♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

19 November, 2014

Resepi : Pisang Goreng Cheese

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Rabu…

Lepas Jeruk Mangga Asam Boi menyerang, sekarang ni. Fenomena Pisang Goreng Cheese / Pisang Goreng Keju pulak yer.. mueheheh… Uols dah ghase itu Pisang Goreng Chez? Sedap hingga menjilat jari ke? CMa sehingga sekarang belum pernah rasa keenakan Pisang Goreng Chez ni..tungguuuuuu…

Nih resepi cma dapat daripada akhbar berita harian.. silalah mencubanya pastu meh bagi kat CMa sket..nak ghase.. hehehe..

Resepi Pisang Goreng Cheese / Resepi Pisang Goreng Keju

Bahan Utama :

  • Pisang Berangan
  • 2 Sudu Tepung Gandum
  • 2 Sudu Tepung Beras
  • 2 Sudu Tepung Pisang Goreng
  • Sedikit Air

 Bahan Sampingan:

1.       Keju *DiParut*
2.       Coklat *Dicairkan*
3.       Gula Melaka *Dicairkan*
4.       Coklat Tabur *Utk Hiasan*

Caranya:

1.       Belah Pisang kpd 2 Bahagian
2.       Bancuh 3 jenis tepung bersama air hingga sebati
3.       Celup kepingan pisang didalam bancuhan tepung dan goreng sehingga keemasan
4.       Toskan minyak dan susun didalam pinggan.
5.       Hiaslah pisang goring anda sesuka hati dan sedia untuk dimakan.

*Keju ikut suka nak guna keju ape,, ade yg guna keju kepingan cheesedale tu.tapi kawan cma cakap, keju yg paling sedap adelah blok keju cheddar @ mozarella yg diparut tu.. auummmm katenye..

Selamat mencuba ya! (^_^)


♥ Library ♥

♥ Traffic ♥