♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

24 July, 2014

♥ Ingatan Tulus Ihklas dari Hati ♥




Assalammualaikum Semua…

Ramadhan Telah Pun Menghampiri Penghujungnya..
Alhamdulillah Masih Diberi Kesempatan Kita Disini…
Sebelum semuanya bercoti…

Bismillahirahmanirrahim…

Cma Mengambil Kesempatan Ini Dgn Menyusun 10 Jari, Memohon Keampunan Dari Allah Dan Memohon Maaf Dari Semua Rakan Blogger Atas Kesalahan / Kesilapan / Keterlanjuran Dalam Berkata2 , Termengumpat / Terkutuk / Tercerita /  Terguris Perasaan / Termasam Muka / Dan Segala Yg Ter Ter Tanpa Cma Sedari..

Segala Salah Silap, Cma Minta Maaf .. Dan Kalo Ade Yg Tersalah Dgn Cma *Adeke?* Hehehe.. Cma Maafkan ..Lillahita’ala..
Kosong-Kosong Yer..

Mane Yg Drive Balik Kampong Tu Berhati2 Dan Ingatlah Yg Tersayang..
Rumah Jgn Lupa Kasi Lock Ketat2 Takot Ade Kejadian Yg Tak Diingini Berlaku..
*Nauzubillahminzalik*

Sekian…
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Yg Masih Berbaki Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Yg Bakal Tiba Nanti.. Semoga Kita Semua Senantiasa Berada Didalam Lindungan Dan Rahmat Allah Yg Maha Esa Selalu..Dan semoga bergembira di pagi Syawal :)

Jangan lupa Sedekahkan Al-Fatihah buat kedua orang tua kita dan juga mereka yg terdahulu meninggalkan kita..
#PrayForGAZA
#PrayForPalestin
#PrayForSyria
#PrayForSabah
#PrayForBurma
#PrayForMH307
#PrayForMH17

Taqabballahu Minna Waminkum..

Jemputla Mai Beraya Kerumah Yer… Hihih..

Nah Duit Raya.. ^^_


TiadaYangBenar,MelainkanYangBenarBenarBlake,
SHiemaCMa

Maaf  blog agak terabai..komen2 pun cma tak sempat terjah.. ampun..
Mood berblog slow sikit lately ni.. huhu…

Sehingga ketemu lagi..InsyaAllah,,,



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

20 July, 2014

Resepi Red Velvet Cookies

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Ahad..


Resepi Red Velvet Cookies

Bahan-bahan(300 biji)

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B

2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm white coklat cip

Cara-caranya:-

  1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
  2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.
  4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
  6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.


sumber


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

19 July, 2014

Resepi Cornflakes Cluster Praline

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam petang..


Resepi Cornflakes Cluster Praline

Bahan - bahan ;
150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle )
50 gm almond strip - bakar dahulu
20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup

Cara-cara:
  1. Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
  2. Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
  3. Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug..supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.
  4. Dah siap.. dapat dalam anggaran 70 pcs...
  5. Nak cantik... hias dengan white coklat-- cairkan dulu & masukkan dalam pipping bag

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Resepi Biskut Raya : Raffero Hazelnut Cookies

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Sabtu..


Resepi Biskut Raya : Raffero Hazelnut Cookies

Bahan-bahannya(70 keping):-
Bahan A
150gm mentega
40gm majerin
20gm crisco/shortening
20gm gula kaster (Tambah gula sehingga menjadi 80gm-100gm)
1 kuning telur
1 sudu teh cappucino emulco

Bahan B
180gm tepung gandum
secubit serbuk penaik
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung
30gm milo
50gm coklat rice
20gm kacang hazel-panggang & kisar

Hiasan:-
Kacang hazel (70 biji)-panggang & buang kulit, cawan kertas, coklat masakan hitam dan putih(saya letakkan pewarna hijau)

Cara-caranya:-
  1. Kacau bahan-bahan A sehingga ringgan dan kembang
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau sehingga menjadi doh lembut
  3. Ambil sebiji kacang hazel yang telah dipanggang dan salut dengan 1 camca teh doh. Buat berbentu bulat
  4. Susun biskut diatas loyang pembakar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20minit diketuhar yang telah dipanaskan sehingga kekuningan.
  5. Biarkan biskut sejuk. Apabila sejuk, celup biskut kedalam 'dark chocolate' dan masukkan kedalam cawan kertas berwarna hitam. Hiasi dengan coklat putih

Nota:-
Masak coklat dengan menggunakan kaedah 'double boiling'.

sekian.

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

15 July, 2014

Nuzul Al-Quran / Sanah Helwah!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam selasa semuanya..

ralat *1435h

salam nuzul al quran buat semua ya...


Dan Hari ni adelah hari kelahiran CMa.. hewhewhew.. dah tua makss..
Sanah Helwah buat diri sendiri.
Semoga apa yg cma doakan allah makbulkan.. aaminn....
belanje gambau sekeping :p



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

13 July, 2014

Resepi Biskut Adnan Semperit Coklat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Ahad..
Hehewhew ade ke biskut adnan semperit?
Hahaha..gasak la kau..


Resepi Biskut Adnan Semperit Coklat

Bahan- Bahan : 
3/4 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila
2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
3 sudu besar serbuk koko
coklat rice untuk hiasan

Cara-Cara nya :-
  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan masukkan kuning telur serta esen vanila.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko.
  3. Gaul hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Masukkan dalam acuan semperit dan terapkan di atas dulang pembakar.
  5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.

Sekian.

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Resepi Homemade Caramel Popcorn Yang Simple Dan Sedap!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Ahad..
Cma Nak Kongsi Resepi Lagi Yer…
Kali Ni Resepi Homemade Caramel Popcorn.


Bahan:-
Semangkuk Kecil Bertih Jagung
3 Sudu Marjerin
3 Sudu Myk Msk
5 Sudu Gula

Cara:-
  1. Cairkan Majerin Dan Minyak Masak.
  2. Setelah Itu Kecilkan Api,Letak Bertih Jgng Dan Tutup Periuk..Biarkan Bunyi Pop Berbunyi Hingga Senyap.
  3. Then Matikan Api Dan Bukak Penutup Dan Ketepikan.
  4. Dlm Periuk Lain Masukkan 2 Sudu Marjerin Dan Gula Dan Kacau Keperangan (Caramel)Tutup Api..
  5. Then Gaulkan Popcorn Bersama Caramel Tadi.Siap!
Cma Sungguh Tak Tahu Yg Buat Popcorn Sebegini Senang.. Hahaha *Kesian*
Pestime cma buat,ade popcorn yg jadi hanguih sbb cma tak pelankan api.. ..Mihmihmih..
Selamat Mencuba ya..!


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

12 July, 2014

Resepi Biskut Bangkit Cheese

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam petang..



Resepi Biskut Bangkit Cheese

Bahan-Bahan:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Parutan Keju - utk hiasan

Cara-Cara:
  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati. 
  3. Masukkan bahan2 kering.
  4. Canai & terap
  5. Tabur parutan keju atas setiap biskut
  6. Bakar pada suhu 160C selama 15 min.

Sekian.


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Resepi Biskut Oat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Sabtu..


Mcm bese..hari2 weekend cengini cma nk share resepi..
Hari ni nk share resepi biskut oat.
Jom cekidaut~~

Bahan-bahan ( 50-60biji )
200gm oat (kisar halus)
100gm gula halus
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi (di cairkan)
secubit garam
kuning telur (disapu di atas biskut)
kepingan oat sebagai hiasan(optional)

Cara-cara :
  1. Gaul sebati semua bahan kering
  2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh di uli menjadi doh.
  3. terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka.
  4. bakar dengan api 180c selama 20-25 min atau hingga masak

Nota- tidak perlu di habiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai ye.
Sumber

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

10 July, 2014

Perbezaan yg dicari

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam



Tolong Cari Perbezaan 3 Ayat Surah Al Ikhlas Dibawah ini..

Bismillahirahmannirahim...

1. Qul Huwallahu Ahad; Allahus-Samad; Lam Yalid Walam Yulad; Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.

2. Qul Huwallahu Ahad; Allahus-Samad; Lam Yalid Walam Yulad; Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.

3. Qul Huwallahu Ahad; Allahus-Samad; Lam Yalid Walam Yulad; Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tahniah..
Alhamdulillah 

Anda Baru sahaja Membaca 3 kali Surah Al Ikhlas..
Barangsiapa Yang membaca Surah Al Ikhlas 3 kali.
Pahalanya sama seperti Membaca Al Quran 30 Juzuk.
Alhamdulillah.. :)

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

09 July, 2014

WW : Sudahkah?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Rabu..



selamat berpuasa :)


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Tewas

Assalammualaikum. .
Semoga senantiasa berada didlm lindungan & rahmat allah yg maha selalu...



Huhuhu..
Germany masuk final.
Mak.. brazil kalah mak..
Wakakaka..Adoiyai...
Terima kekalahan #Brazil.
Keputusan BRA 1 - GER 7
Lauk.. Lauk..
#FifaWorldCup2014
#BrazilVsGermany
#TetapSokongBrazil
#PrayForGaza
posted from Bloggeroid

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

08 July, 2014

Kopi Putih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam selasa semuanya.. :))



Kekangan masa dan juga mengarang..
just nk selitkan dlm blog,setelah semuanya metered,  dapat CPUV baru utk julai ni..
Alhamdulillah..menari lama2 yer oldtown true white coffee
muehehehe..

terima kasih sudi jejak tinggal komen..
mana yg belum cma balas jejak tu, insyaallah..
pelan2 cma menyusul.. maaf atas kelewatan...
selamat berpuasa ya kepada semua..

*sekadar catatan peribadi puan tanah*


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Resepi Beehives Bread With Butterscotch Sauce / Roti Sarang Lebah Dengan Sos Butterscotch


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Isnin semuanya.. ^^
Sedar tak sedar dah 8 ramadhan hari ni kan? Alhamdulillah… :)


tu dia tajuk entri punya panjang.. hahah..:D
Seminggu sudah ni kan, gegeh la cma menguli roti..pasal dari 1st blogger ni up entry, punyelah tergedik2 cma nk buat..pendam perasaan uolss.. akhirnya..setelah selamat membeli oven ,maka, misi pun bermula lah.. kemaruk.. amekkaw..seminggu tu jgk cma meroti.. 

Mula2 nk buat, bahan2 tak cukup..mcm nk buat sos butterscotch tu, dgn almond flakes yg takde..roti togel mcm tak best la pulak..hehe..so..cma try la buat roti kosong semata..pastu ditabur dgn cekelat rice..

Laku uols..hihi..paling best sbb en alan puji roti sedap. Esok buat lagi..try letak inti plak.. 
Nampak tu~~ pujian yg buat hati sang isteri manyak munga2.. hahahaha…happy uols..mmg betul la nk pikat suami kena pikat pewotnye dulu..hihi..walaupun cma ni jenis yg tak reti masak..tp blh dikatakan rajin memasak jgk.. wakakakaka.. oh, terlebeh pujian pulak kat sini..

Tanpa membuang masa, meh kite cekidaut resepi BEEHIVES BREAD WITH BUTTERSCOTCH SAUCE / ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH yg gebu dan mudah.

Bahan2
2 cawan tepung roti *cma guna tepung gandum jer
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *kalau takde leh gantikan dgn fresh milk
¼ cawan minyak sun flower*cma guna minyak masak biasa
1/2 cawan air suam
**Almond flakes, pumpkin seeds utk tambahan  jika suka

cara2
  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan sampai berbuih. Tgk gambar kat sini
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan.
  4. Uli dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.uli dgn cara menyental baju tu.
  5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
  7. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.Buat sampai habis. 
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
  10. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTA
  • Doh memang lembik.. JANGAN tambah tepung, cuma sapukan tgn dgn minyak masa nk bulatkan doh kecik2.
  • Make sure oven betui2 panas supaya nnti roti lembut bak kapas
  • JANGAN bakar terlalu lama nanti keras



BUTTERSCOTCH SAUCE

Bahan
1/2 cup brown sugar.
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
Garam secubit rasa
1/2 sudu teh Vanila
25g butter

Caranya-
  1. Cairkan butter, Masukkan brown sugar, kacau2 sehingga gulanya cair dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati tutp api.

Siap sudah.. sape yg rajin2 nk menguli tu, moh try buat…kompom tak nyesal!
Hasilnye mmg tak mengecewakan uolsss…
 
roti kosong taboq cekelat rice
sekian...


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

06 July, 2014

Resepi Biskut White Truffle

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Ahad..

lepas ni boleh jadi blog resepi lah ye..cik puan cma tew.. muehehe...
ajee...saje bagi idea buat kuih utk uols yg rajin nk buat kuih.. kan kan kan..



Resepi Biskut White Truffle

Bahan A:
160gm mentega
1/8 teh esen vanilla
60gm gula aising
secubit garam

Bahan B (diayak bersama):
180gm tepung gandum
10gm serbuk koko 25gm tepung jagung
15gm tepung kentang
1 1/2 sudu besar susu tepung
1/8 sudu teh serbuk penaik
50gm kacang tanah (panggang dan dikisar halus)

Bahan C:
90 biji kacang - panggang (utk dimasuk ke dlm doh)
Hiasan : Coklat masakan putih, coklat rice berwarna, dan cwn kertas.

Cara-cara:

  1. Pukul bahan-bahan A sehingga ringan dan berkrim.
  2. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sebiji kacang yg telah dipanggang dan salut dgn doh menjadi bulat membujur.
  4.  Susun didlm loyang pembakar dan bakar pd suhu 150c selama 15 minit.
  5. Sejukkan. celupkan biskut ke dalam coklat masakan dan masukkan ke dalam cwn kertas, taburkan coklat rice utk hiasan.
sekian..




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

05 July, 2014

Resepi Bebola Bijan (Buah Rotan)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam sabtu..
share resepi lagi..




Resepi Bebola Bijan

bahan:-
200 gm tepung pulut
3 biji telur
4 sudu makan gula halus
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur makan
bijan secukupnya
cara:-
  1. kacau gula dan telur dgn hand whisk hingga gula hancur, campurkan air kapur dan garam.
  2. masukkan tepung dan jadikan doh yg boleh dibentuk,doh hendaklah di masukkan dlm bekas bertutup atau plastik supaya doh tidak kering atau keras.
  3. bilas bijan dgn air dan toskan,taburkan bijan dlm dulang dan ambil secubit doh sebesar telur cicak [ bila siap digoreng ia akan sebesar ibu jari ] .
  4. golek golekkan doh atas bijan.basahkan tangan dgn air dan kisarkan tangan atas buah rotan [ tekan sedikit buah rotan sambil di golekkan atas bijan supaya bijan melekat dan tak tanggal semasa proses mengoreng nanti ].
  5. goreng dalam minyak panas dgn api sederhana hingga warna keperangan
sekian..


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Resepi Crunchy Caramel Almond

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Sabtu semuanya..
Buat ape tu..? posa dak? Alhamdulillah.. hehe..
Hari ni cma nk share resepi Crunchy Caramel Almond.


Bahan-
500 gm tepung Florenta (Klik utk Gambar)
250 Kekacang (kepingan badam, biji kuaci, biji labu, ape2 lah yang kita suka, aa... walnut pun best gak kan)

*resepi tuannya yang asal (campuran 150 gm badam, 50 gm biji labu, 40 gm biji kuaci & 10 gm biji bijan hitam)


Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan kekacang
  2. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit (ni untuk merangupkan bahan2 kekacang, hati2 jangan terhangus sebab nanti jadik pahit)
  3. Satukan semua bahan (kekacang dan tepung) dalam satu bekas dan gaul rata2 hingga semua bersalut sempurna dengan tepung). Sebaiknya kekacang dalam keadaan masih panas
  4. Sediakan loyang empat segi alas dengan kertas minyak.
  5. Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan nipis2, kmdn bakar dalam oven (160C) selama 10 minit
  6. Keluar je dari oven, panas2 lagi, terus potong (guna pemotong pizza lagi senang)
  7. Siap, simpan dalam tupperware, jap lagi boleh krup krap depan tv         

Sekian.. cma tak buat lagi.. share jer dulu.. ^_^

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

04 July, 2014

Mini Giveaway Blog HT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam jumaat semuanya...

hari ni cma nak join GA dari Kak TAB @ Kak Tihara..
jom kite cekidautttt

klik gambaq utk join sama yer!!
syarat2 yg sangattttttt senang~~

2. Copy banner di atas dan link ke entry ini
3. Tinggalkan URL penyertaan anda di kotak komen
4. Komen satu jenis sabun pilihan anda samada nenas, manggis, limau, pisang atau strawberry.

settle!

Hadiah pertama: Sabun buah yang dipilih untuk seorang pemenang
Hadiah kedua: Blog Review

Tarikh tutup: 7.7.2014 ( Isnin )

pilihan cma :Manggis
dah join?? cepat2 tau.. good luck buat semua yer ^^

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

03 July, 2014

Bila Tiba

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam khamis..
Alhamdulillah…salam ramadhan yg ke-5 semuanya..



Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela
Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara
Mulut Terkunci Tanpa Suara

Bila Tiba Saat Berganti Dunia
Alam Yang Sangat Jauh Berbeda
Siapkah Kita Menjawab Semua
Pertanyaan

Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah
Jatuh Hati Pun Tak Berdaya
Hanya Menangis Tanpa Suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti
Ke Mana Kita Bisa Lari
Kita Pastikan Mengalami
Mati

[linklagukatsini]

Maafkan puan tanah yg belum sempat menjejak balas ya..
pelan2 cma datang tau... :)




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

02 July, 2014

Doa: بسم الله ‎Bismillah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Rabu..

Doa Bismillah

Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi
(Ya Allah,peliharalah diriku dan ruhku),
bismillahi Jibril
(Dengan nama Allah,Jibril), 
fi yamini
(pada kananku), 
bismillahi mikail
(Dengan nama Allah,Mikail), 
fi shimali
(pada kiriku), 
bismillahi israfil
(Dengan nama Allah,Israfil), 
fi amami
(pada hadapanku), 
bismillahi izrail
(Dengan nama Allah,Izrail)~ Hizib Al Hafiz

Doa bismillah 6

Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.
Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurur rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.

Ertinya :
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.

Bismillah 6 : Bacaan, Fadhilat & Cara

Fadhilat :

· Makbul segala hajat dan cita-cita.
·Luas rezekinya.
·Menang dalam peperangan.
·Penerang hati.
·Diajuhkan dari segala penyakit.
·Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
·Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
· Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
·Aman daripada binatang2 buas.
·Air laut menjadi tawar.
·Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
·Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi,          tikus atau burung.
·Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
·Terselamat dari karam dilaut.
·Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan bersalin jika meminumnya.
·Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
·Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
·Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
·Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
·Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
·Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas;
Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

01 July, 2014

Al -Haq ... Yang Satu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada Didalam Lindungan Dan Rahmat Allah Yg Maha Esa Hendaknya... Salam Selasa..
Welcome July (,")(",)



Ya Allah Berikanlah Daku Petunjuk,Agar Bisaku Meneruskan Hidup
Agar Bisaku Berjalan Di Jalan Yang Lurus

Andainya Ku Bisa Putarkan Saat Waktu,Ku Perbetulkan Segala Kesilapan Lalu
Andainya Ku Pernah Melukakan Hatimu,Izinkan Aku Mengubati Jiwa Ragamu

Segala-Gala Suka Dan Duka Tak Pernahpun Dapat Ku Lupa
Daku Manusia Biasa Dibawa Dosa Pahala
Hidup Di Dunia Cuma Sementara Janganlah Leka Jangan Terpedaya
Antara Kaca Dan Juga Permata

Ku Bersujud Padamu,Berdoa Pada Yang Satu
Padamu Aku Mengadu,Allah Yang Satu
Mohon Petunjuk Darimu,Berderai Air Mataku,
Ku Ingin Dekat Denganmu.

Ya Allah
Ampunilah Dosa-Dosaku Yang Lalu
Ya Allah
Maha Pengasih Penyayang Maha Mengerti

Andainya Ku Bisa Hidup Seribu Tahun Lama Lagi,Ku Kotakan Kata-Kata Yang Telah Ku Janji
Andainya Ditakdirkan Esok Daku Pergi,Susun Sepuluh Jari Memohon Diampuni
Janganlah Bersedih Berduka,Berjumpa Di Sana Semula
Kembali Kepada Pencipta,Di Padang Yang Luas Terbuka
Pintu Syurga Dan Neraka

Mengapa Kau Bersedih Berduka Dijiwa Gelora Di Dalam Dilema Menanggung Derita

Allahhu Ya Hafizu Nafsi Waruhi Bismillahi Jibril
Fi Amini Bismillahi Mikail
Fi Shimali Bismillahi Izrafil
Fi Amami Bismillahi Izrail

Allahu Akhbar Allah Yang Maha Besar
Mari Memuji Memuja,Maha Kaya Berkuasa
Ampunilah Dosa-Dosaku Yang Lalu,Ku Merindu Padamu

Setiap Hembusan Nafasku Ku Seru Namamu
Sebagai Hambamu Yang Lemah Dan Hina
Terangkanlah Jalanku Yang Penuh Berliku

Ku Berdoa Padamu Dekatkan Diriku Denganmu
Tenangkan Jiwaku Terangkan Jalanku
Ya Allah
Ampunilah Dosa-Dosaku Yang Lalu
Ya Allah

Marhaban Ya Syahru Ramadhan..

Salam Ramadhan Ke3..
sihat semuanya?? jaga diri, jaga iman, jaga nafsu baik2 yer.. ^_^


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥