♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

03 November, 2013

Solat Taubat



Assalammualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam  Ahad :)

Seumur Hidup CMa tak pernah buat SOLAT TAUBAT. Tahu Cara. Tapi tak pernah buat. Bodoh Sombong sungguh hidup.. >merujuk kepada diri sendiri<.


Alhamdulillah.. bila allah taala turunkan ujian buat kita tandanya dia sayangkan kita. Dia nk kita sentiasa mengingatiNYA.Sudah sedar diri dan mula menjadikan solat taubat ni amalan setiap hari..InsyaAllah.. berubah dari baik menjadi kepada lebih baik.. Jom!

CARA SOLAT TAUBAT
1.  Niat Solat Taubat:

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.


Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


b.


Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


5.  Baca Doa Taubat
Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..

MASA
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

*Sekadar memberi apa yang mampu..Semoga membantu dan bermanfaat, waallahua'alam..

NotaSiku:Kita takkan sedar yang kita telah melakukan dosa..dosa kecil.. mahupun dosa besar.. Jangan Sombong bila berkata ‘aku tak buat dosa, buat apa nk solat taubat??!
Kita takkan mengetahui bila ajal kita akan tiba.bersediakah kita? Dah Solat Taubat?? Jom!

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥