♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

10 November, 2013

Suspek Bunuh Pegawai Bank (Norzita) Berjaya Ditangkap



Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam minggu semuanya..Oh ahad yg damai… :)

Pengawal Keselamatan Yang Menembak Mati Pegawai AmBank telah ditangkap!
Kalau betul Manusia tak berhati perut tu dah tertangkap, Alhamdulillah ya Allah.
Syukur Alhamdulillah.. harap,Berita ini sahih.dan dapat menenangkan hati keluarga almarhumah.

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmbankNorazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakandi Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.


Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek kemudian melarikan sejumlahRM450,000 dari bilik kebal itu.


Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..


Notasiku: Harap penjenayah ni dikenakan hukuman yg setimpal dgn apa yg dia dah lakukan.Manusia berhati Iblis!


♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥