♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

07 July, 2013

~ Resepi Donut Gebu Yang Simple & Sedap! ~

Assalammualaikum wbt... :)


Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat Allah yg maha esa hendaknya...
Salam Petang Uols...
Oh ahaddddd... cma Part-time ke Sungai Besar Ini Hari tlg member.
*Ini Entry Auto publish Yo*

Dan..
Kali ni cma share Cara- Cara & Resepi Buat Donat yg Gebu, Lembut dan paling penting, Ianya Simple & Sedap.
Resepi Asal Kredit to : Resepi Turun Temurun FB.

Tanpa membuang masa, jom kite chekidauutttt :)

Bahan-bahan ( lebih kurang 30biji - terpulang pada saiz )

  • 600 gm tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 1 paket yis
  • 300ml Air
  • Gula kastor - untuk menggaul
  • Minyak - untuk menggoreng


Cara-cara:-

  1. Air dicampur dengan gula, susu dan yis.kacau & Biar sampai berbuih.
  2. Gaul tepung, marjerin dan telur. Masukkan bancuhan yis tadi, gaul sebati.
  3. Uli menjadi doh yang licin, perapkan selama 20-25minit.
  4. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang dikehendaki.
  5. Leperkan doh tersebut dan tekan dengan penutup botol utk mmbuat lubang ditengah-tengah.
  6. Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan naik lebih kurang 20-25 minit lagi.
  7. Goreng hingga masak, bila agak suam barulah gaulkan dengan gula kastor.

1st attempt bt Donut.. rase dah kredit.tapi ghupeee tu?? miahahaha..
janji sedap beb! :) 

Dah siap! lepak kudap petang2 sambil menghirup kopi o sedap kann??
nk buat pencuci mulut utk berbuka puasa pun boleh!

Notacomot~Misi mencari, menjadualkan menu & Resepi Utk berbuka puasa..
aja- aja fighting!


♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥