♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

31 January, 2014

Jawatan Kosong -Tarikh Tutup : Mati / Kiamat



Assalamualaikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi Jumaat...
Jumaat yg terakhir utk bulan january ni..esok dah masuk bulan february :)

Sekadar perkongsian, semoga jawatan ini sentiasa terisi..di isi oleh kita :)


dan semoga cita2 kita menjadi golongan (yakni)
GOLONGAN HEBAT YANG DILINDUNGI ALLAH DIPADANG MASYAR KELAK.
InsyaAllah..


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

30 January, 2014

Sunyi Tak Sepi Tapi Sejuk


Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi Khamis..

Wuhuhuuuu..sejuknyerrr..suhu kat luar 24c..kat dalam library ni 20c.. trrrr... sampai sejuk2 hidung iolss..

hmm...student & lecturer dah start coti gamaknye..cuti tahun baru cine.. bos cma pung semua bercuti...
tinggallah kami meng'acting boss' kat sini.. muehehe...






The Korean Inter ship. 
Sekian..
Lama cuti uolss.. tak pegi mana2 ker? cma? cadangnye nk pegi ke tepi pantaii...insyaAllah...sekat dekat2 sini jer pun..camping 2 hari 1 malem..

selamat bercuti :)

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

29 January, 2014

Hari INI hari DIA.Bukan HARI Saya!


Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Petang semuanya..

Ngeh ngeh ngeh..
Cma nak ucapkan Sanah Helwah Buat rakan blogger yang sorang ni..C.M.A a.k.a Cik Moon Adnan

Semoga senantiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmat allah yg maha esa serta bahagia disamping insan2 tersayang.. :)

oh ye..Cik Moon ade biz FELT CRAFT tau..cantik2 semuanya..tak caya??
Meh tgk ni..








Semua gambar kredit kat sini ZAHNAN De Craft. Klik aje link tu..byk lagi koleksi cecantik dan kekiut..

Hehehe..
Last But not Least, Happy birthday Cik Moon! take care & semoga bisnes sentiasa berkembang maju :)
Meh sama2 meraikan besday beliau.. jom kesini!----> Wishherbirthday



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Guess The Emoji : Jawapan / Anwers For All Level


'GUESS THE EMOJI'
This Apps can be dowloaded thru Google Play

Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalm lindungan dan rahmat allah yang maha esa hendaknya...
Salam Pagi rabu..

Eheh...hari ni tak de WW.... :P

Guess The Emoji
Sape pernah main game ni? Ehehe..cma pun pernah.. tapi bila dah sampai level 20 kepala sudah fining jugak..keras nk memikir..pastu...nampak la ade someone yg share jawapan Utk kesemua level dalam Game Guess The Emoji Nih

Ini utk rujukan jer yer.. tak best rasa bila tak dapat solve, terus nk meniru..bagus jgk game mcm ni..buat otak kanan berfungsi jer..hihi..

Tapi kalau sampai berhari2 tak dapat sholve mmg agak haru kan?? Muahaha...
Nah jawapan..  :D

Guess The Emoji


Level 1
matahari + cermin mata = SUNGLASSES
hati + nota = LOVE LETTER
bendera + bibir = FRENCH KISS
jagung + anjing = CORN DOG
jam + anjing = WATCH DOG
jagung + roti = CORNBREAD
cawan + hati = COFFEE BREAK
burger + tiara = BURGER KING
epal + televisyen = APPLE TV
bintang + ikan = STARFISH

Level 2
cengkerang + ikan = SHELLFISH
buku + ulat = BOOKWORM
bulan + orang = MOONWALK
api + lori = FIRE TRUCK
api + jam = FIRE ALARM
papan tanda + rokok = NO SMOKING
perempuan + kumbang = LADY BUG
tandas + kertas = TOILET PAPER
pizza + kotak = PIZZA BOX
marah + kepala burung = ANGRY BIRDS

Level 3
roket + minyak = ROCKET FUEL
serangga + orang, kutu + orang, labah-labah + orang = SPIDERMAN
keluarga + pokok = FAMILY TREE
kereta + berenang = CARPOOL
bola tenis + kasut = TENNIS SHOES
kapal terbang + nota = AIR MAIL
bola ajaib + biskut = FORTUNE COOKIE
udang + gelas = SHRIMP COCKTAIL
bola lisut + berlian = BASEBALL DIAMOND
rumah + orang = HOME RUN
bendera + roket = NASA

Level 4
arnab + telur = EASTER EGG
rokok + jam = SMOKE ALARM
mentol + rumah = LIGHT HOUSE
tangan + bibir = GOODBYE KISS
menangis + bayi = CRY BABY
duit + lembu = CASH COW
letupan + jagung = POPCORN
orang + buku = FACEBOOK
bintang + duit = STARBUCKS

Level 5

mata + telefon = IPHONE
lembu + orang = COWBOY
pistol + bintang = SHOOTING STAR
labu + kek = PUMPKIN PIE
berlian + berlian = DIAMONDS
kucing + tidur = CAT NAP
mata + muzik = ITUNES
kucing + ikan = CATFISH
bendera + kapal = FLAG SHIP
bumi + ular/ulat = EARTH WORM

Level 6
limau + ceri + strawberry + tangan = FRUIT PUNCH
senyum/gembira + kasut = HAPPY FEET
bendera + kentang = FRENCH FRIES
topi graduasi = GRADUATE
tiang berwarna + rumah = BARBER SHOP
roket + microskop = ROCKET SCIENCE
bunga + bintang = LUCKY STAR
hati + muzik = LOVE SONG
marah + orang = DENTIST
cokelat/coklat + botol susu = CHOCOLATE MILK

Level 7
matahari + mentol = SUNLIGHT
nenek + datuk = GRAND PARENTS
speaker + malam = SILENT NIGHT
makhluk asing + basikal + bulan = ET
siang + malaikat + malaikat = CITY OF ANGELS
televisyen + sauh = TV ANCHOR
payung/hujan + matahari = RAIN OR SHINE
speaker = MUTE
bendera british + ikan + kentang goreng = FISH AND CHIPS
1 + 2 + monyet + monyet = TWELVE MONKEYS

Level 8
marah + topi = MAD HATTER
orang + cermin mata + kilat = HARRY POTTER
daun + khinzir/babi = CANADIAN BACON
anjing + daging = DOG FOOD
jarum suntikan + berlian = BLOOD DIAMOND
takut/terkejut + filem/drama = SCARY MOVIE
jam tangan + jam dinding = TIME OUT
harimau + golf = TIGER WOODS
kilat + payung/hujan = THUNDER STORM
kuda/keldai + tangan = HORSEPOWER

Level 9
bendera jepun + bom + bendera amerika + kapal = PEARL HARBOR
bendera korea + kuda + menari + muzik = GANGNAM STYLE
mandi + tandas = BATHROOM
gula batu + tukul + letupan = CANDY CRUSH
hati + pistol = HEART ATTACK
awan/kapas + gula batu = COTTON CANDY
botol susu + cokelat = MILK CHOCOLATE
aiskrim + lori = ICE CREAM TRUCK
percuma + ikan paus = FREE WILLY
bayi + botol susu = BABY BOTTLE

Level 10
tebuan/lebah + tolak = BEE LINE
santa claus + pokok krismas = CHRISTMAS
parti + anak burung/ayam = PARTY ANIMAL
mikroskop + tikus = LAB RAT
kucing + perempuan = CAT WOMAN
bulatan biru + bulan = BLUE MOON
mandi + topi graduasi = SHOWER CAP
jam + kapal terbang = TIME FLIES
basikal + tangan = LANCE ARMSTRONG
keluarga + kamera = FAMILY PHOTO

Level 11
patung liberty + surat khabar = NEW YORK TIMES
matahari + burung = EARLY BIRD
bola keranjang + 2 + 3 = MICHAEL JORDAN
pisau + mandi = PSYCHO
pizza + khemah = PIZZA HUT
anjing + hati = PUPPY LOVE
bendera itali + kereta + duit = ITALIAN JOB
malaikat + malaikat + syaitan + syaitan/hantu = ANGELS AND DEMONS
bayi + mandi = BABY SHOWER
tukul + jam = HAMMER TIME

Level 12
kanta pembesar + ikan = FINDING NEMO
pin + pin + jarum suntikan = PINS AND NEEDLES
mata + gula batu = EYE CANDY
hidung + jarum suntikan = NOSE BLEED
pisang + kapal layar = BANANA BOAT
hantu + hantu + pistol = GHOST BUSTERS
orang + piano = THE PIANIST
orang + tengkorak = WALKING DEAD
kapal terbang + letupan = PLANE CRASH
7 + anak panah ke atas = 7 UP


Level 13
hati + bot = LOVE BOAT
pengantin perempuan + mandi = BRIDAL SHOWER
filem + puteri = DRAMA QUEEN
kek + muzik = BIRTHDAY SONG
puteri + bendera england = QUEEN ELIZABETH
puteri + hati = QUEEN OF HEARTS
kertas + pisau = PAPER CUT
rokok + pistol = SMOKING GUN
pintu + loceng = DOORBELL
biskut + syaitan/hantu = COOKIE MONSTER

Level 14
ombak + 11 = OCEANS ELEVEN
rumah + belon = UP
berpeluh + seluar = SWEAT PANTS
bendera england + kapal terbang = BRITISH AIRWAY
pen + budak lelaki = PEN PALS
bendera penamat + tolak = FINISH LINE
orang salji + orang lelaki = SNOW MAN
kura-kura + burung = TURTLE DOVE
panas + anjing = HOTDOG
lelaki + sampan + harimau = LIFE OF PI

Level 15
kuku + puteri = BEAUTY QUEEN
10 + payung/hujan = PERFECT STORM
rumah + pengantin = HOUSEWIFE
gelas + parti = COCKTAIL PARTY
gula batu + epal = CANDDY APPLE
panas + sejuk + belon = HOT AIR BALLOON
salji + matahari + daun hijau + daun kering = FOUR SEASONS
menari + serigala = DANCES WITH WOLVES
kucing + lembu + kuda + bumi = ANIMAL PLANET
khinzir/babi + duit = PIGGY BANK

Level 16
jarum suntikan + tomato + minuman = BLOODY MARY
mata + garisan turun naik = EYELINER
patung liberty + polis = NYPD
jarum suntikan + nenek + anak panah ke kanan + perempuan = BOTOX
tangan + ayam = HANCOCK
beruang + panas = BEAR GRYLLS
tidur + semut + kumbang + semut = BED BUGS
jam tangan + orang = WATCHMEN
pin + budak lelaki/orang = PIN HEAD
hati + arak + malam = POKER NIGHT

Level 17
kopi + anjing = TEACUP POODLE
baik + buku = BIBLE
kereta + letupan + kereta = CAR ACCIDENT
budak lelaki + pisai + babi + lembu = BUTCHER
matahari + mentol + tangan/jari = BRIGHT IDEA
lidah + pusaran = TOUNGUE TWIST
kota + buku = FAIRY TALE
budak lelaki + pancing/joran + ikan = FISHERMAN
air + kereta + air = CAR WASH
cincin + ulat bulu = RINGWORM

Level 18
anak panah ke bawah + 2 + bumi = DOWN TO EARTH
rumah + gelas = HOUSE WINE
perempuan + babi/khinzir = MISS PIGGY
daun + salji + beruang + bumi = CANADA
kambing + teh hijau = GOATEE
aiskrim + awan = VANILLA SKY
ATM + pin = ATM PIN
orang + dialog = GROUP CHAT
daging + daging + kayu ria/joystick = HUNGER GAMES
kuda + kasut = HORSESHOES

Level 19
tengkorak + pistol + pisau = LEATHAL WEAPON
gunting rambut + gincu + baju = MAKEOVER
buku + beg = BOOK BAG
pokok + api = FOREST FIRE
lelaki + pengantin perempuan = RUNAWAY BRIDE
kereta + kolam + drama = DRIVE IN THEATER
pembaris + buku = RULEBOOK
speaker + muzik = SOUND OF MUSIC
kura-kura + tangan + letupan + pizza = NINJA TURTLES
kapal terbang + bendera amerika + 1 = AIR FORCE ONE

Level 20
tanda soal + tanda soal = anak panah ke bawah = WHAT LIES BENEATH
pisang + hati = BANANA SPLIT
bibir + gincu + kasut tumit tinggi + patung liberty = SEX IN THE CITY
makhluk asing + roket = UFO
cendawan + bintang + lelaki + lelaki = MARIO BROTHERS
lelaki + VS + perempuan + pistol = MR AND MRS SMITH
jagung + kacang + kacang = CORN NUTS
kunci + 2 + hati = KEY TO MY HEART
$ + 100 = BENJAMIN FRANKLIN
telur + kopi + kuih gelang = BREAKFAST CLUB

Level 21
datuk + jam = FATHER TIME
masuk + keluar + burger = IN AND OUT BURGER
lelaki + keluar + minyak = RUN OUT OF GAS
gula-gula + sedih + limau + babi/khinzir = SWEET AND SOUR PORK
senyum + end = HAPPY ENDING
perempuan + lelaki + burger + kentang goreng = HAPPY MEAL
seterika + lelaki = IRON MAN
pengantin perempuan + cincin = WEDDING RING
kitar semula + nota = RECYCLE PAPER
bom + cengkerang = BOMBSHELL


Level 22
telefon = CELLULAR
matahari + bunga = SUNFLOWER
lemon + air + air = LEMONADE
tangan + 777 = GOOD LUCK
X + anak panah ke kanan + duit = RAGS TO RICHES
penumbuk + club = FIGHT CLUB
pengantin perempuan + lelaki + letupan + letupan = WEDDING CRASHERS
muzik + anak panak ke kanan + telinga = MUSIC TO MY EARS
kereta + letupan + kereta = CRASH
arak + senyum = FULL MOON

Level 23
terkejut + ombak = SHOCKWAVE
takut + pisau = SCREAM
bintang + pistol + bom = STAR WARS
roda + duit + duit = WHEEL OF FORTUNE
bendera itali + kopi + gelas + kek = TIRAMISU
bintang + mata = STAR GAZE
nota + orang = LETTER HEAD
hantu + buku = GHOST STORY
tikus + arnab + tikus = RODENTS
mulut + dialog + telinga = SECRET

Level 24
ular + kasut = SNAKESKIN BOOTS
angin + ikan = BLOW FISH
pembaris + jam + monyet = LONG TIME NO SEE
pelangi + gula batu = SKITTLES
kawan + kawan + malam + anak panah ke kanan = GIRLS NIGHT OUT
club + pil = CLUB MED
petak + anak panah + X + O = PLAYSTATION
pokok + buku = THE JUNGLE BOOK
panda + kereta api = PANDA EXPRESS
bulan + 17 Jul = MONDAY

Level 25 (last level)
jam + roket + jam = TIME TRAVEL
kereta + nenek + bunga = DRIVING MISS DAISY
777 + arak + arak + pengsan = HANGOVER
datuk + hati + nenek = AMOUR
malam + syaitan + jarum suntikan = VAMPIRE
disket + jam = SAVED BY THE BELL
buaya + lelaki = CROCODILE DUNDEE
penumbuk + letupan + panda = KUNG FU PANDA
kereta + kereta + P + rumah = GARAGE
tanda larangan + sedih + tanda larangan + tangan = hehe..ini? try settlekan sendiri.barulah best!

 No Pain No Gain =)
Amacam? Dah habis solve the guess? Hihih..

Sekian.

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

28 January, 2014

Samsung Galaxy Mega 5.8 @ DirectD



Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam pagi selasa...

Alhamdulillah.. Berjaya memiliki Henpon cerdik idaman..ada niat utk menunjuk..tapi bukan riak *jawapanartis* muehehe.. :p

Sape2 yg stay kat area lembah klang ni, ade 1 kedai henpon yg boleh dipercayai.terletak si subang jaya ss15 berdekatan dengan Subang Jaya Medical Centre tu..
Boleh dikatakan, kedai ni diantara kedai handphone yang termurah dan mmg original :)


Kalau u all berhajat nk beli hp, CMa sarankan meh la ke kedai ni.mmg pueh hati...opismet cma saja, dah 3 org beli dari kedai ni..
Tapi dinasihatkan supaya u all decide awal2 nk beli HP model ape, sbb kat kedai tu mmg sentiasa sesak dgn manusia.sampai2 jer kena Q.. bila turn kita pulak, terus ckp nk model ape, pastu bila dah confirm, dia akan bukak seal kotak tu depan kita..

Kedai ni murah dlm RM100 dari kedai2 henpon lain.Sebab ape murah? Dia amek terus dari kilang tanpa orang tengah.even Lazada pun ada iklankan hp diorg ni
 
Gambar ulang tayang
Henpon yg cma dpt tu AP set.sbb dual sim. Import dari luar Negara coz mesia takde lagi model ni.walaupun bukan Waranty dari SME, warranty dari brightstar. Tp henpon tu original.
Semlm, cma pegi la ke Samsung services kat Pyramid Tu, saje  nk ngetest ni ap original ke..tak..
Jawapan dia. YA.ORIGINAL SMARTPHONES tapi IMPORT dari Negara luar coz mesia takde model HP ni..muahaha... pueh hati den ;p
Sekian..

Meh cuci mata..
 
Boleh tgk kat lazada- http://www.lazada.com.my/directd/
Sekian :)


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

26 January, 2014

Testing Testing

Assalamualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa endaknya..

Testing2 update via phone.ntah bejaye entah tidak...huuhuhu.


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

25 January, 2014

5 Advantages Of Drinking Water In the Morning



Assalamualaikum...
May always be in the shelter and grace of Allah, the one true God always. =)

Hi Everyone! Morning morning morning~~
Today, I want to share with you the benefit of drinking plain water.

Water.
We all know that it is important for so many reasons, but do we really drink enough? Probably not! We all could drink a little more water, and now there are five reasons why you should be drinking water first thing in the morning. 

You may find some advantages that you never knew of, and that can possibly convince you to down that glass of water before you do anything else. I may have to listen to my mom for once and have a glass next to my bed each night so it is ready for me when I wake up. I think these 5 reasons will convince me.. =) 
Water not only cleans your body from inside out but also improves the texture of your skin and hair. I’ll tell you why you should consume enough water.

1. Avoids putting on too much weight
If you are one of those people who think that drinking more water causes your body to bloat, you're wrong. It only helps you eat lesser food by filling up your tummy. If you have a huge appetite and you're worried of putting on weight due to eating in larger quantities, water will help you out.

2. Cleans your body
Drinking water on an empty stomach, first thing in the morning, helps flush out any toxins in your colon. In a way, your colon is ready to take in all the good nutrients you plan to feed your body for the day.

3. Creates new cells
Your body makes new cells every day and drinking water helps production of these new cells. This allows your muscles to grow and tone up faster after exercising.

4. Boosts metabolism
Along with benefiting you in several ways, water also boosts metabolism. Drink 2 cups of plain water in the morning and you are ready to go.

5. Cures headaches and infections
When you are ill, staying hydrated is a must. Water not only fights infections but helps you get better soon. Also, when your headaches are caused due to dehydration, water helps you get well soon. So whenever you're not feeling well, drink a glass or two of water before you start popping pills.

For me, that’s my habit and I feeeeeeeeel good…
Anytime, I take 1 full glass of water in the morning before I brush my teeth..
ehehe.. =D


So, give it a try and tell me the result.Okehh J



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

24 January, 2014

Don Mustofa nama anak Ustaz Don


Tak sure ketepatan pic ni.

Assalamualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Petang semuanya…

UDD merupakan salah seorang penceramah bebas yg paling cma suka selain UAI..
Setiap ceramah dia sangat best.pandai dia menarik minat penonton nk dgr dgn lebih lanjut tauuu..sebelum ni,Patah jiwa I uols bila dpt tau UDD dah ada pilihan hatinye yg cantik muluss tu.. ehehe.. ;p -konon-

Umum mengetahui,isteri UDD dah selamat melahirkan anak mereka di kaherah.UDD Pun ade mention psl ni di FB beliau


TEKA-TEKI mengenai nama serta jantina anak pendakwah selebriti agama terkenal, Ustaz Don akhirnya terjawab apabila penceramah itu memperoleh bayi lelaki.Bayi itu selamat dilahirkan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir.
Memetik laporan Mstar Online, ahli keluarga Ustaz Don memberitahu, isteri personaliti tersebut, Husna Mohd Zahry, 26, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.“Ustaz Don tiba di Mesir dari Malaysia dua hari sebelum isterinya bersalin. Alhamdulillah, anaknya sihat dan mereka gembira dengan kelahiran itu,” katanya kepada portal tersebut.
Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram.Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini.
Selamat Hari Lahir Puan Husna.(20.01) Tahniah!
Tahniah atas kelahiran anak sulung, tahniah utk ulangtahun kelahiran.
Tahniah sekali lagi juga utk Ustaz Don Daniyal. 
sooo suwittt :) 
i jelesss uolsss :p

dihari bahagia mereka :)


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ustaz Don dan isteri, semoga Don Mustofa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Alhamdulillah :)
UDD ngan orang rumah dia sama2 segak aih..mesti anak dia pun ikut segak jugak.. :)



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

Gangguan ketika menunaikan SOLAT


Assalamualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam pagi jumaat...

CMa, kadang2 tu, time solat ada juga menguap..tiap2 kali nk baca surah alfatihah..surah len tak de..hmmm..mungkinkah ini antara sebab2nya..?

Ganguan ketika menunaikan SOLAT

Antara gangguan ketika menunaikan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya:

’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.Rasulullah bersabda kepadanya,

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan.Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab,“Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8)Menguap dan mengantuk

 Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).Ibnu Mas’ud berkata,

“Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Doa ELak Gangguan Syaitan ketika Solat

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Sumber
Sekian..



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

23 January, 2014

Cerita Atas Katil : Saya di sepak terajang!


Assalamualaikum..
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam khamis semuanya..

Tiba2 nak cerita pasal hal atas katil pulak ye..huhu.. tapi mmg betul uols..
cma disepak terajang..tau2 kaki dah naik ke muka. kadang2 tu sampai pecah bibir..paling tak pun ade lebam sana sini..
sedih tak?


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

22 January, 2014

WW #3 | Yang MaNa SaTu?


Assalammualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Pagi rabu..

Yang mana satu pic Faiz yg soleh.. yang mana satu pic Seri yg Solehah?
ehehe...

Siapa saya?

v
v
v
v
v
v
v
v
dan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Siapa saya?


teka jgn tak teka..hihi


Notasiku~ Betapa Wordlessnya~~~~!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

18 January, 2014

Nasi Lemak Yaw!


Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi sabtu semua!

hari sabtu begini kena kerja..apakan daya..ehehe..
bilalah selangor nk buat cuti minggu jadi Jumaat & sabtu yer? macam kat johor tu..
ngeee....

pagi2 lagi dah menambah lemak..kerajinan datang  bekpes dgn Nasi Lemak.
amacam?? tergoda tak kauuuu :p
tapi cma failed la bab buat sambal tumis ikan bilis tu... arghhhh...tenyen maks..

ade sesape kat sini selalu buat Nasi Lemak? meh la share respi sambal tumis bilis utk Nasi Lemak ngan cma.. please...please...please.... *merayusambilbuatmatapussintheboots*

share resepi dgn cma yer..?

selamat berwiken semua!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

17 January, 2014

Khusyuk kah??

terpukul bila tgk pic ni.. allahurabbi..

Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Salam jumaat... =)

Hari ni cma cuti..Cuti sempena perayaan Thaipusam..
dok rumah melangut tgk tv.. kuikuikui... :p

jom kita perbaiki diri..



khusyukkah solat kita??
Muhasabah diri :'(


♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

16 January, 2014

Petua Melayan Isteri


Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya.. salam pg khamis semuanya...

Petua melayan Isteri?? Ehem2... Entri ini utk mereka yg dah Halal Saje ye..a.k.a Pasangan yang dah berkahwin sahaja taw.. yg belum kahwin.tp nk baca jgk, jangan gatai2 nk praktis dgn boyafren/gilafren..sat g saya debuk kepala *dush *dush *dush*

Wahai SUAMI- SUAMI diluar sana....
Isteri mmg sukakan pujian/belaian..kasihkanlah isteri anda selayaknya... :)
Hehe..ada 8 Tips/Petua MELAYAN Isteri..
Cekidauttt...
1. Sebelum tidoq, ajak baca doa sebelum tidoq sama2..then,peluk dan ciumlah isteri tu.. Tidak semestinya cium tang mulut tetapi kat dahi, kat pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut ‘I love you’ ..more easier..

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya.eye contact giteww... Kemudian belailah rambutnya..

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7.Cuba utk berkongsi cerita tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 
Pic yg takde kena mengena.. :D

Insya-Allah, bila isteri anda tahu yang anda betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, suami nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru dapat tak sehebat isteri sekarang.


NotaSiku~ Sharing is Caring Gitewww.. :p



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

15 January, 2014

Wordless Wednesday 2# | BaWanG

Assalammualikum...
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...


Used the right onion

NotaSiku~Pilih yang sesuaiii :D

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

14 January, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014M


Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam maulidur rasul buat semua =)

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Alhamdulillah..hari ini adalah hari keputeraan nabi Muhammad s.a.w.
Nabi junjungan kita..
Marilah kita memperbanyakkan selawat keatas nabi junjungan Muhammad s.a.w.
Dan semoga kita di beroleh syafaat..


Nasyid Junjungan Mulia Al Mizan:~

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah 
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah 
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya 
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji 
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya 
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.


Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.







♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥