♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

05 June, 2013

~ Khas Buat KAMU ♥~


Buat Sahabatku..



Sekian lama ku cuba menyusun kata-kata indah ini, khas buatmu, sahabatku..
sebagai tanda terima kasih diatas persahabatan yang mulia ini..

Di saat sepi ku dalam mencari teman, Allah hadirkan kepadaku sahabat sejati. Sahabat yang belum pernah ku temui. Sahabat yang sama-sama tertawa, sahabat yang sama-sama menangis, sahabat yang sama-sama merasai sakit dan perit, sahabat yang sama-sama meraikan kemenangan. Sahabat BUKAN sealiran TAPI seperjuangan.

Sahabatku,



Terima kasih, kerana menjadi sapu tangan saat ku menangis, menjadi penawar saatku sakit, menjadi tongkat saatku lumpuh, menjadi sayap saatku jatuh, menjadi tiang saatku rebah dan menjadi pemangkin saatku lemah.

Terima kasih sahabat..



Disaat mereka menjauhi dariku, kau setia menemani. Disaat mereka mencaciku, kau ikhlas memotivasiku. Saat mereka menuding dan menyalahiku kau tetap membela dan bersangka baik terhadapku. Disaat aku hampir berputus asa, kau beriku semangat dan dorongan. Disaat mereka terguris dengan kata-kataku, kau sabar menyantuni dengan hikmah. Disaat mereka cuba menolakku, kau hulurkan tangan membantu.

Subhanallah..
ya Allah.. 
Saat KAU beriku ujian,
KAU hadirkan HADIAH ISTIMEWA seorang sahabat sejati.

Sahabatku..



Bukan sedikit aku mengujimu, bukan sedikit tutur bicaraku yang menguris hatimu, bukan sedikit kau bersabar dengan kerenahku, bukan sedikit kau beralah dengan egoku namun kerana akhlakmu, kesabaranmu dan kerana kebijaksanaanmu itulah yang mengalahkan dan menyedarkan aku tentang sifat burukku itu.

Ya Allah,



kekalkanlah dia menjadi sahabatku. Sahabat yang telah banyak mengajar tentang siapa diriku, sahabat yang sentiasa mengajakku berMUHASABAH diri, sahabat mendidikku menghargai sebuah persahabatan. Sahabat yang punyai kerendahan hati dan ketinggian budi. Sahabat yang banyak meminta maaf dan memberi maaf.

Ya Allah,
Aku sayang sahabatku ini. Kau berilah dia kerahmatan, kesejahtera dan kebahagian dunia dan akhirat. Kau murahkan rezeki dan permudahkan segala urusannya. Kau tambahkan IMAN dan TAQWA baginya, ya Allah.
Amiin ya Rabbal'Alamin..


Terima kasih sahabatku.. :')

Notacomot~ Untuk mereka yg daku gelar SAHABATku. Dan mereka yg menggelarku SAHABATmu





♥ Library ♥

♥ Traffic ♥