♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

16 January, 2014

Petua Melayan Isteri


Assalammualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya.. salam pg khamis semuanya...

Petua melayan Isteri?? Ehem2... Entri ini utk mereka yg dah Halal Saje ye..a.k.a Pasangan yang dah berkahwin sahaja taw.. yg belum kahwin.tp nk baca jgk, jangan gatai2 nk praktis dgn boyafren/gilafren..sat g saya debuk kepala *dush *dush *dush*

Wahai SUAMI- SUAMI diluar sana....
Isteri mmg sukakan pujian/belaian..kasihkanlah isteri anda selayaknya... :)
Hehe..ada 8 Tips/Petua MELAYAN Isteri..
Cekidauttt...
1. Sebelum tidoq, ajak baca doa sebelum tidoq sama2..then,peluk dan ciumlah isteri tu.. Tidak semestinya cium tang mulut tetapi kat dahi, kat pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut ‘I love you’ ..more easier..

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya.eye contact giteww... Kemudian belailah rambutnya..

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7.Cuba utk berkongsi cerita tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 
Pic yg takde kena mengena.. :D

Insya-Allah, bila isteri anda tahu yang anda betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, suami nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru dapat tak sehebat isteri sekarang.


NotaSiku~ Sharing is Caring Gitewww.. :p


♥ Library ♥

♥ Traffic ♥