.. kalo ade rezeki..panjang umoq seri, panjang umoq blog ni..manelah tau seri terbaca kan… Ummi banggaaa sangat dgn pencapaian seri tau… bila tgk lukisan ni buat ummi senyum2 sendiri..hihi.. Pandai dan bijak anak ummi melukis ye.. J

Mula2 tu cma tak perasan dia lukis ape.. pastu bila tanye
“kakak lukis upin dan upin la ummi.. tgk la ni rambut upin satu je! “
Ooo… baru perasan ade jambul kat lukisan kanan tu.. ehehe..




Ummi Loves you sayang.. semoga mmbesar dgn sihat dan dikurniakan akal yg cerdik dan bijak seiring usiamu!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

13 August, 2014

Bahaya EBOLA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam rabu...

Huhu… Betapa bahaya Penyakit EBOLA ni... Semlm dpt email ni dari HR..
Terus google pasal penyakit ni..Huhu.. simptom2 awalnya mcm takde ape2 yg serius.Cuma bila dah sampai stage ke-2 tu teruk juge keadaanya…
Dan bila dah sampai final stage, boleh menyebabkan KEMATIAN .

Meh sama2 kita tgk simptom2 awal penyakit ni dan bagaimana cara nk mengelakkan atau merawatnya…



apa itu EBOLA?

Bagaimana ia boleh merebak? / dijangkiti


symptom awal EBOLA

Apabila pesakit sudah berada pada tahap kedua

apabila EBOLA sudah dikenal pasti

dan selalunya dah terlambat dan pesakit akhirnya mati

bagaimana cara nk mengelakkan diri dari terkena jangkitan?

jgn menyentuh mayat pesakit yg dijangkiti EBOLA

Jangan sentuh darah, sisa muntah, sisa cirit birit

sisa darah, air kencing

jangan menyentuh mayat yg dijangkiti virus ini

cara mencegah - cuci tangan selalu dgn sabun-kerap

EBOLA juga berjangkit melalui haiwan

terus mendapatkan rawatan jika ada rasa simtom2 awal

selalulah 'allert' dgn keadaan kesihatan anda & juga yg tersayang

segeralah menghubungi doktor anda yg terdekat

cegah sebelum parah..
Allahu… semoga kita semua sentiasa dlm lindungannya..

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

12 August, 2014

Menu Wajib Di Pagi Raya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam Selasa…
kari ayam terbaikkk ^_^

ketupat palas air tangan mak yg sentiasa sedappp

Family CMa.. Menu wajib kami tiap2 kali raya mesti 4 Jenis makanan ni terhidang kat atas meja:-

Ketupat Palas
Rendang Ayam
Nasi Impit
Kari Daging

Paling tidak pun Mesti Ada ketupat Palas & Rendang Ayem.. *tsskkk tetiba teringat ketupat cicah rendang ayam mak* huahuahua.. dasarr..
 
gegeh i buat kuih rayo sendiri
Lain2 hidangan tu, Kuih Muih raya *hasilBelian* mcm biasa..muruku2 or kekacang.tahun ni tak byk buat kuih raya.. cma buat almond London, semperit, semperit susu, sarang semut, suji, popia nestum.
Try Buat Tart Nenas, Hampagas.. hancoq jadinye :p
Yg lain2 semuaaa beli..


Ni citer menu cma dipagi syawal.. menu uols pulak?? Mesti meriah 1 Meja Kannn..? 

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

11 August, 2014

Syawal 1435h

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam isnin Semuanya…

cakkk!!! tempek gambaq puan tanah duluww.. mueheheh

Allahuakhbar… lama sunguh CMa tak datang menjenguk teratakku yg satu ni.. Huhuhu…
Fuhhhhh….Fuhhhhh… berhabuk! Bersawang! Apepun,CMa nk ucapkan Terima Kasih manyak2 dgn kawan2 yg masih sudi datang berkunjung tlg tiup2 sesawang ni ha… Huhuhu….

Alhamdulillah… CMa sihat….makin sihat seiring dengan kembangya..muehehehe..:p
CMa rinduuuuuuu uols tau.. ade ke yg rindu kat CMa ni? Mihmihmih.. Abaikan…

Maaf sbb lamaaaaa sangat tak mai jenguk umah uols..sejak tenet putuih kat opis ni, mmbuatkan semangatku putuih jua nk berblog.. nk mengarang.. nk jejak balas *oh..terimakasihfollowerbarutu*
Kekangan masa yg mencemburui..jangan marah na….jangan pulak ada yg merajuk… uhuhuh..Kalian sentiasaaaaa ada dekat dlm hati saye taw…
kad raya dari pink ummi.. macehhh

kad raya dari cik moon
*pueh rotate, ttp jgk nk dok mcm ni*
huhu..
macehhhh :)

Pada yg mengirim kad raya pada cma, Alhamdulillah.. CMa dah terimanya.. SAYA SUKA! SAYA SUKA! Tahun depan, panjang umoq meh la antaq lagi.. ehehe.. CMa pun ade jugak mengirim kad raya kepada yg berkenaan.. huhu..mana yg CMa tak kirim tu jgn kecik hati naa.. CMa tak dak Alamat surat menyurat uols.. huhu.. nnti CMa mintak, bagi tau,.. yg jauh kita dekatkan.. yg dekat kita rapatkan…

Alahai.. banyak pulak bebelnye.. ehehe.. mahap! Rasa macam byk yg nk citer.. tp nantilah.. insyaallah..di izinkan allah, kita bertemu lagi ye..

Akhirkata…
Selamat hari raya.. selamat ganti puasa… selamat puasa 6 syawal..
Isu boikot2 ni pun kemain hebak sekarang.. kita pun pandai2lah bwk diri & iman dalam memboikot.. juga dlm membantu saudara2 kita yg teranianya..tak kisahlah walau dimana jua mereka berada..
Semoga allah selamatkan mereka.. aaminn…

Jaga diri.. jaga hati.. jaga iman..
Muahhh muahhh muahhh..
Lebiu lebiu lebiu 



Pelan-pelan CMa Mai Jejak Balas ni.. Sabaq na.. Kot2 ada nk hidang ketupat lemang rendang,dialu2kan.. muehehehe… :p

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥