♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

02 November, 2014

Petua Untuk Menghilang Penyakit Migraine

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Ahad..

CMa ni memang kerap sangat sakit kepala.. mungkin sebab badan selalu terkena air Cond agaknya..
Suhu kat library ni kadang bleh cecah 18c mau tak beku  hidung.. 8-10 jam selalu kena air Cond...

Dan jugak mungkin factor pemakanan yg tak terjaga.. kadang-kadang sakit kepala bleh terus kena migraine.Utk tahun ni sekali cma kena..bulan 5 hari tu.. huhu..tak mau kena dah..

semoga sihat tubuh badanku.. sakitnya migraine ni, hanya yg pernah kena ja tau rasanya macam mana.. wuuuhuuuuhuhu :’(
A recurrent throbbing headache that typically affects one side of the head and is often accompanied by nausea and disturbed vision."If you had migraines before you got chronic daily headaches, the migraines might return."
Ni CMa nak share petua / cara2 nak meredakan @ merawat Migraine

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
-Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap
-Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

-Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut:-
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
-Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat...
Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala.
Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini.

Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Selamat Mencuba...