♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

30 April, 2013

~ Gembira ATAU SeDih ? ~


Semoga uols  senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yang maha esa hendaknya...

Salam pagi salasatun selasa.... ^^
Huhuhu..dah sampai ke akhir bulan April...




Uols.. cma nak tanya la.. kalau uols ttetiba  di khabarkan dengan dua khabar.. satu khabar gembira....satu lagi khabar sedih..

Agak-agaknya yang mana satu khabar yang akan uols dengar dahulu..
Gembira Dulu or  Sedih Kemudian?

cer citer..cer citer

Notacomot~ Sedih, gembira, Gembira, Sedih ^^



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

29 April, 2013

~ Ayam Panggang Sodap! ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu...
Salam Pagi isni..
huuuuuu.. isnin sudeh... ^^
Uols... hari tu cma try la masak ayam panggang versi kak Ina, Ibu kepada Aqilah & Alisha yg gojes tewwww..
maklumler... tertarik benor hati,jantung & limpa ni nk men'try' resepi kak ina tu..
Menjadi ayam panggang tu la.. hubby siap mkn sampai licin siap puji sodap lagi!
Kasi perap dulu barang sejam dua tiga jam... ^^
alahai.. terharu mak noqs.. mihmihmih... tenkiu kak ina for the simple recipe yet delicious 'ayam panggang' i'v ever made.. fuhhhhh... VANGGGAAAAA nya lah..
Semua bahan cma campak sekali, kecuali bbQ sos tu nan hado.. lebihkan sos black pepper jer la..pastu memandang oven pun NaN HaDo maka cma pederaih mak cma punya non-stick pan panggang ayam kat dlm tu...
masih dlm kuali..tapi gedik nk tgk hasilnye.. hihihi
wehuuuuu... sukernyerlah... hahaha.. rasa mcm dah pakar masak  plak.. 
mihmihmih...
uolss.. klu nk try buat boleh je.. resepi ade kat kat sini.. try la..sodappp..
dan hasilnya!!! mabelesss...
isi semua msk elok..& sedappp
Notacomot~ AdE Lagi yg menjadi ni.... tunggguuuuu.. wahhh..suka mak!

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

27 April, 2013

~ Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam pagi sabtu.. ^^

Uols suka minum air suam?? Suka?? Ohhhoo..that's gud! sesungguhnye air suam adelah yg terbaik utk buang toksin2 dlm badan kita..

TAPI!!! aDe tapi jugakye.. ade waktu2 tertentu yg kita kene elakkan minum air..
jom baca lebih lanjut.. ini pun hasil kopiteh dari FB jugaks ~~~


Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

7 waktu yang dimaksudkan tu adalah:--->

  • Sebaik saja bangun tidur.*Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.*
  • Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
  • Selepas memakan buah-buahan.
  • Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
  • Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
  •  Sewaktu tengah makan.
  • Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
  • Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum dalam jangka waktu30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

  • Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Notacomot~ Yeah..sharing is caring.. u share. i care bebeh! :)




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

~ Buat AdinDa Yg tErcinta ~


Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam pagi buta.. kohkohkoh..salam sabtu semuanya..

entri di pagi hari bute..
cma karang entri ni khas buat adinda tersayang a.k.a adik bongsu cma diatas kelahiran dia yg jatuh pd hari ni..
27 . April .2013



Buat adik bongsu ku ~~
Haslina.. nama manje as..

Sanah Helwah bt mu adik..
Along mendoakan agar di hari lahirmu ini Allah mengurniakan lebih kecerian, kesihatan dan kesempurnaan dalam meningkatnya usia mu..

 semoga diusia duapuluhplusplus ni mnjadikan hang lebih matang dlm setiap perkara..
sentiasa jaga diri & jaga mak & ayah..

sekian..
along tak tau nk ucap apa lg..
moga hang baik2 sentiasa..
along sentiasa sayangkan adik2 along..
hang & angahlah harta dunia yg along ada selain anak2..
pls..
take care of your self..
i love u sis.. ;)

notacomot~ Mahap pic besday gurl nan hado.. sbb kebayakan pic dia semua free hair... huhuhuuh




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

26 April, 2013

~ Potong KuKu & MenguAp ~


Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam petang...

kopikaw picture2 ni dari Facebook..
Jom Kita amalkan ;)
kalaupun x semua.. salah satu pun okayyyy

{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}


{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}



{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}

Notacomot~ Sharing is caring.. U share i care ;)



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

~ Wak Gelas Paris - Masai Giveaway ~

Semoga uols semua senatiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
Salam petang..pagi... ^^

ENTRI MELEKAT, SILA SCROLL KEBAWAH UTK ENTRI TERBARU

http://wakgelas.blogspot.com/2013/04/wak-gelas-paris-masai-giveaway.html

Hari ni cm nk men join kan diri dgn GA anjuran Wak Gelas ni.. uols dah ke belom? Klu belum meh join cecepat sbb hadiah tersangat menarik okay!

Jom kite chekidautttt :~~~~~~

SYARAT2:
1. Mestilah blogger warganegara Malaysia dan menetap beralamat di Malaysia
2. Buat entry bertajuk "Wak Gelas Paris - Masai Giveaway" - dan biarkan entri sehingga tarikh tutup
3. Paste Banner Di atas dalam entry itu ye (pastikan entry boleh dikomen tau xper)
4. Mesti follow blog wak (wajib), dan masukkan dalam blogroll atau bloglist kawan2 (kalau ada - optional).
5. Mesti add wak sbg friend dlm FB memasing.
6. Mesti 'likes' photo2 wak dlm FB page berikut: (Me'likes' photo2 orglen akan otomotik terkeluar dr contest wak ni).
Perhatian - ramai yg silap 'Likes' dalam photo, oleh itu PASTiKAN anda klik pada butang 'Likes' pd photo Wak pd page yg betul! Kalo masih X pasti, sila PM wak yee sedia membantu.

      i. Mall of Medini: https://www.facebook.com/MallMedini
     ii. Finding Europe in Malaysia: https://www.facebook.com/EUinMalaysia 


Okey.. segala syarat2 & peraturan tlh pun dipatuhi..jika ada yg tak kene wak gtaw eh!

HADIAH:
Pemenang akan dipilih secara rawak. Hanya satu hadiah utama (replika miniatur Petronas Tower dan RM200 tunai) dan 5 hadiah saguhati.


Tarikh giveaway wak bermula dari 12 April 2013 hingga Jumaat, 26 April 2013(12.12 pm - noon - tengahari, bukan tengah malam yee).

Notacomot~ JOm Join! Gud luck for me & for you.. ahaaa… gud  luck utk wak jugak! :)




♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

~ CaRa TERBAIK UtK meneGur ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat ALLAH yg maha esa hendaknya..
Salam Jumaat ^^ *kejap jer dah jumaat.. huuuu*
Uols.. ermmm.. cma ade masalah cket ni.. nk mintak pendapat / nasihat dari uols yg 
sudi untuk mmbantu..
begini ceritanya... ehem..ehem..ehem..
cma nk tanyala kan... macam mana cara yg terbaik utk kita menegur @ menasihati mereka yg tidak solat.. contoh terdekat yg berlaku.. nak menegur mereka2 ni :~
  1. Majikan / Boss / Orang Atasan kita
  2. Rakan sekerja / Satu @ lain division
  3. Ibu / Bapa / Mertua
  4. Abg, Kakak, Adik Lelaki , Adik Perempuan / Ipar Duai
  5. Kawan huhahuha / Sahabat
  6. Suami / Isteri
  7. Errr.. tuu..AWAK yg tak solat tu..
Maksud cma nk menegur @ menasihati mereka yg kita hormati & sayangi la kan..
Uols pun tau kan... Kita juga menanggung dosa jika tak menegur mereka untuk menunaikan solat setiap kali masuk waktu.




huhuhu... cma ade jugak bagi cadangan berupa 'hint' & mengajak untuk bersolat.. tapi katanya..respon nan hado..
Dan risau jgk kekalau respon negatif yg diterima.. sebagai contoh.. ini contoh aaaa..:-

Alahhhhhhhhhhh
mak/ bapa/ kakak/ abg/ pakwe/ makwe/ bini/ suami haku
pun tak sibuk2 urusan haku,ngko apehal nk sesibuk plak?

sedia maklum.. walaupun solat 5 waktu kita ni ADA yg tak cukup, tapi tegur menegur sesama kita tu wajib kan..??

Sama jugaklah nk menegur mereka supaya menutup aurat mana yg perlu

Macam mana uols?? ade tak cadangan? Help?

Tahu diri ini tak sempurna...
Tapi insyaAllah mencuba terbaik utk jadi yg sempurna di matanya 'DIA'

Maaf jika ada yg terasa..utk kebaikan kita bersama

Notacomot~ Mengharapkn perubahan berlaku.. Huhu..tolong cma yer...



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

25 April, 2013

~ Sijil & Kertas ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu...
Salam pagi khamis...^^

Wuhuuu..
sejuk pagi ni.. Hujan sejak mlm tadi..rintik2 sampai ke pagi... tadi pun hujan jugak.. tapi gerimis... Selalu bawak moto.. hari ni terpaksa bawak kete...jalan blh tahan jam. itu pun sbb ade kemalangan kecik kat federal highway...

wUhuuuuu..
Kat Petaling jaya sekarang ni musin hujan...kelamarin kat UIA Gombak banjir kilat.. semalam kat UM banjir kilat.. semoga kita semua dilindungi allah swt ;)

Tu dia.. mukadimah pjg benor...mih mih mih... silalah baca senapas..
Okeylah.. hari ni cuba nk menghabiskan BW.. maaf pada yg cma lambat sampai.. khusyuk men candy crush saga punye pasal la ni.. -..-



Dengan itu, cma tinggalkan secebis coretan pasal SIJIL & KERTAS.
Ada apa dgn SIJIL & KERTAS ye??

<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>

<>
<>
<>
<>


Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Penulisannya - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas

Kehidupan ini adalah seperti Kertas, dilipat, simpan, koyak dan dibuang.

Dunia semuanya seperti Kertas.
Berapa ramai yang bersedih kerana Kertasnya, bangga, malu dan gembira kerana KERTASnya.

Hanya satu Kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri iaitu SIJIL kematiannya.

Kerana itu BERAMAL LAH sebelum Sijil itu dikeluarkan. Dan pastikan semua kandungan Kertas-Kertas di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini..

Notacomot~ Sijil & Kertas...... KAU HADO?? mIhmIHmIh >_<



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

24 April, 2013

~ COMBO GIVE AWAY BY INTAN ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu...
salam pagi .. ^^

Jom Join Giveaway by Kak Intan Berlian TanTinTun ni..
cekidauttttt :-

http://diarihatiku247.blogspot.com/2013/04/combo-give-away-by-intan.html
Siap!! semua syarat2 dan peraturan telah pun diikuti..
dan sekarang cma nk tag 2 orang yg bertuah... :~~~~~~~~~>
Kak ZaZaNizam
Kak Nisah MimAuuuu
Uols yg cma tak tag pun boleh jer join.. menarik hadiahnye tau..klik jer banner kat atas tuh..
COMBO GA INI BERAKHIR 2 JUNE 2013 JAM 12 TENGAH HARI. 

Notacomot~ Gud Luck For me & for you ;)





♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

23 April, 2013

~ GADGET Dolu- Dolu ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam selasa..^^
Meh, cma nk tunjuk satu benda... mest ada yg kenal... dan ade jgk yg tak kenal.. ape dia tu..?? ni haaaaa...
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
Hahahaha..sapa pernah jumpa @ guna Gadget ni, sila kembang2kan hidung anda 360 darjah!..
waduh.... Nostalgia sungguh la mende ni...Seingat cma la kan.. kali terakhir cma jumpa Dapur Gas Minyak Tanah Jenama 'Butterfly' ni kan.... err... if im not mistaken, im was12 years old then...
Kepunyaan arwah moyang cma.. tp keadaan dia tak de la baru & bersinar2 cenggini.. dah berkarat dan nk runtuh dah pun... tp mmg suka masak atas dapo tu.. habis berjelaga lobang idung dan bontot piyuk merangkap kuali...
paling best part menyalakan api kat Penunu tu.. hahaha.. xpernah pass nk idupkan..
tp bau  minyak tanah kene bakar tu mmg sdap....
Hihihi..dapo sekarang dah canggih..petik3 je dah bedesupppp kuar api.. klu org dolu2 mancis cap superman tu peneman setia..kan2..
Al-fatihah utk moyang cma yg telah sedekad meninggalkan kami
Notacomot~ waktu guna dapo gas ni kan, sure hari2 'melombong' sbb berjelaga.. hikhikhik... :D

♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

22 April, 2013

~ Buffered Earning For April ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam pagi isnin ^^...


Lama cma x mengecek Nuff.. Jadinye..semlm pun, sengaja la gatai tangan p chek Hasilnya.. BE lama masih lg running.. walau earningnye keciput..
dan ade BE yg baru utk bulan April ni... tgk pd start runningnye 8hb hari tu.. huhuh.. x perasan plak BE yg ni yg mana 1.

Dan macam biasa.. say thanks banyak2 kat nuffnang & advertiser yg berminat menampal iklan kamo kat teratak beta yg sekangkang beruk ni.. mihmihmih..

alhamdulillah...beginilah keterujaan seorg blogger yg mendapat CPUV barunye..
Dan muge2 lamalah running & mendatangkan hasil yg mabeless..

klu uols ternampak iklan breeze tu tlglah cma klik2 ye.. mihmih *men suruh2 plak dia ni* haha...bukan selalu... setiap hari je... jgn lupa klik maxis blackberry tu skali taww... sayang korang ketat2 40 kali.. :P

Dan, inilah hasil tangkapan setakat ini.. Alhamdulillah... :)



Notacomot~ Sekadar catatan & rotibasi motivasi buat diri sendiri ^^



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

21 April, 2013

~ jOm! jOm! JOM! ~


Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
salam weekends uols..

Jom jenjalan..kemana? Sungai besar jeeee... hehehe :D


Ujung2 minggu ni kemana bawak diri & family melepakkan badan?
mesti ade agenda menarikkan??

cma??
as usual,, pergi ke Sg besar la.. mana lagi..
huhuh.. nasib bek esok cuti... blh luangkan diri & masa utk hubby & anakanda terchentaa i iteww..Shiann kat mereka dpt ummi yg workaholic la sgt ni..
kuikuikui..

Sekian.. 
itu sahaja nk mmbebel..
selamat berweekend & have a great time

sebarang jejak balas, insyaallah..mlm2 nnti cma dtg..
kat sg besar ni, haampehh line kl mmg tak timbul2 kut...

Notacomot~ jom??  teman cma g sg besar..lone ranger lagi ni.. mmber sorg lg x ikot.. huhuh



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

20 April, 2013

~InI hArI ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
salam sabtu... ^^

Gambo yg tiada kene mengene :O

Huhuhu.. diriku bekerja dipagi sabtu yg sungguh damai ni..
bestnyeeeeeeeee lah ^^

muehehe.. iteww je.. jgn mare... mula berbw mmbalas jejak.. tunggu.... :)

Notacomot~ Pedih bijik mata gara2 teriak semlm .. huhuhuh



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

19 April, 2013

:. Buat Wan Hanis ~ Hard To Say GOODBYE :( .:

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam petang…

Lagu utk Hanis.. Klu play sambil baca entry mesti meleleh punya... huhuhu...


Hari ni kan… hari last day sorang opismet cma… walaupun kami berlainan divison.. Tp dia sangatlah ramah & baik hati.. Sungguh bagai dikata.. mmg ramai yg datang dan pergi. Dan kerusi tu pun saling bersilih ganti.. Tapi, cma berani kata, dia diantara opismet yg terbaik pernah cma jumpa tau..

 
Wan Hanis In Person :)

Nama dia yg dimaksudkan Wan Hanis.. Comel lotey orangnnya.. Orang jati kedah.. Dekat 3 tahun berkhidmat kat sunway ni, slanga kedah dia langsung tak terjejas… mmg pekat.. senang berkawan hanis.. mmg friendly sgt2.. rajin bawak cucuq jagung,
Puding, masak makanan sedap... wuhuuuu... mesti kami kami rindu kat hangpa lepas ni... dan mesti serial division kurang serinya walau ade yg hensem kat situ..

Special dedicated to Wan Hanis a.k.a Niss..

Walaupun kita kenal tak lama, tapi cma rasa sgt2 bertuah mengenali niss.. niss diantara yg terbaik pernah cma kenai.. maafkan cma dari hujung rambut sampai hujung kuku seandainya selama kita bekerja sama ni, ada kata2, gurau senda yg terkasaq dari cma. Cma tau, cma ni kasaq orgnya....

Terima kasih bwk mkn sedap2.. lepaih ni mesti kami rinduuuuu ngan coq jagung niss yg sedap tu... huuuuuu
Terima kasih tumpangkan kami & bawak kami jalan2 ngan Boy Fren Hanis....
Huk..huk...huk...

Masa mula2 tau kata hanis antaq surat resign, xtau pesaipa air mata ni tiba2 mengalir keluaq... elok2 tgk hadap facebook plak tu... betapa sentimentalnya aura yg hanis bagi kat kami.. sungguh... :(

Time menaip ni pun, rasa sedih.. dan2 la ayaq mata pun menitis gak  haih..
Sedih, sbb seseorg yg kita rasa sgt seronok bila ada bersama nk berhijrah....

Tak mau nk menaip lagi..sat g student pelik plak pesaipa counter staff ni dok teriak kat counter.. huuuu...

Dengan ucapan,
Semoga Penghijrahan bekerja ditempat baru ni mmberikan lebih peluang dan manfaat buat hanis.. cma doakan hanis Berjaya dlm apa segala bidang yg diceburi.. baik kerja & study....tgh buat MASTER tuuu... huhuh...


Cenderahati X seberapa tanda ingatan ;)
Dah dpt jodoh. Jgn lupa jemput kami.. sanggup mai jauh2..insyaAllah...
Terima kasih Nis.. Terima kasih atas segala kebaikan yg hanis tinggalkan buat kami...
Semoga Nis Berjaya ditempat baru... Pegawai Library UUM Sintok Kedah.

 
Me With Hanis.. :(
Huhuhu... orang lain yg nk pindah.. orang lain plak yg buat ucapan.. uh! Ade I kesah?

Notacomot~Farewell Nis...Kami Pasti rindu hangpa... hangpa baik... :)



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

~Jom Keeking! ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha hendaknya.
Salam pagi jumaat…

Sekarang ni.. . fenomena Keek.. mihmihmih.. daku pun turut sama berKeeking jgk ni..Tp bukanlah pasal cma.. semuanya pasal seri & faiz insyaAllah….

Hihih… Seri sekarang dah pandai berzikir tau… tapi ada some word tu..dalam bahasa dia la… Tang mana? Tang ‘Walhamdulillah’ tu.. klu dia baca bunyinya cenggini :-

“Subahanallahhhh WAMILAHHHMILAHHH Walaaailaaahaillallahwakebar”

Tu diaa…..Seri dah pandai berzikir sikit2.. Cuma cma terkejut tang mana datangnye ‘WAMILAH-MILAH’ tu.. huhuhu..

So… Inilah my first keek.. Video hasil rakaman seri berzikir.. ;) Klik LINK INI if x bleh play.




Alhamdulillah… Semoga 1 hari nnti seri faham dan mengerti apa maknanya sebutan zikir yg dia dok sebut2 tu…Untie2 & Uncle2 dah berzikir hari ni? Jom berzikir!

: Subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah allahuakhbar :

Notacomot~Memujuk Hati agar jgn bersedih...;)



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

18 April, 2013

~ Faiz : Tak Nak Pakai Pampers! ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam  khamis.. ^^

2 – 3 menjak ni kan… faiz gayanye dah takmo pakai pampers… Hihihi… tak sesusah kakaknye waktu mula2 nk Potty Train ni… Kali ni faiz dgn jayanya bagitahu kata ‘Nak Kencing’..

Opsss.. Tipuuu la kalo kata mula2 dulu kencing x bersepah… jenuh jgk la ummi dia ni mengemop kesana kemari… tapi seminggu tu je… Dan selepas pada tu ummi dia dah boleh tersenyum simpul2.. muehehe..

Lucu jgk bila dgr dia kata nk kencing ‘Ummi nk tencing! Nk tencing’.
Sambil pegang bebird dia & kelam kabut nk tanggal seluar.. actually, faiz ni masih Belum pandai nk pakai & tanggalkan seluar & baju.. masih belajar gitew..

Inilah dia budaknye... hihihi.... ^^_

Alhamdulillah… seronok dgn perkembangan anak2 ni.. Faiz, bulan 6 tahun ni, genablah dia berumur 3 tahun… huhuh.. cepatnya masa berlalu..

Sayang anak2 ummi ketat2 seploh kali…^^

Notacomot~ Doakan jugak supaya cma, ummi kepada seri & faiz ni sabar dlm setiap dugaan mmbesar anak2.. huhuh..diorang sekarang dah suka berkelahi dan menjerit2. Tolonglah shaye… huhuh….



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

17 April, 2013

~ Candy Crush Saga ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi rabu… ^^

Semenjak 2 menjak ni, dah mula melibatkan diri dgn facebook games… lama dah kut X terjebak…

Rase geram jgk tgk jelly bean & choc ni.. :p 
Tup2 Gatai tgn pegi ‘click play’ haaaa.. kan dah… jgnkan cma.. seri pun kemain suka nk beat2 ummi dia ni.. muehehe… bagus jgk games ni actually… sekrg seri dah pandai nk pick up jenis2 color.. tapi x semua…

Rupe interface dia

Seronok rasanya!..klu sebelum ni, hijau dikatekan pink… sekarang dah kenal color2.. yg tak bestnye selagi tak abes bateri tab tu.. selagi tu la dia dok main… huhuh…. X per la…
.:saje tuko font lain hari ni:.

Ade sesape kat sini yg terjebak dgn games jugak ke?? Mihmihmih..

Notacomot~ Masih kat level 20..yg x bestnye game ni bila kene request something dr player lain.. mencikkkk… :D



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

16 April, 2013

~ SenYum Jer... ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yang maha esa selalu...
Salam selasa ^_^

Mood... Mood... Mood..
Hmm....



Daku bukan ULAMA .. bukanlah USTAZAH  lulusan al azhar .. Daku hanya insan yg meniti dunia sementara ini.. 

Daku juga Manusia normal seperti yg lain .. Tegurlah kalau Daku salah .. sebab Daku bukannya maksum .. Jangan biarkan Daku hanyut dengan duniaku sendiri ...

Daku amat mencintai orang² yang soleh .. meskipun daku BUKAN sebahagian dari mereka ..
Daku sangat benci orang² yang bermaksiat .. meskipun tanpa sedar .. daku juga SEBAHAGIAN dari mereka ..

Memang daku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA ..

Tapi daku mahu bersama dengan orang² yang tinggi  ilmu AGAMA nya ...

Siapa pun Daku..  Don’t Judge a book with the cover’. 
'Don't judge the book by it's cover'
Seorang wanita yg banyak khilafnya... berusaha dari kehari untuk memohon keampunan dariNYA...


Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang Muslimah/Muslim yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..

Berusaha MENDIDIK diri menjadi Muslimah/Muslim yang baik PERLU diteruskan TANPA mengenal erti penat apatah lagi jemu..tinggalkan masa lalu yang perit itu..

Jadikan ia satu PENGAJARAN bukan satu PENYESALAN yang berpanjangan.. InsyaAllah, Allah bersamamu.... :')

La Tahzan  

"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."

Notacomot~ Mood masih tak sampai... lantak dia.. kita senyum aje lah.... ;)



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

15 April, 2013

~ Saya Tak Kesah ~


Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknye..
Salam petang isnin uols.. ^^
pic blurrr sbb tuan tanah pun blurr

Mood hari isnin ni sangatlah xde..pagi2 lagi dah bangun lambat..sampai tempat keje pun lamabt.. even masuk keje sepatutnye kol 12 tgh hari tadi..

 ohhhh mood please come back to me..
Cukuplah 2 hari ngko cuti.. bekerja ni ibadah jgk..nk jadi ibadah biar roots dia halal..
Ohh..hape yg daku merapu ni.. :((((((((((

Sekian… saya tak kisah pun..

NOtacomot~ mihmihmih… blurr nk komen ape?? Komen je cma  sihat ke tak sihat hari ni??
Kohkohkoh :D



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

14 April, 2013

Kisah Pengajaran: Kenapa Tempe Mak Cik Ini Tidak Terjual

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam weekend...

Best pulak cerita ni.. tp panjang ckit la.. rajin nk baca jom!



Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin“

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.


Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Notacomot~ Sentiasa  percaya pada rezeki yg allah dah tetapkan untuk kita... kan??
Err..saya suka mkn tempe.. uols suka?? Hihihi...



♥Ucapkanlah لا إله إلا الله محمد رسول الله♥

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥