♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

23 August, 2014

SI PEREMPUAN ini, dia Berjaya.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... SalamSemoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam sabtu…. Semuanya…


Perempuan yang gagal tutup aurat dengan sempurna, 
BERJAYA buktikan pada dunia:- 

Bukti kegagalan seorang ayah mendidik agama anaknya.
Bukti kegagalan seorang abang menasihati adiknya.
Bukti kegagalan seorang adik menegur kakaknya.
Bukti kegagalan seorang kakak menegur adiknya

Bagi yang dah kawin,
Bukti kegagalan seorang suami mendidik isterinya.

Wanita itu pandai pula jawab,
"Hidayah tu kan dari Allah. Bukannya dari ayah, abang dan adik. Bukan dari keluarga! Bukan dari suami! Bukan dari sesiapa!"

Eh. Kamu tak sekolah ke dulu?
Cikgu di sekolah rendah dah ajar tentang aurat. Ada dalam subjek Pendidikan Islam. Ada dalam kelas fardhu 'ain sebelah petang. 
Cikgu di sekolah menengah dah ajar tentang aurat. Ada dalam subjek Pendidikan al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawwur Islam, Pendidikan Islam dan seantaranya. 

Kamu tak rasa itu semua hidayah dari Allah?
Bukan masalah hidayah sebenarnya.
Masalahnya diri kamu tu sendiri.

Tak ready nak berubah.
Tak nak berubah.

Rasa diri tu popular macam artis dan selebriti seksi.
Dah lama seksi, dah puas masyhur dengan aurat di kaca tv, 
Tup-tup buat perubahan, buat Press Conference bagitau nak berhijrah,
Nak pakai tudung. 

Kemudian, lensa media semua tertumpu pada kamu. 
Popular lagi serta merta. Raih populariti lagi.
Kamu nak tunggu macam tu ke?
Buatlah.

Masa dan waktu tu kan kamu yang cipta.
Kamu yang pegang.
Mati tu kan kamu yang cabut nyawa sendiri.

Sentap?? terasa hati?? maaflah..
teguran saya utk awak.. sbb saya sayangkan awak..
diakhirat kelak, kalau allah tanya saya kenapa tak tegur awak?
apa saya nk jawab?
jom.. masa utk berubah :) .. saya sayang awak.. lillahitaala.. :))


♥ Library ♥

♥ Traffic ♥